...sambungan: (BAHAGIAN 4)
Peraturan 13
Sikap Optimistik Menjamin Kejayaan
Peraturan ini berkait rapat dengan peraturan 1. Percayalah bahawa semua
masalah dapat diselesaikan, bahawa ia akan kelihatan lebih baik pada esok pagi
dan bahawa segala-galanya akan menjadi baik. Jika terpaksa, ulangilah
perkataan-perkataan ini kepada diri sendiri seolah-olah ia satu mentera. Ia
akan menimbulkan sikap optimistik dalam jiwa dan perwatakan anda dan akan
menarik kejayaan ke dalam hidup anda.
Peraturan 14
Kadang Kala Bertanggungjawab Bermakna Anda Terpaksa Menyakiti Hati Orang Lain
Anda tidak boleh mengambil hati semua orang setiap masa, oleh itu jangan
bazirkan masa dan tenaga untuk mencubanya. Anda mempunyai tanggungjawab atas
kejayaan perniagaan anda dan ke atas kejayaan peribadi anda. Lakukanlah yang
terbaik bagi diri anda, walaupun jika ini bermakna anda terpaksa berkata tidak
kepada orang lain demi mencapai objektif anda. Jika ini bermakna anda terpaksa
mengabaikan sesetengah orang kerana mereka tidak bersetuju dengan apa yang anda
lakukan, itu adalah masalah mereka, bukannya masalah anda. Dalam kata lain,
fokuskan perhatian kepada perancangan anda. Apa hendak buat jika orang lain
tidak menyukai atau tidak bersetuju dengannya?
http://www.bekerjadirumah.formulakekayaan.com
Peraturan 15
Anda Tidak Akan Tahu Apa Yang Anda Boleh Capai Jika Anda Tidak Mencuba
Malu bertanya sesat jalan. Dan jika anda tidak ambil, anda tak akan dapat.
Ambil semua peluang yang anda kerana anda tidak tahu bila peluang seperti itu
akan muncul lagi. Dan ingatlah, dalam keadaan huru-hara, ada peluang yang
timbul. Semasa orang lain berlari ke sana-sini tidak ketentuan, ambillah segala
peluang yang ada, walaupun sekecil mana sekalipun.
Kesilapan lalu adalah pengajaran yang paling berguna. Mungkin, jika anda
seperti saya, anda akan fikir bahawa jika anda tahu dahulu apa yang anda tahu
sekarang, anda pasti telah pergi lebih jauh dengan lebih cepat. Tetapi
sepertimana bentuk kemajuan yang lain, perjalanan, bukannya destinasi, yang
mengajar kita dan memberi pengalaman kepada kita. Melaluinyalah anda menjadi
lebih bijak. Dan ini adalah sesuatu yang tidak diajar di mana-mana buku dan
tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
(Sumber: Elena Fawkner - editor A Home-Based Business Online, satu laman
web yang menyediakan idea-idea yang praktikal, sumber-sumber dan strategi untuk
perniagaan dari rumah atau perniagaan dalam talian)
...Tamat
Daripada
Pengurus Ideal Enterprise
webmaster:
http://www.bekerjadirumah.formulakekayaan.com
---------------------------------
Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out.