Anwar dakwa laporan polis satu tindak balas
        
        
          Jun 29, 08 2:19am


        
        
          
            Ketua
Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata laporan polis yang dibuat
terhadapnya yang mendakwa beliau telah meliwat seorang kakitanganya,
adalah satu rekaan semata-mata.

Dalam satu kenyataannya awal
pagi ini, Anwar percayai ia adalah ulangan daripada apa yang berlaku
pada 1998 di mana dakwaan yang sama dilemparkan terhadapnya secara
paksaan.

Katanya,
ia jelas merupakan satu percubaan terdesak regim Barisan Nasional (BN)
untuk menyekat pergerakan rakyat Malayaia ke arah kebebasan, demokrasi
dan keadilan.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia
23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi. Ketua Polis
Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut
dibuat.

PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah
menahan pembantu Anwar, Saiful Bahari petang semalam dan memaksanya
membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Menurut
kenyataan itu lagi, Anwar berkata laporan tersebut diatur oleh
pihak-pihak yang berkepentingan untuk "menyerangnya" sebagai tindak
balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis
Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail
berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya
pada 1998-1999.

Bagaimanapun, tegas Anwar, perbuatan tersebut tidak akan menghalang beliau 
daripada mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.Tegakkan keadilanSehubungan
itu, beliau menggesa rakyat Malaysia menentang kuasa tekanan dari pihak
kerajaan dalam tempoh beberapa hari dan minggu-minggu yang akan datang.

Anwar berkata, pihaknya menjangka pihak media, badan kehakiman dan pasukan 
polis  akan dikawal oleh pihak eksekutif.

Sebagai
susulan kepada pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar menegaskan bahawa
rakyat mesti meningkatkan kekuatan dan kesungguhan ke arah mencapai
kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat.

Sementara itu,
semakin ramai penyokong Anwar kini berkumpul di Hotel Quality Shah Alam
awal pagi ini ekoran satu laporan polis oleh seorang kakitangannya yang
mendakwa dilihat oleh Ketua Umum PKR itu.

Anwar, bekas timbalan
perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997
kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada
1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan
salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun
penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman 
tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik 
terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.
---------------------------

AMK kawal Anwar di Hotel Quality
        
        
          Jun 29, 08 3:04am


        
        
          
Angkatan Muda Keadilan (AMK) sedang mengumpulkan ahli-ahlinya untuk
ditugaskan mengawal sekitar Hotel Qualitiy di Shah Alam untuk
menghadapi kemungkinan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
ditangkap dalam tempoh 48 jam ini.

Difahamkan,
mereka sedang mengumpulkan kira-kira 1,000 orang ahli AMK dari 22
bahagian PKR, khususnya di Selangor mengawal pintu-pintu masuk utama ke
hotel berkenaan.

Anwar berada di hotel tersebut bersama
pemimpin-pemimpin utama PKR selepas satu laporan polis dibuat
terhadapnya petang semalam, yang mendakwa beliau telah meliwat seorang
kakitanganya.

Dalam satu kenyataannya awal pagi ini, Anwar berkata laporan tersebut adalah 
rekaan semata-mata.

Sebaliknya
beliau berkata ia diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan sebagai
tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua
Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani
Patail berhubung salahlaku termasuk mereka bukti dalam kes-kes yang
dibuat terhadapnya pada 1998-1999.

Manakala PKR pula berkata
polis telah menahan kakitangan Anwar, Saiful Bahari petang tadi dan
memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Menurut parti itu lagi, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Penyokong Anwar juga semakin ramai berkumpul di Hotel Quality Shah Alam.

Anwar,
bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari
kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit
dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman
penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000,
dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman 
tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik 
terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.
----------------------
Laporan polis terhadap Anwar atas dakwaan liwat
        
        
          Jun 28, 08 11:53pm


        
        
          
            Satu
laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim kerana didakwa telah meliwat seorang pembantunya.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan 
Travers jam 6 petang tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan 
tersebut dibuat.

Difahamkan Anwar telah menemui beberapa pemimpin parti dalam satu mesyuarat 
tergempar lewat malam ini.

PKR
telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu
Anwar, Saiful Bahari petang tadi dan memaksanya membuat laporan polis
yang dia diliwat oleh Anwar.

Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Sementara itu, Anwar dijangka membuat komen mengenai krisis tersebut dalam satu 
sidang akhbar esok.

Sidang akhbar itu dijangka diadakan selepas Anwar menemui semua ahli Parlimen 
dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR esok.Anwar,
bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari
kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit
dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman
penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000,
dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman 
tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik 
terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya. 



---------------------------------------------------

http://malaysiakini.com/news/85246

Aide alleges sodomy: Report lodged
        
        
          Jun 28, 08 11:03pm


        
        
          
            A police report has been lodged against PKR MCPXde facto
leader Anwar Ibrahim for allegedly sodomosing one of his aides - the
second time  that such an accusation had been made in over 10 years.
The report was lodged by the 23-year-old alleged victim at the Jalan Travers 
police station at 6pm.
KL police chief Muhammad Sabtu Osman confirmed that the report had been made.

The man has been sent to Hospital Kuala Lumpur for a medical examination.
"Yes,
we have received a police report from an aide of Anwar Ibrahim that he
was sodomised. But no, we will not arrest Anwar at the moment," added
deputy federal police chief Ismail Omar.

"We will investigate
this report first. We will look into it and carry out the necessary
steps before issuing any warrant of arrest," he was quoted by AFP.  
It is learnt that Anwar met with a number of party leaders at an emergency 
meeting late tonight.
At
11.15pm, PKR sent out an SMS message stating that the police had
detained Anwar's special aide Saiful Bahari this afternoon and forced
him to lodge a police report about being sodomised by his boss.

It added that the police are expected to arrest Anwar soon.
Meanwhile, Anwar is expected to comment on this latest crisis at a pre-arranged 
press conference tomorrow. 
The
press conference is scheduled to be held after a meeting between Anwar
and all PKR members of parliament and state assemblypersons.
Anwar expecting the worst
Party
sources said that Anwar was chairing a party supreme council meeting at
a hotel in Shah Alam when he received an SMS at about 9pm on Saturday
night about the police report lodged against him.

He apparently then told the party leaders that his aide Saiful had been missing 
for two days.

"He then received another SMS at about 9.30pm and his face changed dramatically 
after reading that SMS," a party insider told Malaysiakini.

"He did not reveal the details of the SMS but merely said that the situation 
was very serious," added the insider.

Anwar is said to have left the supreme council meeting to meet his lawyers 
until about 11pm.

The council however continued their meeting without Anwar.

Party leaders are saying that they have to be prepared for any eventuality. 
DAP's veteran leader Lim Kit Siang wrote in his blog that he had spoken to 
Anwar over the phone and that the PKR leader was expecting the worst.

Press statement at 1.25am
Anwar issued a press statement at about 1.25am, saying that the report lodged 
against him was a "complete fabrication".

The following his statement in full:

"The
police report lodged against me earlier today is a complete
fabrication. I believe we are witnessing a repeat of the methods used
against me in 1998 when false allegations were made under duress. 

This
is clearly a desperate attempt by the Barisan Nasional regime to arrest
the movement of the Malaysian people towards freedom, democracy and
justice. 
 
"The report has been organised by interested parties
to attack me in retaliation for evidence I have recently obtained
implicating IGP (inpector-general of police) Musa Hassan and the AG
(attorney-general) Gani Patail in misconduct including fabrication of
evidence in the cases launched against me in 1998-1999. This vile
attack will not prevent me from releasing this dossier to the public.
 
"I
urge the Malaysian people to stand against the repressive forces that
will be unleashed by the government in the coming days and weeks. We
expect the media, the judiciary and the police force to all come under
the direct and unchecked control of the executive. 
 
"My fellow
Malaysians - we took a bold step forward on March 8 towards a new dawn
for freedom and justice for all of our citizens. 

This people's movement
for change must go on with all of our strength and conviction."
Accused of sodomy in 1997
Meanwhile, at about 1am about 400 people had gathered outside the hotel in Shah 
Alam to ensure that nothing happened to Anwar. 
The
party leaders and Anwar's lawyer SN Nair also held a press conference
at the Shah Alam hotel at about 1.30am where they distributed Anwar's
statement. 
Anwar, a former deputy prime minister and finance
minister of Malaysia, was sacked from the government in 1997 for
allegedly being involved in sodomy and abuse of power. 
In 1999, he
was sentenced in a highly controversial trial to six years in prison
for corruption, and in 2000, to another nine years for alleged
homosexual acts. 
However in 2004, the Federal Court - the country's highest court - reversed the 
second conviction and he was released.
Anwar
has always maintained that the charges were a government hatched
political conspiracy against him, a move denied by the government.





      Get your new Email address!
Grab the Email name you've always wanted before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/sg/

[Non-text portions of this message have been removed]


------------------------------------

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to