Tertib Mengarang untuk Penulis Blog dan E-Grup
Oleh Mohd Isa bin Abd Razak
http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/

Kita mesti berpegang pada prinsip bahawa setiap sesuatu yang hendak kita
hasilkan perlu melalui proses tertentu. Ambillah usaha bercucuk tanam
sebagai contoh. Bercucuk tanam bermula dengan pemilihan benih yang baik,
penyemaian benih, penjagaan tanaman dan penuaian hasil. Akhirnya dapat
nikmati hasil tanaman itu.

Pelajar, termasuk guru pelatih di institut pendidikan guru (IPG), mesti
berpegang pada prinsip ini. Bagi guru pelatih IPG, semasa latihan
mengajar mereka perlu menggunakan masa yang banyak untuk menyediakan
rancangan pengajaran harian (RPH) dan bahan bantu belajar (BBB).
Seterusnya mereka melaksanakan pengajaran di bilik darjah dengan
berpandukan RPH dan menggunakan BBB itu. Selepas pengajaran
dilaksanakan, mereka perlu pula memeriksa kerja murid dan menulis
refleksi.

Seperti bercucuk tanam dan melaksanakan latihan mengajar, kerja
karang-mengarang tidak terkecuali daripada proses tertentu. Prof. Dr.
Haji Awang Sariyan menamakan proses itu tertib. Secara umum, tertib
mengarang dapat kita bahagikan kepada tiga tahap. Yang pertama ialah
tahap persediaan, yang kedua ialah tahap pengarangan dan yang ketiga
ialah tahap penyemakan karangan. Tahap-tahap ini dalam kalangan pelajar
IPG, khususnya mereka yang mengkhusus dalam Pengajian Melayu, dikenali
dengan nama pendekatan proses.

Penulis blog dan e-grup juga wajar memanfaatkan pendekatan proses. Pada
tahap persediaan, pilihlah bahan yang baik. Pada tahap pengarangan,
hasilkanlah penulisan berpandukan pengetahuan karang-mengarang yang
dipelajari di sekolah dan di institut pengajian tinggi. Pada tahap
penyemakan, suntinglah karangan beberapa kali sebelum diterbitkan.
Dengan demikian, insya-Allah, kita dapat menghasilkan tulisan yang
bermutu di blog atau e-grup kita.

Ada kemungkinan tuan ingin mendapat maklumat lanjut tentang tertib
mengarang. Jikalau benar, rujukilah buku Tertib Mengarang; Asas Retorik
untuk Pelajar dan Pendidik karangan Profesor Dr. Haji Awang Sariyan. Di
bawah ini saya lampirkan blurb buku itu. (Blurb ialah keterangan ringkas
penerbit tentang isi sesebuah buku pada kulit belakang buku yang
berkenaan.)

Untuk lebih memudahkan tuan, di bawah lampiran blurb saya catatkan pula
kandungan buku itu. Saya berharap kedua-dua bahan ini dapat menggerakkan
tuan untuk meneroka isi kandungan buku itu.

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi dua petikan daripada buku itu.

"Penguasaan kaedah dan teknik penulisan merupakan salah satu disiplin
yang perlu dikuasai dan dihayati dengan baik bagi menghasilkan penulisan
yang cemerlang." Dato' A. Aziz Deraman, halaman vii.

"Sesungguhnya kerja karang-mengarang merupakan kerja yang serius dan
memerlukan disiplin yang tinggi pada setiap orang dalam bidang
penulisan." Awang Sariyan, halaman xi.

Wassalam.

Baca lampiran 1 "Blurb Buku Tertib Mengarang: Asas Retorik untuk Pelajar
dan Pendidik" dan lampiran 2 "Kandungan Buku Tertib Mengarang: Asas
Retorik untuk Pelajar dan Pendidik" di sini. (Klik)
<http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2009/01/tertib-mengarang-untuk-pen\
ulis-blog-dan.html>



[Non-text portions of this message have been removed]


------------------------------------

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [email protected]

To Sub    : Send blank e-mail to [email protected]
To Unsub  : Send blank e-mail to [email protected]! 
Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[email protected] 
    mailto:[email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Reply via email to