Bila ada laporan kes liwat DSAI, Polis Malaysia segera bertindak macam tidak 
cukup tanah.
Bila ada laporan pembunuhan akibat C4 yang TPM Najib & isteri ke 2 terlibat 
.... bertahun-tahun tiada apa-apa tindakan.


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15470&Itemid=1

Gambar Saiful dengan tiga menteri, pegawai Najib cetus persoalan konspirasi  

KUALA LUMPUR, 30 Jun  - Empat keping gambar yang diedarkan kepada media 
mencetuskan pelbagai persoalan siapakah sebenarnya Saiful Bukhari Azlan dan 
adalah beliau merupakan agen pihak tertentu untuk memerangkap Anwar. 

 Mengejutkan, gambar-gambar yang tidak bertarikh itu menggambarkan 'perhubungan 
mesra' Saiful dengan Menteri Pelancongan, Dato' Seri Azalina Othman Said, 
Menteri Pertanian, Dato' Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan 
Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Abdul Samad dan Pegawai Khas kepada Timbalan 
Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof. 

Tiga gambar yang membabitkan menteri-menteri tidak dinyatakan lokasi, namun 
gambar Saiful dengan Pegawai Khas Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak jelas 
menunjukkan ianya dirakam di Pejabat TPM, yang dikatakan di bangunan Parlimen. 

 Jika Saiful mula bertugas sebagai Pembantu Peribadi Anwar bermula selepas 
Pilihan Raya Umum Mac lepas, kemungkinan gambarnya bersama Khairil baru sahaja 
dirakam iaitu pada sidang parlimen sebulan yang lalu. 

Daripada gambar-gambar yang diedarkan, mencetuskan persoalan apakah wujud satu 
lagi teori konspirasi membabitkan pihak tertinggi dalam negara, yang jelas 
bertujuan untuk menjejaskan imej politik Anwar Ibrahim. 

Ianya juga jelas menunjukkan seolah-olahnya ianya suatu bentuk 'retaliation' 
pihak tertentu untuk menghalang kemaraan Anwar yang semakin hampir membentuk 
Kerajaan Pusat melalui Pakatan Rakyat. 

Semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah 
Wan Ismail mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan 
Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof. 

Dalam kenyataannya awal pagi semalam, Anwar menegaskan: 

 "Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan 
semata-mata. 

Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan 
terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. 

Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk 
menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan. 

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang 
saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan 
Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan 
salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada 
tahun 1998-99. 

 Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti 
tersebut kepada awam. 

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang 
akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. 

Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di 
bawah telunjuk serta arahan pemerintah. 

Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 
2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua 
rakyat. 

Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan 
keberanian. (Anwar Ibrahim, 29 Jun, Shah Alam). 

Sementara itu Anwar dilaporkan sedang berlindung di Kedutaan Turki kerana 
ancaman bunuh yang diterima beliau. 

Hari ini Parti KeADILan Rakyat akan menganjurkan perhimpunan solidariti di 
Bangunan Parlimen pada jam 1 tengahari. - mr _ 
 



      

------------------------------------

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to