Ya akhi, memang cara antum itu menyalahi tatacara shalatnya Rasulullah Shallahu alaihi wa Sallam, antum hanya mengikuti cara shalat yang diwarisi dari ibu bapak dan kakek-kakek kita yang terdahulu secara membuta tuli. Dan cara itu sebenarnya amat menyulitkan para pelakunya. Tempat niat adalah didalam hati, bukan dimulut atau bibir, demikian dijelaskan oleh semua ulamak, termasuk Imam An-Nawawi, Syaikhul Islam dan muridnya Ibnul Qayyim. Sebaik perbuatan adalah dengan mencontohi Rasulullah, kerana telah terang bolong bahawasanya Rasulullah memulai shalat dengan mengucapkan "Allahu Akbar" Demikian mengikut H.R. Muslim dan Ibnu Majah. Kata Syaikh Albani didalam kitabnya Sifat Shalat Nabi bahawa didalam hadits tersebut terdapat sebuah isyarat bahawasanya ia (Nabi) belum pernah membuka shalat dengan ucapan "Nawaitu an usalli...:" Bahkan telah disepakati bahawa hal ini adalah bid'ah. Nah satu hal yang perlu antum sedari dan fahami dengan cermat, bahawasanya Allah Subhanahu wa Taala yang menciptakan kita, Dia juga yang menciptakan syariat yakni shalat, dan Dia sangat tahu hal ihwal semua para makhlukNya, termasuk diri antum dan ana, dan apa-apa yang terkandung dalam diri antum, termasuk niatnya antum, dan Allah sangat-sangat tahu bahawa kamu ke masjid pada waktu zohor itu adalah untuk mengerjakan shalat zuhur, bukan shalat maghrib atau Isya', dan yang menentukan bahawa shalat zuhur itu 4 rakaat bukan 3 rakaat adalah Allah sendiri, maka bagaimana mungkin kalau orang beranggapan bahawa kalau dia tidak berucap lafaznya maka shalatnya jadi susah, sulit atau Allah tidak tahu pekerjaan yang akan hambanNya lakukan, ini satu hal yang anih, maka untuk apa kalau demikianlah anggapan manusia terhadap Rabbnya, maka dia belum benar-benar mengenali Rabb penciptanya, jadi untuk apa dia bershalat??. Dan Ibnul Qayyum didalam kitabnya Talbis Iblis membawakan kata-kata gurunya yang kurang lebih maksudnya begini "Seandainya manusia ini diberi umur seumurnya Nabi Musa (950 th) untuk mencarikan dalil dari Rasulullah mengenai adanya bacaan usalli, maka mereka tidak akan memperolehinya". Dan manusia ini kalau toh mahu melaksanakan sesuatu tanpa ada niat dalam hatinya, adalah satu hal yang sulit, maka pastinya setiap apa yang akan dilakukan seseorang tentu telah terbetik dalam hatinya dahulu, dan betikkan itu adalah niat. Nah seseorang yang mahu melaksanakan shalat zuhur umpamanya, sebelum masuk waktunya lagi sudah terbetik dalam hatinya, jadi bagaimana mungkin dia menganggap bahawa nanti kalau tidak berlafaz niat, maka shalat yang dikerjakan tidak benar. Dalil-dalil yang mengatakan bahawa Rasulullah Shallahu alaihi wa Sallam memulai shalat dengan ucapan Takbir sangat banyak.
"Jazari A.Hamid" <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Salalamu'alaikum Wr. Wb. Saya ingin bertanya terhadap shalat saya sehari-hari apakah bersalah? 1. Sebelum shalat saya selalu membaca atau Laval Niat, supaya saya bisa berniat. Saya kira orang lain juga melakukan hal seperti itu. Dengan melafal maka akan mudah untuk berniat. Begitu tujuannya saya melakukan lafal niat. Apakah itu termasuk Fanatik Buta? 2. Saya berniat pada saat mulai membaca Takbiratur Ihram, bukan sejak dari rumah, takut saya nanti ke pasar, atau lupa untuk shalat, atau bukan pula pada saat saya masuk mesjid. Apakah seperti itu boleh. Demikian jazakumullah Wabillahitaufiq wal hidayah wassalamu'alaikum Wr. Wb. Jazari Abdul Hamid ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Make a clean sweep of pop-up ads. Yahoo! Companion Toolbar. Now with Pop-Up Blocker. Get it for free! http://us.click.yahoo.com/L5YrjA/eSIIAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ------------------------------------------------------------------------ Website Islam pilihan anda. http://www.assunnah.or.id http://www.almanhaj.or.id Website kajian Islam -----> http://assunnah.mine.nu Berlangganan: [EMAIL PROTECTED] Ketentuan posting : [EMAIL PROTECTED] ------------------------------------------------------------------------ Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/assunnah/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
