SASTERA-UTUSAN MALAYSIA

 
 
 
ARKIB : 04/10/2009

                
                







.khad1,
.khad1:link,
.khad1:visited,
.khad1:active {
    color:#3366CC;
    text-decoration:underline;
    border-bottom:#3366CC 1px solid;
}

.khad1:hover {
    color:#c03;
    text-decoration:underline;
    border-bottom:#c03 1px solid;
}

.khad2,
.khad2:link,
.khad2:visited,
.khad2:hover,
.khad2:active,
    text-decoration:none;
    border-bottom:none;
}










Tema kemanusiaan jadi isi karya sastera
Oleh Muhammad Ali Atan




A. Samad Said 



Novel-novel seperti Crime and Punishment (jenayah dan Hukuman) dan Notes From 
Underground (nota dari bawah tanah) oleh Fyodor Dostoevsky, War and Peace dan 
Anna Karenina oleh Leo Tolstoy, Noli Me Tangere (Jangan sentuh Aku)
oleh Jose Rizal dianggap besar dan agung kerana keupayaan berbicara
secara jujur, luhur dan telus menyuarakan nilai-nilai kemanusiaan
sejagat. Misalnya Crime and Punishment memaparkan seorang
mahasiswa bernama Raskolnikov membenci sang oportunis yang memeras
rakyat miskin. Dia memutuskan untuk membunuh seorang wanita lintah
darat bernama Alyona Ivanovna yang kaya raya dan merasakan telah
melakukan perbuatan yang benar. 


Dostoevsky tidak membiarkan watak Raskolnikov terus bebas sebaliknya
menghukum kesalahannya melalui pujukan watak Sonia agar dia menyerah
diri kepada pihak berkuasa. Bagaimanapun Raskolnikov didapati tidak
menggunakan harta Ivanovna sedikitpun biarpun dia berpeluang dan hidup
miskin. Dia beranggapan dengan membuat kejahatan maka dia akan dapat
melenyapkan kejahatan. Tetapi Dostoevsky mengemukakan penolakan dan
menegaskan tujuan yang baik tidak menghalalkan cara yang jahat.
Raskolnikov dihukum dibuang dan diasingkan di Siberia. Notes From Underground
menaratifkan watak yang hidup bersendirian. Keperibadian introvert
dianggap sejenis penyakit yang berpunca daripada kekotoran sistem
sosioekonomi Barat. 


Peperangan dan penjajahan melahirkan karya agung dunia seperti War and Peace
merupakan hasil pengalamannya menyertai pasukan tentera Rusia dalam
perang melawan Perancis pada tahun 1812. Tolstoy berfalsafah, "Perang
adalah kedinamikan kehidupan kerana dalam keadaan perang, orang
bersedia untuk berdamai. Manakala dalam keadaan damai orang bersedia
untuk berperang." Noli Me Tangere memaparkan strategi penjajah
Sepanyol menjajah minda rakyat Filipina menerusi manipulasi gereja
dibogelkan habis-habisan untuk membebaskan rakyat Filipina daripada
penjajahan kolonial Sepanyol. Pendidikan dijadikan alat untuk
menyedarkan rakyat akan hak-hak bernegara sendiri.

Di Malaysia novel seperti Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon
Ahmad dengan jelas menjadi suara kemanusiaan segolongan petani dalam
mendepani takdir kehidupan tanpa peralatan dan ilmu yang mencukupi.
Pembacaan ke atas novel ini nyata memberi kesan apabila mengundang rasa
simpatik pembaca. Pada masa yang sama pembaca turut memberi tanggapan
dengan mempersoalkan kejahilan dan sifat degil watak Lahuma dan nasib
yang menimpa Jeha. 


Begitu juga novel kemanusiaan lain yang dapat diklasifikasikan dalam tema-tema 
tertentu seperti Salina dan Di Hadapan Pulau
oleh A. Samad Said bertemakan kesan peperangan yang mengundang
kemelaratan hidup dan kacau-bilau sosioekonomi masyarakat. Novel Tulang-tulang 
Berserakan oleh Usman Awang, Anugerah dan Panglima Salleh Selempang Merah
oleh Zaharah Nawawi bertemakan sejarah perjuangan kemerdekaan dan
keberanian orang Melayu melawan penindasan penjajahan dan kekerasan. 


Novel Wi dan William oleh Azizi Hj. Abdullah bertemakan isu tanah yang 
disinonimkan dengan hak-hak orang Melayu. Novel satira politik seperti Tikus 
Rahmat oleh Hassan Ibrahim menyindir dengan mewatakkan tingkah laku politikus 
yang gila kuasa. Senjakala
oleh Baharuddin Kahar mengemukakan falsafah perburuan demi mencapai
impian yang berlangsung dalam nostalgia kemenangan sambil dikejar
ketuaan. Novel bergarda depan dan simbolik Naratif Ogonshoto oleh
Anwar Ridhwan membawa gaya naratif penglipurlara yang dimodenkan untuk
mengkreatifkan percaturan strategi politik, kejahilan, kezaliman dan
penawanan. 


masyarakat

Suara-suara kemanusiaan yang terpancar dalam karya
sastera merupakan refleksi sosial masyarakat yang berada dalam
jangkauan sensitiviti pengarang. Pelanggaran dan pemusnahan nilai-nilai
kemanusiaan akibat peperangan, perebutan kuasa dan hegemoni barat
menjadi adunan pengarang yang kukuh akar jatidiri dan sedar fungsi
kepengarangannya untuk menegur, menempelak, menyindir, memparodikan,
mensatirakan dan mengkomedikan perihal yang berlaku untuk membangkitkan
kesedaran masyarakat. 

Kesedaran mendorong introspeksi diri dalam
menilai pemikiran dan tindak tanduk manusia yang pada akhirnya
menyalakan keinginan untuk pulang ke pangkal jalan. Pepatah Melayu
menyebut, sesat di hujung balik ke pangkal bermaksud kepulangan
daripada jalan dan tujuan yang sesat dan binasa kepada jalan dan tujuan
yang benar dan bahagia yang merupakan manifestasi inti fitrah manusia.

Dalam sejarah pertumbuhan sastera, dunia memiliki penyair kerohanian
dan mistik seperti Jalaluddin Rumi. Rumi dianggap sebagai penyair
sufi-mistik terbesar di sepanjang abad dunia. Kumpulan puisi
kerohaniannya terutama Masnawi memaparkan ajaran kesufian melalui
bait-bait puitis yang menonjolkan akhlak mulia, keasyikan menghayati
kebesaran Tuhan dan kisah para kekasih Allah. Mohamad Iqbal menganggap
Rumi sebagai guru kerohaniannya. 

Begitu juga Khalil Gibran dan
Rabindranath Tagore penyair kerohanian yang diterima dunia sastera
timur dan barat yang memaparkan kecintaan terhadap Tuhan. 
Kesusasteraan Melayu pula memiliki Hamzah Fansuri, Syamsudin
Al-Sumatrani, Tok Kenali, Noordin Hassan, Abdullah Hussain, Hasanuddin
Isa, Kemala, Shamsudin Othman, Suhaimi Hj Muhammad, Fatimah Busu dan
A.Samad Said. Masing-masing mempunyai karya sastera berunsur kerohanian
multidimensi yang tidak kalah dengan prosa yang sarat unsur
kemanusiaannya. 


Ia ditandai dengan penerokaan pengarang pada pelbagai tingkat pengetahuan 
kerohanian. Misalnya Hamzah Fansuri dengan Syair Bahr an-Nisa sarat simbolik 
dan misal mistik yang 'melagukan' perjalanan salik mencapai makrifah yang 
terakhir. Sebaliknya Syair Perahu lebih
mudah difahami dan telah dihuraikan dengan baik oleh ulama Wan Mohd
Saghir dengan dalil naqli, aqli dan dasar ilmu dan pengetahuan tasawuf
yang dibahas dalam konteks ilmu usuluddin. Sajak-sajak Tok Kenali
umumnya bersifat didaktik dengan seruan-seruan untuk taat dan beribadat
kepada Allah. 


Suhaimi Hj Muhammad dengan kumpulan puisi kerohaniannya iaitu Asyik
menggambarkan perasaan dan ehwal batini salik mencapai makrifah kepada
Allah yang berbeza-beza tahap kesukaran untuk memahaminya. Shamsudin
Othman dengan sejumlah puisi kerohanian dalam kumpulan puisi Taman
Percakapan, menggali hakikat pengabdian diri kepada-Nya disulami gaya
bahasa yang mudah dihayati dan mempunyai nilai estetika dapat
dibanggakan.

Novel Mereka Yang Tertewas oleh Hasanuddin Md Isa
menghamparkan onak dan duri penerusan legasi pendidikan sekolah pondok
yang berperanan meneguhkan akidah dan akhlak masyarakat Melayu desa.
Novel Salam Maria oleh Fatimah Busu mengemukakan harapan
keinsafan, pemerolehan hidayah, taufik dan inayah kepada Maria untuk
kembali ke pangkuan kebenaran. Kumpulan puisi Pelabuhan Putih dan Timbang Terima
oleh Kemala membentangkan kerohanian manusia menerusi penggunaan
simbol, metaforikal dan imej alam seperti kaktus, padang pasir,
pelabuhan dan warna putih yang mantap dan berhikmah menggambarkan
kesucian fitrah manusia.

Penerokaan

Kumpulan puisi Al-Amin menggalurkan sirah Nabi Muhammad SAW
menerusi pelukisan dan penafsiran pengarang terhadap sifat dan
tingkahlaku nabi sehingga sifat-sifat nabawiyyah yang lebih khusus.
Penerokaan pengarang menjadikan karya sebagai suara kerohanian terutama
kumpulan puisi Al-Amin menjadi jambatan pulang ke pangkal jalan
manusia kepada Tuhan melalui suri tauladan menjadi tanda aras dan bukti
kecemerlangan kreativiti pengarang Malaysia.

Kewujudan unsur kemanusiaan dan kerohanian menjadi faktor pelengkap
yang memperkayakan perbendaharaan kesusasteraan. Ia boleh digabungkan
atau menjadikan salah satunya dominan dalam karya sastera. Pengarang
bertanggungjawab menentukan jalan dan tujuan dalam penciptaan karyanya.


      Akses email lebih cepat. Yahoo! menyarankan Anda meng-upgrade browser ke 
Internet Explorer 8 baru yang dioptimalkan untuk Yahoo! Dapatkan di sini! 
http://downloads.yahoo.com/id/internetexplorer

Kirim email ke