http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
   
  peringatan untuk kita semua
  Jangan dilalaikan oleh dunia  Ibn Kathir berkata: Kemudian Allah menceritakan 
berhubung dengan perhiasan kehidupan dunia bagi orang kafir dan reda dengannya 
dan berasa tenang serta cenderung ke arah dunia. Lantas mereka mengumpulkan 
harta benda dengan sebanyaknya sehingga menegah daripada membelanjakannya 
mengikut apa yang diredai Allah. 
   
  Lebih malang lagi mereka mengejek dan menghina orang Islam apabila mereka 
menafkahkan untuk mentaati tuhan mereka.
   
  Sayid Qutub berkata: Di bawah bayangan amaran terhadap sikap ragu-ragu 
menyambut dakwah Allah dan terhadap perbuatan menukarkan nikmat Allah, maka 
ayat-ayat yang berikut menyebut pula keadaan orang-orang yang kafir. Ia turut 
menjelaskan keadaan orang-orang yang beriman sambil mendedahkan perbezaan di 
antara neraca orang kafir dengan neraca orang yang beriman dalam mengukur 
nilai-nilai, keadaan-keadaan dan orangnya.
   
  Allah berfirman, Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan 
dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka 
(berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. 
Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) 
daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah 
memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terkira 
(menurut undang-undang peraturan-Nya). (Al-Baqarah: 212)
   
  Firman Allah s.w.t: Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan 
dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir.
   
  Dihiaskan manusia di sini dengan tiga pendapat:
    
   Syaitan yang menghiasi mereka seperti kata al-Hassan.   
   Manusia dan jin yang memperdayakan mereka seperti kata sebahagian Ahli 
Kalam.   
   Bahawa Allah menghiasi mereka dengan syahwat. 
  Firman Allah: Sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada 
orang-orang yang beriman. Ini kerana mereka sangka yang mereka atas dasar 
kebenaran, justeru mereka mengejek orang lain yang lemah. 
   
  Mereka yang melakukan demikian terdapat dua pandangan:
  * Ulama Yahudi. 
  * Musyrikin Arab. 
   
  Al-Qurtubi berkata: Ia merupakan isyarat kepada kaum kafir Quraisy kerana 
mereka membesarkan keadaan mereka berhubung dengan keduniaan di samping 
mengejek pengikut Muhammad s.a.w. 
   
  Ibn Juraij berkata: Mereka menuntut akhirat kerana dikatakan kepapaan mereka 
serta kemiskinan seperti Bilal, Suhaib, Ibn Mas’ud dan lain-lain.
   
  Firman Allah: Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi 
(martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Ini 
terbukti mereka jauh lebih mulia pada hari akhirat berbanding dengan 
orang-orang kafir di dunia dahulu.
   
  Firman Allah: Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang 
dikehendaki-Nya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturan-Nya). 
Bagaimana dengan ayat ini sedangkan ayat 36 dalam Surah al-Naba’ menunjukkan 
pemberian yang terhad. 
   
  Jawapannya mempunyai enam wajah seperti kata al-Mawardi:
  * Kekurangan tanpa hisab sedangkan balasan dengan hisab. 
  * Tanpa hisab kerana keluasan kerajaannya yang tidak binasa dan habis dengan 
kurniaan. 
  * Kerana kecukupan mereka tanpa hisab dan sempit. 
  * Sentiasa tidak terhad dan putus maka jadilah seperti dihisab. 
  * Rezeki di dunia tanpa dihisab kerana umum untuk orang kafir dan mukmin. 
  * Dikurniakan rezeki kepada orang beriman pada hari akhirat dan mereka tidak 
dihisab. 
   
  Sayid Qutub berkata: Yakni kehidupan dunia dengan segala kenikmatan yang 
sedikit, cita-cita dan minat-minatnya yang kecil dipandang begitu cantik dan 
indah oleh orang-orang yang kafir hingga mereka berhenti setakat kenikmatan itu 
sahaja tanpa melampauinya. 
   
  Mereka tidak memanjangkan pandangan mata mereka kepada sesuatu yang lain di 
sebaliknya. Mereka tidak mengenali nilai-nilai yang lain selain dari 
nilai-nilai hidup dunia. Dan sesiapa yang berhenti di perbatasan-perbatasan 
hidup dunia sahaja tidak dapat meningkatkan pemikiran dan kefahamannya kepada 
cita-cita dan minat-minat yang luhur yang difikir dan dipandang oleh 
orang-orang yang mukmin pada ufuk-ufuknya yang jauh. 
   
  Orang-orang yang mukmin kadang-kadang memandang kecil kepada seluruh 
nikmat-nikmat kesenangan dunia, ini bukanlah kerana semangat dan cita-citanya 
begitu kecil untuk merangkul nikmat-nikmat kesenangan dunia atau kerana tenaga 
kekuatannya begitu lemah untuk mencapainya. 
   
  Bukan pula kerana ia bersifat pasif tidak mahu membangun dan memajukan 
kehidupan dunia, tetapi kerana dia memandang dari atas – walaupun dialah yang 
memegang teraju pemerintahan di bumi ini dan membangunkan kemajuan dan 
tamadunnya dan berusaha menyubur dan mempelbagaikannya.
   
  Oleh sebab itulah dalam hidupnya dia mahu mencari sesuatu yang lebih besar 
dan lebih mahal daripada nikmat kesenangan hidup di dunia ini.
   
  Ia mahu menegakkan sistem Allah di bumi ini dan mahu memimpin manusia ke arah 
yang lebih luhur dan lebih sempurna. Dia mahu menegakkan panji-panji Allah di 
puncak bumi dan di atas kepala manusia. 
   
  Ini supaya mereka dapat melihatnya di tempatnya yang tinggi dan dapat 
memandang lebih jauh di sebalik realiti hidup yang sedikit dan terbatas ini. 
Ruang hidup yang dihayati oleh orang-orang yang tidak mempunyai matlamat yang 
tinggi, cita-cita dan minat yang besar serta pandangan yang sempurna.
   
  Orang-orang yang berjiwa kecil dan tenggelam di dalam lumpur hidup dunia, 
orang-orang yang memperhambakan diri mereka kepada matlamat hidup di dunia, 
mereka melihat orang-orang yang beriman meninggalkan tanah-tanah lumpur dunia 
ini dengan meninggalkan segala kenikmatan dunia yang kecil. 
   
  Semua itu untuk menegakkan cita-cita yang besar yang bukan hanya membabitkan 
kepentingan diri mereka. Malah membabitkan kepentingan seluruh umat manusia 
iaitu cita-cita yang bukan bersangkutan dengan diri mereka, tetapi yang 
bersangkutan dengan akidah mereka.
   
  Mereka melihat orang-orang yang beriman itu sanggup menderita kesusahan dan 
kesulitan kerana menegakkan cita-cita itu. Mereka sanggup menafikan 
kesenangan-kesenangan hidup yang dianggap oleh orang-orang yang berjiwa kecil 
sebagai intipati dan setinggi matlamat hidup dunia. 
   
  Apabila mereka berjiwa kecil dan padam cahaya hati nurani itu memandang 
kepada orang-orang mukmin yang hidup sedemikian rupa tanpa memahami rahsia 
cita-cita mereka yang tinggi itu, mereka pun mengejek keadaan hidup mereka, 
mengejek cara mereka berfikir dan mengejek jalan hidup yang dijalani mereka.
   
  Iktibar dan pengajaran ayat: 
  *Perhiasan yang dihiasi kepada orang kafir dengan dunia sehingga menyebabkan 
mereka lalai dan hanyut sampai di hujung usia. 
  *Sifat mengejek amat tercela apatah lagi kepada orang-orang yang beriman dan 
mentaati Allah. 
  *Kurniaan Allah tanpa had dan batasan. Justeru mohonlah keampunan kepada-Nya. 



   
   
  ----------------------------------
  Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, 
meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara 
berhemah.. insha ALlah 

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete 
untuk keterangan lanjut

                
---------------------------------
 
 Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.

[Non-text portions of this message have been removed]



Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Reply via email to