Malaysia terkejut dengan lagak meluat PM dalam
perhimpunan MIC semalam.
Pelakuan lucah PM bercium di khalayak ramai adalah
salah salah dari segi undang-undang seksyen(8) Wilayah
Persekutuan Malaysia.
Dollah seolah-olah berlagak seperti Clinton berada di 
New York, sedang mengigau dari tidur-lena.
Inikah budaya orang-tua keladi hadari ??? 



http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/1528/1/

http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0405&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm


Salah berpeluk, cium di tempat awam

Oleh NOR ZAINAH NORDIN

PUTRAJAYA 4 April - Mahkamah Persekutuan hari ini
membuat satu keputusan bersejarah apabila memutuskan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) boleh mendakwa dua
pelajar sebuah universiti dekat sini atas tuduhan
berkelakuan tidak sopan di taman awam.

Keputusan itu bermakna kerajaan tempatan kini
mempunyai kuasa jelas untuk mewujudkan undang-undang
kecil bagi mendakwa mana-mana pihak yang berkelakuan
tidak sopan di tempat awam.

Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul
Halim yang bersidang bersama-sama Hakim-Hakim Mahkamah
Persekutuan, Datuk Alauddin Sheriff dan Datuk Richard
Malanjum sebulat suara memutuskan Datuk Bandar Kuala
Lumpur adalah betul untuk mendakwa dua pelajar (Ooi
Kean Thong, 25, dan Siow Ai Wei, 23) kerana
berkelakuan tidak sopan iaitu berpeluk dan bercium di
Taman City Centre Kuala Lumpur (KLCC).

Sehubungan itu, permohonan kedua-dua pelajar itu untuk
merujuk isu perlembagaan berhubung kes tersebut kepada
mahkamah tersebut ditolak.

Korum itu memutuskan Seksyen 8(1) Undang-Undang Kecil
Taman, seksyen yang dirujuk oleh Datuk Bandar untuk
menghukum sesiapa yang didapati berkelakuan tidak
sopan di tempat awam adalah mengikut perlembagaan.

Berikutan keputusan itu, dua pelajar berkenaan perlu
membela diri terhadap pertuduhan tersebut yang didakwa
terhadap mereka di Mahkamah DBKL pada 2004.

Kes mereka ditetapkan untuk sebutan semula di mahkamah
itu pada 1 Jun.

Kedua-dua pelajar itu mengaku tidak bersalah melakukan
perbuatan tersebut di taman itu pada 5.20 petang, 2
Ogos 2003. 

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda
tidak melebihi RM2,000 atau penjara setahun atau
kedua-duanya. 

``Kami membuat keputusan ini sebulat suara. Jawapan
kepada soalan perlembagaan yang dikemukakan adalah
negatif. Undang-Undang Kecil Taman (Wilayah
Persekutuan) tidak melampaui bidang kuasa Akta
Kerajaan Tempatan 1976 dan Perkara 5(1) Perlembagaan
Persekutuan,'' kata Ahmad Fairuz.

Kedua-dua pelajar itu mencabar kesahan Seksyen 8 (1)
yang menyatakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang
merupakan akta induk bagi pihak berkuasa tidak
memberikan kuasa kepada Datuk Bandar untuk menggubal
undang-undang kecil berhubung perkara mengenai
kesopanan.

Ketika berhujah, peguam bela S. Selvam berkata,
perbuatan bercium dan berpeluk di taman awam merupakan
luahan cinta dan perlu digalakkan, malah ia merupakan
satu bentuk kebebasan hidup yang tidak boleh disekat.

Hakim Ahmad Fairuz yang mencelah berkata, di England
dan Amerika Syarikat, perbuatan bercium dan berpeluk
di tempat awam diterima oleh masyarakat di sana.

``Tetapi adakah perbuatan berpeluk dan bercium (di
tempat awam) boleh diterima penduduk Malaysia? Adakah
perbuatan seumpama itu mengikut akhlak orang Asia?''

Selvam menjawab, Datuk Bandar telah mewujudkan
undang-undang yang memudaratkan dan menimbulkan
masalah kepada kedua-dua pelajar itu dan ia tidak
adil.

Ahmad Fairuz berkata: ``Jadi, mereka patut diberikan
kebebasan untuk menjalani kehidupan sesuka hati
mereka? Perlembagaan membenarkan semua warganegara
berbuat begitu (berpeluk dan bercium) malahan di tepi
jalan, di taman awam?''

Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup pula berkata,
persoalan sama ada kelakuan itu menimbulkan kegusaran
awam perlu diputuskan oleh mahkamah berdasarkan fakta
kes berkenaan.




      
____________________________________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and 
know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.  
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ 


[Non-text portions of this message have been removed]



Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Reply via email to