LIHATLAH GAMBAR ahli kumpulan sesat INI ...
Kumpulan zikir lelaki, wanita sentuh lutut akan
diserbu
(Utusan Malaysia) - Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS) akan melancarkan serbuan terhadap satu kumpulan
ajaran sesat di sini yang didapati bergerak aktif
sejak enam bulan lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia
dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil
berkata, tindakan itu akan dibuat selepas bukti- bukti
membabitkan pergerakan serta amalan kumpulan tersebut
dikumpulkan.
Menurutnya, risikan dan bukti sedia ada jelas
mengaitkan kumpulan itu dengan aktiviti menyebarkan
ajaran sesat.
Setakat ini kami masih lagi kumpul serta
memperkuatkan bukti-bukti tersebut bagi membolehkan
kami mengambil tindakan yang dijangka dilancarkan
dalam tempoh terdekat.
"Kami tidak mahu ajaran ini menular di kalangan umat
Islam lain kerana apa yang dipraktikkan jelas berbeza
serta bercanggah dengan ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah,
katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Abdul Rahman, setakat ini pihaknya mendapati
kumpulan itu turut dianggotai beberapa tokoh korporat
serta kenamaan.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai
maklumat tokoh terlibat termasuk lokasi pertemuan
kumpulan itu yang dikatakan diadakan pada setiap malam
kecuali malam Jumaat.
Jelas beliau, kumpulan itu diletakkan di bawah senarai
ajaran sesat berikutan aktiviti yang mengamalkan zikir
bercampur lelaki dan wanita sehingga bersentuhan
antara satu sama lain termasuk lutut.
Dalam pada itu, Abdul Rahman memberitahu, pihaknya
sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa
bagi memastikan Selangor bebas daripada kegiatan
ajaran sesat.
Sebarang aktiviti ajaran sesat bukan hanya merosakkan
kesucian Islam malah boleh mengundang perpecahan umat
dan seterusnya membawa pelbagai masalah, ujarnya.
____________________________________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and
know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ
[Non-text portions of this message have been removed]
Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan
Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif
(BA) unless otherwise stated
Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]
To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/