,http://pbia07.speedi.net/
PESTA BUKU ISLAM ANTARABANGSA KELANTAN 2007
Tarikh: 1 - 20hb Jun 2007
Masa: 10 pagi - 10 malam
Tempat: Dewan Jubli Perak, Kota Bharu Kelantan Darul Naim
Kenyataan Rasmi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI)
PESTA BUKU ISLAM ANTARABANGSA KELANTAN 2007
Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI) dengan kerjasama
Perpustakaan Awam Kelantan, MPKB dan JHEIK akan menganjurkan Pesta Buku Islam
Antarabangsa Kelantan 2007 (PBIAK07) pada 1 hb Jun 12 Jun 2007 dari pukul 10
pagi hingga 10 mlm bertempat di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu Kelantan. Tema
yang dipilih ialah Buku Penyemai Ilmu
Ia merupakan pesta buku islam yang julung-julung kali diadakan di Malaysia.
Sebelum ini pesta buku yang dianjurkan samada di peringkat negeri atau
kebangsaan seperti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur menghimpunkan pelbagai
khalayak penerbit.
(PBIAK07) bertujuan menghimpunkan penerbit-penerbit buku Islam dari seluruh
Malaysia, Singapura, Brunei dan negara-negara Arab. Dengan penganjuran pesta
buku Islam ini masyarakat Islam berpeluang mendapatkan buku-buku Islam terkini
yang diterbitkan secara langsung daripada penerbitnya. Dengan itu ia membantu
kepada usaha-usaha murni kerajaan untuk memantapkan modal insan sebagaimana
saranan Perdana Menteri YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Antara penerbit terkenal yang akan melibatkan diri ialah Pustaka
Darussalam,Telaga Biru, Nufair Street, PTS, al-Hidayah, Intel Multimedia,
Jasmin, Jahabersa, Pustaka Ilmi, Pustaka Syuhada, La Khauf, Pustaka Islamiyyah,
Saba Islamic Media, Yadim, Sarjana Media, Syabab Media dan Darul Fuqaha. Antara
penerbit Indonesia terkenal pula ialah Pustaka Azzam, Pustaka al-Khautar,
Pustaka Imam Syafi`e dan lain-lain.
Pesta Buku Islam ini dijangka mendapat sambutan hangat kerana ia berlansung
pada musim cuti sekolah yang mana Kelantan selalunya menerima pelancong luar
yang agak ramai. Di samping itu anak negeri Kelantan di kalangan profesional
dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang berada di perantauan selalunya
mengambil peluang pulang bercuti. Tambahan lagi Muktamar Pas juga berlansung
pada tahun ini di Kelantan bermula 30 Mei hingga 3 Jun di PUTIK, Pengkalan
Chepa. Dijangka para peserta Muktamar ini -terutama para pemimpin di seluruh
peringkat parti- yang datang dari seluruh pelusuk negara sempena tahun
pemilihan kepimpinan baru PAS akan menyemarakkan lagi pesta buku ini.
Para penerbit buku Islam kecil-kecilan yang selalunya terdiri daripada para
guru agama yang menulis dan menerbitkan sendiri tulisan mereka-yang berminat
untuk menjual buku-buku mereka digesa berhubung dengan Setiausaha Kehormat
SPEEDI Saudara Baharom di talian 0193799101 atau Ustaz Harme 0192121972. Jualan
buku mereka akan diuruskan oleh ahli SPEEDI yang mengambil tapak jualan.
Antara program yang akan berlansung sepanjang pesta buku ini ialah Anugerah
Tokoh Buku Islam, diskusi buku bersama penulis-penulis terkenal tanah air,
forum hal ehwal Islam, malam kesenian Islam, malam dikir barat dan acara
melukis.
Al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Pengerusi SPEEDI merangkap Pengerusi PBIK07
---------------------------------
Yahoo! Movies - Search movie info and celeb profiles and photos.
[Non-text portions of this message have been removed]
Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan
Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif
(BA) unless otherwise stated
Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]
To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/