Yang penting di sini, pak, indonesia , kapan ditubuh? Sama jugak Malaysia. 
Tiada siapa yang bisa mengaku bahawa sesuatu adat atau budaya itu kepunyaan 
suatu negara. Itu hak bangsa, bukan negara. Saya bukan tersinggung, saya juga 
sebahagian daripada ketua adat dan saya merasa amat marah kerana orang lain 
yang tiada kaitan bisa mengaku bahawa adat bangsa kami adalah kepunyaan mereka 
dan kaum kerabat dan keluarga kami di luar Indonesia tiada hak untuk mengguna 
pakai adat yang sudah menjadi nadi bangsa kami. Kami juga punya maruah terhadap 
bangsa kami dan kami tidak akan membiarkan orang lain mengklaim bahawa adat dan 
budaya kami adalah kepunyaan negara mereka. Itu adat kami untuk bangsa kami. 
Akan tetapi kalau orang mahu mempamir atau memaparkan budaya kami ke 
penglihatan dunia, jutaan terima kasih karena itu akan menunjukkan kepada dunia 
bahawa adat dan budaya kami masih hidup dan bernadi. Kalau orang lain tidak 
mahu budaya itu dipertontonkan, itu bererti buday itu akan kelamaan hilang, 
pupus dan mati...
Pak, kalau bapak dalam posisi saya, dan orang lain melarang supaya budaya itu 
dipertontonkan, adakah kamu akan marah atau suka?  Itulah yang terjadi pada 
diskusi ini. Popularitas murahan dengan tujuan untuk menghilangkan budaya orang 
lain. Birakanlah siapa yang mau pertontonkan budaya itu. Janji jangan sahaja 
budaya itu langsung hilang, seperti banyak adat, bahasa dan budaya yang sudah 
hilang kerana keangkuhan manusia yang mahu ikut-ikutan budaya  dan bahasa barat.
Terima kasih kerana memberi peluang untuk mempertahankan adat, budaya dan 
bangsa. 





________________________________
From: bambang purwanto <mazpoor2...@yahoo.com>
To: artculture-indonesia@yahoogroups.com
Sent: Sunday, June 13, 2010 9:25:45
Subject: Re: 08 - Re: [ac-i] Re: Malaysia Lifestyle??? : tetap Trully Indonesia

Note: Forwarded message is attached.


artculture-indonesia@yahoogroups.com is a contact of Ahmadun YosiHerfanda 
Approve sender | 


Kirim email ke