Buah dada Nori    terdedah di muka depan Berita Minggu
dan Sunday Star.   Mengesahkan Hadhari adalah sesat
lagi merosakkan.   Zina, jenayah dan maksiat
menjadi-jadi.
Dollah tersenyum gembira kerana berjaya menarik ramai
ke arah  Neraka !



http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dimensi/20080113124711/Article/index_html

'Universiti Asmara' dedah gejala seks penuntut IPT

Ibu bapa jauh di kampung membuatkan penuntut pelajar
bebas bergaul hingga terjebak dalam gejala sosial 

PANTAI Dalam dan Kampung Kerinchi, antara penempatan
yang menjadi tumpuan penduduk Melayu di Kuala Lumpur.
Hasil pembangunan pesat, kedua-dua kawasan ini
dipenuhi rumah pangsa dan kondominium yang sebahagian
daripadanya disewa oleh penuntut institusi pengajian
tinggi (IPT). 

Mereka tinggal menyewa beramai-ramai dan berkongsi
kenderaan ke kuliah. Oleh kerana ibu bapa jauh di
kampung, mereka bebas bergaul hingga ada yang terbabas
kepada gejala sosial dan moral. 



Masih ingat lagi insiden berasmara di tangga rumah
pangsa? Di situlah kejadian ini berlaku. Malah, bukan
kes itu saja, banyak lagi kes penuntut universiti
berasmara di kawasan itu dilaporkan sebelum ini. 

Topik Universiti Asmara ini dibincangkan dalam
Keluarga Di 9 (KD9) pada Rabu lalu bersama pengacara
Benjy dan tetamu termasuk Pengetua Pusat Perlindungan
Remaja, Kem Bina Insan (Kewaja), Yahaya Mohamed dan
Ketua Biro Ikhtisas Angkatan Belia Islam Malaysia
(Abim), Dr Nur Izura Udzir. Turut menjadi tamu ialah
pemimpin pelajar, Mohd Zaid Mohd Idrus dari Universiti
Kebangsaan Malaysia UKM). 

“Tak dapat tinggal di kolej atau asrama, mereka
memilih untuk tinggal di Universiti Asmara!,” kata
Benjy. 

Kisah Zara (bukan nama sebenar) menyedarkan banyak
pihak mengenai kelonggaran akhlak remaja walaupun
mempunyai pencapaian akademik membanggakan. 

Zara berasal dari negeri pantai timur dan mengikuti
pengajian kejuruteraan, tetapi disebabkan cinta yang
berkobar-kobar, sanggup menyerahkan maruah diri kepada
lelaki yang dicintainya. 

“Cinta kami dihalang oleh ibu bapa saya kerana mahu
saya menghabiskan pengajian dahulu walaupun ibu bapa
lelaki itu bersetuju saya berkahwin dengannya,” kata
Zara kepada wartawan KD9, Sharifah Nur Syed Ali yang
menemuinya di Rumah Kewaja. 

Zara kini hamil lapan bulan hasil perhubungan intimnya
dengan teman lelaki yang kini tidak dapat dihubungi
lagi. 

Zara berkata, mereka bebas bergaul kerana dia belajar
di IPT yang jauh dari kampung halaman. Apabila ibu
bapanya mengetahui nasib anak mereka, Zara dihantar ke
Kewaja untuk melahirkan bayi yang kemudian akan
diserahkan kepada keluarga angkat. 

Di Kewaja, rumah perlindungan yang dikendalikan Yahaya
dan isterinya, Ruzitah Baharum, Zara dan remaja lain
yang hamil daripada perhubungan luar nikah dilatih
menguruskan diri dan menjalani sesi kaunseling bagi
membantu mereka kembali ke jalan yang benar serta
meneruskan kehidupan selepas melahirkan anak. 

Bagi Zara, pengajaran daripada episod pahit dalam
hidupnya ini akan dijadikan pedoman pada masa depan. 

Sementara itu, seorang lagi remaja senasib, Intan
(bukan nama sebenar) hamil selepas sebulan berkenalan
dengan seorang lelaki ketika dia menuntut di sebuah
politeknik di utara tanah air. 

“Sejak awal berkenalan lagi, dia memang banyak kali
mencuba untuk melakukan hubungan seksual, tetapi saya
tidak benarkan. Bagaimanapun, pada satu malam, saya
tidak sedar dia memasukkan pil khayal ke dalam makanan
saya. 

“Dalam keadaan separuh sedar, saya mendapati dia
membawa saya ke rumahnya dan apabila saya sedar
keesokan harinya, semuanya sudah terlambat,” katanya
ketika ditemui di Kewaja. 

Yahaya berkata, sejak beroperasi pada 2003, lebih 100
penuntut wanita IPT yang hamil luar nikah datang
mendapatkan perlindungan di Kewaja. 

“Kemunculan remaja hamil luar nikah di rumah Kewaja
boleh dikatakan ‘bermusim’. Apabila ada perayaan,
misalnya, tahun baru seperti baru-baru ini, beberapa
bulan akan datang datanglah mereka ini,” katanya. 

Katanya, satu punca gejala ini ialah kejutan budaya
penuntut yang datang dari luar bandar. Daripada
persekitaran terkongkong, mereka yang mendapat
kebebasan secara tiba-tiba apabila memasuki IPT dan
tinggal beramai-ramai di rumah sewa, mudah dipengaruhi
fenomena cinta kampus. 

Apabila terlanjur, ramai yang memilih jalan mudah
dengan menggugurkan anak secara haram atau membuang
bayi. 

Selain mendedahkan gejala ini, KD9 mengupas isu
kekosongan jiwa remaja yang tiada pengisian positif
ketika mereka menuntut di IPT. 

Ini berbeza dengan era 80-an yang mana ramai anak muda
dipacu oleh perjuangan dan ideologi menerusi
pertubuhan seperti Abim dan Gabungan Pelajar Melayu
Semenanjung (GPMS). 

Satu masa dulu, lagu perjuangan seperti ‘Anak Kecil
Main Api’ membakar semangat anak muda termasuk
pemimpin pelajar di IPT untuk berjuang demi bangsa dan
agama. “Anak muda kini seolah-olah tiada perjuangan,
tiada haluan. Sebab itu ramai lebih suka merempit dan
terbabit dengan gejala moral yang membimbangkan. Di
manakah Abim dalam kemelut sosial ini?” kata Benjy
ketika mengajukan soalan kepada Dr Nur Izura. 

Dr Nur Izura berkata, Abim masih giat menjalankan
pelbagai program pembangunan ummah walaupun kian
kurang mendapat pendedahan media. 

Katanya, jika diberi ruang yang lebih terutama di IPTA
dan IPTS, Abim bersedia mengadakan kegiatan pengisian
jiwa dan minda remaja. 




















      
____________________________________________________________________________________
Looking for last minute shopping deals?  
Find them fast with Yahoo! Search.  
http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping


Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Reply via email to