http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20080717162510/Article/

Tengku Razaleigh ada formula atasi kenaikan harga minyak 

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata 
beliau ada formula sendiri untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak dalam 
negara yang semakin menekan hidup rakyat Malaysia. 

Katanya, beliau masih ada cara untuk kerajaan meringankan beban yang terpaksa 
ditanggung rakyat akibat lonjakan harga minyak dalam negara, tanpa perlu 
mengambil kira harga bahan api itu di pasaran dunia. 

Sambil menegaskan 'formula' itu bukan mainan politik untuk meraih sokongan 
terutama di kalangan ahli Umno ketika beliau menawarkan diri sebagai calon 
Presiden parti pada pemilihan Disember ini, Tengku Razaleigh berkata apa yang 
diutamakan ialah kepentingan rakyat. 

Tan Sri Muhyiddin Yassin  pula dijangka akan bertanding untuk jawatan Timbalan 
Presiden, atas kehendak ramai ahli UMNO.   

Tengku Razaleigh Hamzah yang  juga adalah bekas Menteri Kewangan berkata harga 
minyak dalam negara boleh dikurangkan kerana harga minyak seperti petrol, 
diesel dan minyak pelincir ditentukan oleh kerajaan, walaupun harga minyak di 
pasaran dunia naik. 

“Harga semasa ini boleh ditimbang semula selepas dirunding, bergantung kepada 
keadaan semasa,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini hari ini. 

Razaleigh berkata, Malaysia mempunyai ramai cerdik pandai yang pasti mampu 
memberi idea bernas untuk mengatasi masalah, terutama dalam membantu untuk 
membangunkan ekonomi negara. 

“Malaysia juga boleh jemput pakar dari luar untuk beri idea atau pandangan jika 
tidak memiliki kepakaran dalam negeri dalam perkara-perkara tertentu, ini boleh 
dilakukan, semua untuk kebaikan rakyat,” katanya. 

Beliau berkata dalam keadaan politik negara yang semakin tidak menentu, 
kepercayaan rakyat kepada pemimpin juga perlu dikembalikan semula. 

Razaleigh berkata perkara yang paling penting adalah pemimpin yang dipilih itu 
perlulah mempunyai matlamat yang ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat bagi 
memastikan negara terus kekal aman dan maju. — Bernama 







      

------------------------------------

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to