Pendedahan mengejutkan terhadap Lingam
Bekas setiausaha Datuk VK Lingam membuat pendedahan
yang mengejutkan terhadap bekas bosnya itu ketika
memberi keterangan kepada suruhanjaya diraja yang
menyiasat klip video Lingam hari ini.
Dalam akuan bersumpahnyanya, GN Jayanthi, 45, berkata
beliau bekerja hingga jam 3 pagi di pejabat Lingam
untuk menyediakan draf penghakiman yang akhirnya
menjadi keputusan penting yang dibaca oleh Hakim
Mahkamah Tinggi, Datuk Mokhtar Sidin dalam kes saman
fitnah Tan Sri Vincent Tan terhadap MGG Pillai.
Ini, katanya, berlaku antara bulan November dan awal
Disember tahun 1994,
Lingam mewakili Tan, seorang ahli perniagaan, dalam
kes saman sebanya, RM10 juta itu.
Jayanthi berkata beliau "masih ingat dengan jelas"
bagaimana Lingam membaca draf penghakiman tersebut
dari nota-nota tulisan tangan, manakala seorang lagi
kakitangan, J Sumanti menaipnya.
"Lingam kemudiannya membuat pembetulan dengan
menggunakan pen dakwat merah. Sumanti kemudiannya
membuat pembetulan tersebut dan membuat satu salinan
penghakiman tersebut dalam disket untuk diserahkan
kepada Mokhtar.
"Saya kemudiannya mendapati penghakiman yang
disediakan oleh Lingam itu digunakan sepenuhnya dalam
penghakiman rasmi hakim berkenaan," katanya.
Jayanthi menegaskan bahawa pada malam berkenaan,
Lingam dibantu oleh adiknya Datuk V Sivaparanjothi,
peguam Adam Bachek dan bekas pengerusi Mahkamah
Perindustrian, W Satchithanandan.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwaraya, Datuk Nordin
Hassan, Jayanthi berkata, beliau telah membuat
tempahan tiket penerbangan untuk Lingam dan bekas
Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin untuk percutian ke
New Zealand pada 1994.
Menurutnya, beliau menyediakan pelan perjalanan
tersebut berdasarkan kepada jadual tulisan tangan dari
syarikat pelancongan yang mengendalikan percutian
mereka.
Selepas Lingam pulang dari percutian tersebut,
Jayanthi diberi tiga gulung filem percutian tersebut
untuk diproses di mana segulung daripadanya tidak
diambil balik oleh Lingam.
Ia merupakan foto dan keratan tiket serta jadual
percutian yang Jayanthi serahkan kepada peguam Datuk
Muhammad Shafee Abdullah.
'Merbahaya dan pendendam'
Beliau memberitahu suruhanjaya tersebut bahawa
Satchithanandan telah mengingatkannya bahawa Lingam
adalah seorang yang "merbahaya dan pendendam".
Menurut Jayanthi, peguam tersebut tidak puashati
kerana Lingam telah mengesyorkan bekas Ketua Hakim
Mahkamah Tinggi, KL Rekhraj dilantik sebagai
pesuruhjaya kehakiman dan bukannya Satchithanandan.
"Satchi mengadu kepada saya bahawa Lingam tidak
memegang janjinya untuk mengesyorkan kepada ketua
hakim supaya melantik beliau sebagai pesuruhjaya
kehakiman, walaupun beliau yang memperkenalkan Lingam
kepada ketua hakim (Eusoff)," katanya.
Jayanthi juga memberitahu bahawa Badan Pencegah Rasuah
(BPR) telah memaklumkan kepadanya pada 1998 bahawa
penyiasatan yang membabitkan Lingam telah ditutup
kerana ia "membabitkan pegawai tinggi".
Jayanthi juga memberitahu bahawa BPR telah memberinya
RM3,000 dan beliau mengambilnya. Beliau bagaimanapun
tidak dapat menyatakan mengapa BPR memberi wang itu
kepadanya.
____________________________________________________________________________________
Looking for last minute shopping deals?
Find them fast with Yahoo! Search.
http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping
Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan
Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif
(BA) unless otherwise stated
Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]
To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/