PM Datuk Seri Najib Tun A.Razak dijangka akan menyerahkan wang hasil judi Genting keluarganya November ini, sebelum pilihanraya kecil DUN Galas. Ini selaras dengan kesedaran rakyat akan keburukan judi, yang dilaknat oleh Allah. Mantan Pengerusi Genting, Tan Sri Noah Omar adalah bapa kepada Tun Rahah dan Tun Suhaila serta datuk kepada Najib Razak dan Hishamuddin Hussein Onn.
Serah wang judi November ini Oleh NURUL HUDA HASSAN [email protected] PULAU PINANG 7 Okt. – Semua wang ihsan yang dipulangkan semula oleh warga emas kerana ragu-ragu dengan sumber (judi) dana itu akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri selewat-lewatnya awal bulan depan. Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, proses pemulangan itu mengambil masa kerana sehingga kini pihaknya dimaklumkan masih ada golongan warga emas yang mahu berbuat demikian. Menurutnya, sebagai contoh, difahamkan terdapat sekumpulan warga emas di kawasan Balik Pulau akan bertindak memulangkan wang tersebut esok sementara dari Tasek Gelugor pada minggu depan. “Sehingga hari ini seramai 210 orang terdiri daripada fakir miskin, warga emas dan waris yang menerima wang sumbangan kematian telah memulangkan wang itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini. Pada 29 September lalu, 40 penerima bantuan kerajaan negeri terdiri warga emas dan fakir miskin dari kawasan Kepala Batas memulangkan semula bantuan berkenaan. Ia diikuti 70 lagi penerima bantuan sekitar Bayan Baru pada 2 Oktober lalu dan 47 dari Bukit Mertajam yang membuat tindakan sama pada keesokan harinya dan di tempat-tempat lain juga. Pada masa sama, Musa menegaskan, bukan UMNO yang mendalangi perkara itu sebaliknya warga emas dan fakir miskin yang terlibat bertindak menghubungi sendiri mereka untuk meminta bantuan. “Kami prihatin dengan kegelisahan yang mereka alami dan saya ingin menyatakan di sini bahawa kami hanya menghulurkan pertolongan yang diminta,” ujarnya. Umno dan Genting Genting Berhad yang merupakan pengendali kasino terbesar di Asia Tenggara diasaskan pada 30 Julai 1968. Tiga tahun selepas ditubuhkan iaitu pada 28 Disember 1971, Genting Highlands Hotel Sdn. Bhd telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) dan pada tahun 1978 dikenali sebagai Genting Highlands Hotel Berhad. Setelah itu namanya dikenali sebagai Genting Berhad dan menjadi pusat perjudian terbesar di rantau ini. Di bawah bendera Genting, dua syarikat utamanya ialah Resort World Berhad dan Genting Berhad. Penglibatan Umno dalam syarikat perjudian ini telah berlangsung dan warisannya masih kekal sehingga ke hari ini. Umno melalui bekas Pengerusinya, Tan Sri Noah Omar yang kini dikendalikan oleh Yayasan Noah memiliki 602,318,000 saham di dalam Resorts World Berhad yang mengendalikan perniagaan judi dalam dan luar negara termasuk di atas kapal peranginan. Manakala sebanyak 3,334,600 saham Genting Berhad dipegang oleh Yayasan Noah yang mana syarikat berkenanaan merupakan syarikat pegangan ekuiti perniagaan judi dan kasino. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang kedua-duanya adalah cucu kepada Tan Sri Noah. Selain itu beberapa tokoh Melayu turut menjadi pengarah Resort World Berhad dan Genting Berhad. Antaranya ialah bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Osman dan bekas pegawai bank, Datuk Paduka Nik Hashim Yusof yang menjadi Pengarah Genting Berhad. Manakala bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resorts World Berhad. Ini memperlihatkan penglibatan Umno dalam aktiviti perjudian sudah bertaut sejak dulu lagi malah kini diwarisi oleh generasi kepimpinan muda dalam Umno. ------------------------------------ Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [email protected] To Sub : Send blank e-mail to [email protected] To Unsub : Send blank e-mail to [email protected]! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
