‘Sah dia wanita’
  Oleh Masni Ros Pakir Mohamad
   
  MELAKA: Tiga doktor dari Hospital Melaka (HM), termasuk seorang doktor pakar 
sakit puan mengesahkan ‘si suami’ kepada satu pasangan yang bernikah lima tahun 
lalu adalah wanita.

Pakar sakit puan terbabit, Dr Nor Hanisah Mohd Said memberitahu Mahkamah Rendah 
Syariah Ayer Keroh dekat sini, semalam, bahawa tiga doktor itu, termasuk beliau 
memeriksa fizikal dan kemaluan ‘si suami’ di hospital itu pada 20 Januari tahun 
lalu.
   
  Katanya, ketika membuat pemeriksaan fizikal, beliau turut memeriksa 
pengembangan payu dara, bulu ketiak, bulu ari-ari, bulu kaki, jenis kulit dan 
otot ‘si suami’.

Menurutnya, dalam semua pemeriksaan itu, disimpulkan ‘si suami’ mempunyai 
ciri-ciri kewanitaan.

“Bahagian luar kemaluan juga diperiksa dan didapati mempunyai bentuk wanita dan 
tidak timbul sifat kelakian.

“Pemeriksaan kromoson juga jelas menunjukkan defendan adalah wanita. Saya juga 
membuat ujian darah dan menghantarnya ke Jabatan Kimia untuk dianalisis dan 
keputusannya mengesahkan ia darah seorang wanita,” katanya ketika ditanya 
peguam syarie, Mohd Mokhtar Karim yang mewakili Pendaftar Pernikahan, Cerai dan 
Rujuk Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

Defendan adalah ‘si suami’ , Mohd Sufian Mohamad, 40, yang dituduh bernikah 
sesama jantina dengan Zaiton Aziz, 43, mengikut Seksyen 11 Enakmen Keluarga 
Islam Negeri Melaka 1983.

Jika sabit kesalahan, pernikahan mereka perlu dibubar atau difarakhkan. 

Pemeriksaan itu dibuat selepas Jaim meragui status jantina ‘si suami’ kerana 
namanya dalam surat beranak Mazinah Mohamad.

Sebelum itu, Jaim menerima aduan menyatakan Mohd Sufian seorang wanita.

Pasangan terbabit yang menetap di Selangor dinikahkan oleh Imam Satu Masjid 
Bukit Cina, Ishak Juki pada 27 Disember 2002, dan mengikut prosedur ditetapkan, 
termasuk pengantin lelaki mendapat pengesahan bujang daripada sidang kampung.

Menjawab pertanyaan Mohd Mokhtar mengenai kemungkinan defendan adalah khunsa 
dan alat jantina lelakinya tersorok, Dr Nor Hanisah berkata, ketika membuat 
pemeriksaan, dia tidak melihat alat jantina lelaki dan defendan langsung tidak 
memiliki zakar.

Ketika menjawab pertanyaan peguam syarie Zulfiqri Zakaria yang mewakili 
defendan, Dr Nor Hanisah berkata, jika khunsa, sudah pasti ada zakar.

Katanya, sejak bertugas sebagai doktor pakar, ini kes pertama dikendalikannya 
bagi pertukaran jantina.

Sementara itu, seorang lagi doktor yang memeriksa keadaan ‘si suami’, Pakar 
Perunding Bedah Umum yang juga Ketua Jabatan Pembedahan Hospital Melaka, Dr 
Mohd Safian Naim, berkata dia menjalankan pemeriksaan fizikal terhadap defendan 
pada jam 8.45 pagi, 20 Januari tahun lalu, di Jabatan Kecemasan HM.

Menurutnya, ketika membuat pemeriksaan, dia memasukkan jarinya ke dalam dubur 
defendan untuk mengenal pasti kelenjar prostat yang dimiliki lelaki.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak menemui kelenjar prostat yang sepatutnya boleh 
disentuh dengan jari.

“Hasil pemeriksaan saya, jelas menunjukkan secara fizikal, defendan lebih 
kepada sifat kewanitaan. Selain itu, ujian darah turut meyakinkan,” katanya.

Saksi lain, Azli Abdul Rahman berkata, ketika bertugas sebagai Pendaftar 
Penikahan, Perceraian dan Rujuk Jaim, dia memberi kebenaran kepada ‘si suami’ 
untuk bernikah selepas defendan mengemukakan surat permohonan dan dokumen 
lengkap.

Bagaimanapun, katanya, selepas upacara itu dilangsungkan, sijil pernikahan 
defendan tidak dapat dikeluarkan kerana timbul keraguan dan kesahihan mengikut 
hukum syarak sebaik pihaknya menerima aduan bahawa defendan adalah wanita.

“Saya memanggil Imam 1 Kampung Bukit Cina, Ishak Juki yang menikahkan defendan. 
Pada masa sama, defendan menunjukkan dokumen pertukaran jantina daripada 
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) iaitu dokumen meluluskan butiran dalam kad 
pengenalan defendan daripada nama Mazidah kepada Mohd Sufian.

“Selepas itu, saya membawa kes itu ke Mahkamah Syariah tetapi banyak kali 
tertangguh kerana defendan gagal menunjukkan laporan perubatan yang menyatakan 
dia lelaki.

“Berikutan itu, atas kuasa saya, saya membubarkan perkahwinan defendan ketika 
itu hingga kes ini dibawa ke mahkamah,” katanya.

Saksi lain memberi keterangan semalam ialah Pendaftar Pernikahan, Rujuk dan 
Cerai Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Kamaludin Md Dani; Pengarah JPN 
Putrajaya, Md Ziki Ab Rahman; dan Ishak.

Penggulungan kes berkenaan disambung hari ini

       
---------------------------------
 
 Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.

[Non-text portions of this message have been removed]



Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Reply via email to