YAYASAN NOAH DAN PEMEGANGNYA
UMNO dan kegiatan judi
09-08-2010
Bukit Tinggi Resort Berhad
Bukit Tinggi Resort Berhad merupakan syarikat yang dimiliki oleh Tan Sri
Vincent
Tan yang dikenali rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Bukit Tinggi yang mula beroperasi sejak tahun..adalah merupakan ilham Dr.
Mahathir seperti yang pernah dijelaskan oleh pengurus Besar Bukit Tinggi, Teh
Ming Wah dalam satu wawancara dengan The New Paper Singapura tidak lama dulu.
Operasi judi melalui mesin slot di Bukit Tinggi mula dijalankan apabila
Kementerian Kewangan yang diketuai oleh Dr. Mahathir sebagai Menteri 1 dan
Datuk
Dr. Jamaluddin Jarjis sebagai Menteri 2 meluluskan lessen judi mesin slot
berkenaan.
Ini menjadikan Menteri yang datangnnya dari Umno memberikan kelulusan lessen
judi.
Menambah jelaskan lagi penglibatan Umno di dalam kegiatan judi di Bukit Tinggi
ialah apabila terbongkar pegangan saham Pengerusi Perhubungan Umno Wi;ayah
Persekutuan yang juga Setiausaha Kerja Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor di
dalam
syarikat berkenaan.
Ini menjadikan adanya pemimpin Umno yang punya pengangan langsung di dalam
syarikat yang menjalankan aktiviti perjudian tersebut.
Sekalipun Tengku Adnan menyatakan bahawa beliau telah menjual saham Bukit
Tinggi
dua tahun lalu, hakikatnya, laporan tahunan PASDEC Holdings Berhad, satu lagi
syarikat yang memiliki saham Bukit Tinggi kepada Bursa Saham Kuala Lumpur
(BSKL)
masih menyatakan pegangan Tengku Adnan.
Begitu juga halnya dengan PASDEC, sebuah anak syarikat kerajaan negeri Pahang
yang diketuai oleh Menteri Besarnya Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengerusi
Perhubungan Umno Pahang.
Walaupun PASDEC telah menjual saham Bukit Tinggi tetapi ia hanya dilakukan pada
27 Mei 2003 yang lalu setelah pendedahan dibuat oleh Seruan Keadilan dan
bercanggah dengan kenyataan Adnan bahawa PASDEC telah menjual saham tersebut
dua
tahun lalu.
Berdasarkan senario ini apa yang dapat disimpulkan penglibatan Umno baik
melalui
kuasa menteri, pegangan saham menteri dan pegangan saham syarikat kerajaan
negeri amat jelas sekali.
Sebab itu tidak salah jika ada yang berpandangan Umno amat berkait rapat dengan
aktiviti judi di negara ini.
Umno tiada hak bicara soal agama dan moral
Penglibatan Tengku Adnan Tengku Adnan Tengku Mansor di dalam pemilikan saham
syarikat perjudian menghapuskan hak Umno untuk berbicara tentang pendaulatan
agama dan moral.
Selaku Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Kerja Umno Malaysia,
Tengku Adnan adalah lambang pemimpin Umno dan sekaligus menjadi lambang
perjuangan parti berkenaan.
Sebagai tonggak parti dan selaku pemimpin, penglibatan Tengku Adnan memberikan
tafsiran bahawa Umno tidak punya halangan sekiranya pemimpin parti itu turut
terlibat di dalam menganjurkan syarikat perjudian.
Umno tidak boleh menyatakan bahawa pegangan saham syarikat judi oleh Tengku
Adnan tidak punya kaitan dengan parti itu kerana sebelum melantik pemimpin
apakah Umno tidak memriksa latarbelakang seseorang.
Dalam hal Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya umpamanya, Kapt
(B) Abdul Kudus Ahmad dipecat kerana tidak mengisytiharkan status muflisnya dan
pemimpin kerajaan baik menteri mahupun pemimpin Umno menuntut tindakan tegas
diambil.
Malah Kudus diibaratkan menjejaskan nama baik MPAJ.
Hal sama sepatutnya terpakai dalam isu Tengku Adnan. Apakah Umno tidak
memeriksa
latarbelakang seseorang itu sebelum dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan
Negeri dan Setiausaha Kerja.
Bagaimana Umno yang mendakwa dalam fasal tujuan penubuhannya untuk mengembang
dan mempertahankan kesucian Islam boleh membiarkan seorang pemimpin dilantik
sekalipun diketahui memiliki saham syarikat perjudian.
Penglibatan Tengku Adnan dalam sayarikat judi bukanlah sesuatu yang baru
seperti
pemilikan saham dalam Bukit Tinggi Resort Berhad yang memperolehi lessen judi
mesin slot tetapi jauh sebelum itu sehingga kini beliau masih memegang saham
dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sports Toto Malaysia.
Mana mungkin Umno boleh berbicara soal mendaulatkan Islam jika pemimpinnya
sendiri terlibat dengan syarikat yang menganjurkan perjudian.
Apa mungkin Umno berbicara soal membela nasib bangsa jika pemimpinnya mendapat
keuntungan daripada syarikat judi yang terbukti membawa lebih banyak kerosakan
kepada masyarakat.
Bagaimana mungkin Umno boleh berbicara soal membela negara jika pemimpinnnya
sendiri terlibat dengan menganjurkan perjudian yang prinsip penjudi ialah
sanggup menggadai apa sahaja asalkan mendapat keuntungan.
Dengan sebab itu, Umno sudah hilang hak dan kewibawaan untuk berbicara soal
membela agama, banga dan negara.
Bagaimana Umno hendak menjustifikasikan mereka mempertahankan kod kedaulatan
agama dan moral jika pada masa yang sama pemimpinnya begelumang dengan kegiatan
tersebut.
Malah dalam kes Tengku Adnan, penglibatan beliau di dalam syarikat perjudian
sejak sekian lama menimbulkan keraguan melampaui soal integriti dan kewibawaan.
Sebagai contoh dalam konteks Umno Wilayah Persekutuan yang diketahui punya
sumber dana yang melimpah dan mewah, apakah tidak mungkin dana berkenaan
datangnya daripada kantong aktiviti perjudian melalui pegangan saham Pengerusi
Umno Wilayah.
Dana itu pula ada yang disalurkan melalui program kebajikan yag sering
digunakan
oleh Umno sebagai sogokan dan ugutan kepada rakyat miskin. Apakah rakyat miskin
diberikan bantuan melalui hasil wang perjudian.
Sebab itu aktiviti judi lebih membawa kepada keburukkan dan Umno membiarkan
keburukkan ini dikendalikan oleh pemimpinnya.
Sehubungan itu sudah tiba masanya ahli-ahli Umno Wilayah khususnya dan rakyat
amnya mempersoalkan mengenai dana yang dibawa oleh tokoh seperti ini.
Umno dan Sports Toto
Sports Toto Malaysia diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asal syarikat
berkenaan ialah Unilite Electrical Industries Berhad. Setelah itu pada tahun
1987 ia ditukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan
semula
pada tahun 1992, ia diambil alih oleh Berjaya dan dikenali sebagai Berjaya
Sports Toto Berhad.
Sehingga kini Sports Toto mempunyai 681 kedai judi di seluruh negara dan
mempunyai dua syarikat perjudian di luar negara iaitu Philippines Berjaya Toto
dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara
berkenaan.
Syarikat ini adalah merupakan anak syarikat milik penuh Berjaya Group Berhad
yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan, kroni yang rapat dengan Perdana
Menteri,
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Berdasarkan carian yang dibuat Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah yang juga
Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Tengku Adnan Tengku Mansor masih memegang saham
di dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sports Toto.
Pegangan Tengku Adnan sebanyak 3.5 juta saham dibuat melalui Cimsec Nominees.
Ini menjadikan Tengku Adnan `mewakili Umno di dalam syarikat perjudian Sports
Toto melalui pegangan saham Berjaya Group Berhad.
Selain itu, Sports Toto Malaysia juga mempunyai dua pengarah yang merupakan
bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang kebetulan orang Melayu dan
beragama Islam. Mereka ialah Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamed Saleh Gomu.
Selain dua bekas pegawai kanan polis tersebut, antara muka Melayu yang menjadi
pengarah syarikat di bawah kumpulan Berjaya yang turut memiliki saham dalam
Sports Toto Malaysia ialah Datuk Annuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor yang
menjadi pengarah Berjaya Group Berhad yang memiliki 292,336,584 saham di dalam
Sports Toto.
Manakala dua lagi pengarah Melayu iaitu Datuk Adnan Shuaib dan Arsam Damis
masing-masing menjadi pengarah Berjaya Land Berhad yang memiliki 284,644,046
saham di dalam Sports Toto.
Daripada carta ini jelas Umno punya `wakil dalam syarikat judi dan bekas polis
turut `melindungi kegiatan judi berkenaan.
Umno dan Genting
Genting Berhad yang merupakan pengendali kasino terbesar di Asia Tenggara
diasaskan pada 30 Julai 1968.
Tiga tahun selepas ditubuhkan iaitu pada 28 Disember 1971, Genting Highlands
Hotel Sdn. Bhd telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan pada
tahun 1978 dikenali sebagai Genting Highlands Hotel Berhad.
Setelah itu namanya dikenali sebagai Genting Berhad dan menjadi pusat perjudian
terbesar di rantau ini.
Di bawah bendera Genting, dua syarikat utamanya ialah Resort World Berhad dan
Genting Berhad.
Penglibatan Umno dalam syarikat perjudian ini telah berlangsung dan warisannya
masih kekal sehingga ke hari ini.
Umno melalui bekas Pengerusinya, Tan Sri Noah Omar yang kini dikendalikan oleh
Yayasan Noah memiliki 602,318,000 saham di dalam Resorts World Berhad yang
mengendalikan perniagaan judi dalam dan luar negara termasuk di atas kapal
peranginan.
Manakala sebanyak 3,334,600 saham Genting Berhad dipegang oleh Yayasan Noah
yang
mana syarikat berkenanaan merupakan syarikat pegangan ekuiti perniagaan judi
dan
kasino.
Yayasan Noah kini diwarisi oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak
dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang kedua-duanya adalah
cucu kepada Tan Sri Noah.
Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan
Genting Berhad.
Antaranya ialah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua
Polis Negara, Tan Sri Amin Osman dan bekas pegawai bank, Datuk Paduka Nik
Hashim
Yusof yang menjadi Pengarah Genting Berhad.
Manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan
Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi
Jantan merupakan Pengarah Resorts World Berhad.
Ini memperlihatkan penglibatan Umno dalam aktiviti perjudian sudah bertaut
sejak
dulu lagi malah kini diwarisi oleh generasi kepimpinan muda dalam Umno.
Umno dan Magnum 4D
Magnum 4D Berhad sebelum ini dikenali sebagai Leisure Management Berhad. Ia
kadang kala lebih popular di kalangan kaki ekor sebagai tempat pelaburan.
Magnum 4D mempunyai lapan wilayah Magnum 4D Sdn Bhd iaitu Magnum 4D Selangor,
Perak, Penang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pantai Timur dan Malaysia Timur.
Semua Magnum 4D wilayah ini menjadi anak syarikat Magnum 4D Berhad.
Syarikat ini mempunyai kepentingan tidak langsung Menteri Kewangan
Diperbadankan. Ini berikutan pegangan saham Menteri Kewangan Diperbadankan
melalui dua syarikat yang memegang saham di dalam magnum 4D.
Pertamanya ialah Multipurpose Berhad yang menyaksikan pegangan 7,723,285 saham
oleh Menteri Kewangan Diperbadankan di dalam syarikat itu dan Multipurpose pula
memiliki 461,473,178 saham di dalam Magnum dan 60,502,000 saham dalam 4D.
Ini menjadikan menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai pegangan tidak langsung
melalui Multipurpose di dalam `pusat pelaburan mingguan tersebut.
Keduanya, Menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai saham di dalam Kamunting
Corporation Berhad iaitu sebanyak 3,055,069 saham. Manakala Kamunting yang
pengerusinya ialah bekas Exco Pemuda Umno, Datuk Haji Mohamed Al-Amin Majid
memiliki 1,900,000 saham di dalam 4D.
Ini menjadikan lingkaran pegangan tidak langsung Menteri Kewangan Diperbadankan
di dalam sayarikat judi dibuat melalui pegangan dua syarikat.
Menyentuh mengenai Magnum 4D Berhad, nama yag tidak boleh dipisahkan ialah Tan
Sri Khir Johari yang merupakan pengarah syarikat itu. Beliau yang juga bekas
Setiausaha Agung Umno memiliki 40,843 saham di dalam Magnum dan 6,666 saham di
dalam 4D.
Lebih memeranjatkan bekas Peguam Negara yang kini Pengerusi Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia (Suhakam) turut memiliki saham dalam 4D dengan pegangan sebanyak
1,666,666 saham.
Di samping itu Nor Anita Abu Talib dipercayai anak Abu Talib turut memiliki
saham syarikat perjudian berkenaan iaitu sebanyak 680,334 saham.
Lingkaran dan putaran pemilikan saham syarikat perjudian ini menjadikan
pemerintah Umno sebagai penggalak kepada aktiviti `pelaburan mingguan bursa
empat nombor ekor atau singkatnya BENE.
------------------------------------
Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan
Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif
(BA) unless otherwise stated
Complaint : Send to [email protected]
To Sub : Send blank e-mail to [email protected]
To Unsub : Send blank e-mail to [email protected]!
Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
[email protected]
[email protected]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[email protected]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/