Kalau ada World Cup Pertandingan Mencuri Pasir, pasukan manakah favourite untuk
bertemu di Pertandingan Akhir ?
UMNO Johor vs UMNO Selangor
Kedua-dua pasukan ini sangat mantap dan terlalu kuat untuk ditandingi oleh
pencuri Sepanyol, Belanda, Brazil, German dll.
TAHNIAH kepada Juara Dunia !
Curi pasir: Kenapa Muhyiddin, Hishammuddin diam
KUALA LUMPUR, 15 Julai: Kerajaan Pusat dilihat enggan memberi kerjasama
membanteras beberapa kes curi pasir di Selangor walaupun kerajaan negeri
telahpun menyerah maklumat berwajib, semalam.
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata demikian ekoran
melihat kengganan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerima surat maklum
balas daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Dah terima surat tentang siapa curi pasir, kroni pemimpin Umno bahagian mana
yang terbabit, kenapa Muhyiddin dan Hishammuddin tak terima dan diam," soal
beliau pagi tadi di lobi Parlimen.
Difahamkan, Khalid turut menyerah surat maklum balas yang sama kepada Ketua
Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu
Bakar supaya membanteras sendikit curi pasir itu.
Katanya lagi, kerajaan Pusat sepatutnya mengambil tanggungjawab bersama
membanteras sindiket mencuri pasir memandangkan pihak berkuasa di bawah bidang
kuasa kerajaan pusat.
Beliau yang juga AJK Pemuda PAS Pusat turut menasihatkan Ketua Pembangkang
Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo supaya tidak melindungi pihak
terbabit memandangkan aktiviti curi pasir dilihat mula giat sejak beliau
menjadi
Menteri Besar.
"Jangan setakat fitnah itu dan ini, dia (Mohamad Khir) kena dedah sindiket itu
sekiranya dia masih ingat," beliau menambah.
Sehubungan itu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat tidak terkeliru
dengan dakyah-dakyah Umno yang mahu merampas kerajaan negeri daripada rakyat
pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.
Semalam, Khalid Ibrahim mengaku bahawa pengurusan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.
masih lemah walaupun syarikat itu adalah syarikat berkaitan kerajaan negeri itu.
Ini kerana, beliau di Dun Selangor berkata, kerajaan negeri kurang mendapat
kerjasama daripada pihak penguatkuasaan berwajib yang nyata di bawah bidang
kuasa pusat.
Namun, Muhyiddin pada satu kenyataan media yang lain mengetepikan alasan Khalid
itu dengan mendakwa bahawa kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat
tidak mampu menguruskan isu pasir sebagaimana era Umno BN memerintah negeri.
Pun begitu, Mohamad Khir sendiri sehingga kini difahamkan masih belum
menyatakan
kesediaan untuk mendedahkan sindiket curi pasir yang berlaku ketika beliau
menjadi Menteri Besar dulu.
Singapore membangun dengan pasir yang dicuri di Johor.
------------------------------------
Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan
Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif
(BA) unless otherwise stated
Complaint : Send to [email protected]
To Sub : Send blank e-mail to [email protected]
To Unsub : Send blank e-mail to [email protected]!
Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[email protected]
[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/