“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97 Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu- ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut dan tiada yang mampu menebuk tembok kecuali apabila Allah swt mengizinkan Ya’juj & Ma’juj dilepaskan.
Sebaliknya dan di dalam satu hadis, Nabi bangkit dari tidur [dalam satu riwayat yang lain, Nabi masuk ke rumah Zainab binti Jahsyi], lalu berkata, “Celakalah Arab kerana kejahatan telah hampir. Ya’juj dan Ma’juj telah menembusi tembok seluas ini.” Nabi mengisyaratkan lubang dengan menemukan ibu jari dan jari telunjuk. Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj “tidak dapat menebuknya”? Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk! Tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu bermaksud jika Allah swt tidak mengizinkan Ya’juj dan Ma’juj dilepaskan. Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Ya’juj & Ma’juj dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw di Madinah, iaitu selepas Allah swt menukarkan kiblah ke arah Kabbah. --~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~ You received this message because you are subscribed to the Google Groups "Associate Programs" group. To post to this group, send email to [email protected] To unsubscribe from this group, send email to [email protected] For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/associate_programs -~----------~----~----~----~------~----~------~--~---
