Sila2 dibaca... mohon maaf bila kurang berkenan.... http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=1127&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_02.htm&arc=hive
Demokrasi di Malaysia masih cacat? Oleh MOHD ARIF ATAN MALAYSIA telah disenaraikan berada di tangga ke-81 dalam Indeks Demokrasi yang dikeluarkan oleh 'The Economist's' baru-baru ini . Kedudukan tersebut meletakkan negara ini dalam kumpulan antara 54 negara di dunia yang memiliki 'demokrasi cacat'. Sweden, Iceland dan Belanda menduduki tiga tempat teratas dalam kumpulan negara 'demokrasi sepenuhnya'. Bagi negara-negara ASEAN pula, demokrasi di Indonesia digambarkan lebih baik daripada negara kita dengan tempat ke-65. Ternyata kualiti demokrasi di negara 'Sang Saka Merah Putih' itu jauh lebih baik daripada apa yang diamalkan di sini. Berbanding dengan Singapura, kelihatan tidak jauh bezanya walaupun negara itu disenaraikan di tangga ke-84. Gelaran 'demokrasi cacat' yang dilabelkan kepada Malaysia menerusi Indeks Demokrasi tersebut mungkin bukanlah realiti sebenar apa yang berlaku di negara kita. Malah, sebelum ini pun rakyat telah diingatkan bahawa demokrasi yang diamalkan di Malaysia berbeza sedikit daripada negara-negara luar disebabkan perbezaan latar belakang komposisi kaumnya. Namun, kedudukan indeks demokrasi di Indonesia yang 16 tangga jauh meninggalkan negara kita menuntut pemerhatian dan renungan kita semua. Pencapaian Bagaimana negara yang seringkali dipandang rendah boleh pula mengatasi pencapaian negara kita yang diuar-uarkan bakal mencapai status negara maju dalam tempoh 14 tahun lagi? Kedudukan Indonesia kini sekali gus meletakkannya 'juara negara demokrasi' dalam kelompok negara-negara ASEAN. Apa pun, fakta yang terungkap dalam indeks demokrasi tersebut memerlukan kita melakukan beberapa penambahbaikan juga penstrukturan semula dalam sistem sedia ada bagi memperbaiki kedudukan negara pada masa akan datang. Lebih penting daripada itu, tindakan tersebut perlu bagi menjamin amalan demokrasi berperlembagaan di negara ini benar-benar dipraktikkan dalam erti kata sebenar. Kerajaan sewajarnya mengkaji semula kewajaran beberapa peruntukan tertentu yang dilihat sebagai ajen yang mempengaruhi darjah demokrasi di negara kita. Demokrasi bukannya topeng untuk mengukuhkan pemikiran politik feudal yang sempit. Selaras dengan arus globalisasi yang melanda dunia kini, rakyat perlu didedahkan dengan amalan demokrasi yang matang. Rakyat perlu diberi ruang yang sewajarnya dalam hal-hal yang berkaitan dengan kebebasan bersuara, kebebasan media, berhimpun dan berpersatuan. Ternyata, masih banyak perkara yang perlu dipelajari tentang ilmu demokrasi daripada 'abang' kita - Indonesia. Official Web Site : http://www.awari.or.id Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/asosiasi-warnet/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/asosiasi-warnet/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: mailto:[EMAIL PROTECTED] mailto:[EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

