Wa'alaykumussalaam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Jika dilihat dari gaya bai'atnya.. bisa jadi LDII/NII... atau ada info yang 
lain?


----- Original Message ----
From: fi3g <[EMAIL PROTECTED]>
To: [email protected]
Sent: Sunday, 4 March, 2007 12:56:28 PM
Subject: [assunnah] Tanya : Baiat

Assalamualaikum,

Ana mempunyai persoalan yang kiranya memerlukan penjelasan dan nasihat daripada 
mereka yang lebih ilmunya di milis assunnah ini.

Untuk maklumat akhawat sekalian, alhamdullilah ana dipertemukan dengan manhaj 
yang haq ini semasa ana belajar dulu di universitas di Kuala Lumpur. Di kala 
itu ana mempelajarinya dari abang2 yang selama ini telahpun berguru dengan 
Ustaz Abdul Hakim Amir Abdat.

Namun setelah tamat pengajian, ana telah kembali ke negeri ana sendiri 
(Kuching, Sarawak). Di negeri ana ini sendiri, agak sukar untuk berjumpa dengan 
mereka yang sesama manhajnya, malah mungkin tiada agaknya. Tetapi alhamdullilah 
ana tetap berpegang teguh kepadanya semampu mungkin.

Baru-baru ini, ana telah berketemu dengan seorang saudara yang sering berjemaah 
di masjid yang pada luarannya kelihatan mengikuti sunnah dalam solatnya. Beliau 
telah memperkenalkan dirinya dan memberitahu ana bahawa beliau telah berguru 
dengan seorang ustaz tempatan lepasan Universiti Madinah berumur sekitar 29/30 
tahun. Awalnya ana rasa bersyukur jugak kerana adanya jemaah yang mengikuti 
sunnah berada di negeri ana ini yang sebelum semmgnya ketandusan ilmu yang 
sahih. Diberitahu juga ada sebilangan kecil penuntut yang mengikuti kelas 
anjuran ustaz ini yang dalam lingkungan 10 orang (lebih kurang) dan seringkali 
dalam majlis mereka menjemput beberapa ustaz2 dari indonesia (sumatera/jakarta 
& pontianak) ke mari untuk mengisi slot pengajian mereka.

Namun semasa saudara ini menjelaskan berkenaan perkumpulan mereka ini, beliau 
ada memaklumkan kepada ana berkenaan keperluan untuk berbaiat kepada seorang 
syeikh yang bernama Muhidden Hamidi (kalau ngak silap dengar ana) seorang yang 
berketurunan indonesia??. yang mereka klaim sebagai Imam untuk urang Islam 
zaman ini.

Setelah mendengar ini, ana menjadi agak sangsi/keliru. Ana beritahu kepada 
beliau bahwa sepengetahuan ana dengan ilmu yang cetek ini keperluan untuk 
berbaiat tidaklah sesembrono begitu dan harus melalui pemilihan oleh ahlul 
halli wal aqdi (majlis musyawarah alim ulama dan tokoh masyarakat) dan di 
sepanjang pengajian ana dengan abang2 salafi dulu tidak sesekali pernah 
menyuruh kami untuk berbaiat kepada sesiapa. Bahkan ana juga bertanya, buku2 
apakah yang menjadi rujukan ustaz beliau itu dan kepada siapakah/ulama manakah 
yang mereka banyak menukilkan permasalahan mereka kepada. Kelihatan saudara 
yang saya soal ini agak kurang juga pengetahuannnya. Tetapi saudara ini 
mempelawa diri saya untuk berjumpa dengan ustaz beliau itu sendiri tetapi hati 
saya khuatir dan masih sangsi.

Oleh yang demikian, di sini saya ingin megajukan beberapa soalan kepada 
saudara2 di milis ini yang kiranya berpengetahuan untuk kiranya menyetel 
beberapa keraguan pada diri saya?

1) Benarkah atau perlukah kita untuk berbaiah kepada sesiapa pada zaman ini. 
Kalau ya, siapa?
2) Siapakah yang diklaim oleh saudara yang saya temui itu yang bernama Muhidden 
Hamidi?? yang mereka dikehendaki berbaiat dengannya? Adakah sesiapa di 
Indonesia sana pernah mengenali perkumpulan ini dan jelaskan apakah gaya 
perkumpulan ini?
3) Apakah ada nasihat daripada akhawat sekalian tentang perlunya untuk saya 
berjumpa dengan ustaz beliau itu. Saya khuatiri dengan ilmu ana yang tidak 
sebrapa ini akan menjerumuskan diri ana ke fitnah yang lebih besar nanti.

Ana amatlah berharap agar permasalahan ana ini dapatlah kiranya di kongsi 
bersama oleh saudara2 yang berada di milis ini. Keadaan ana yang berada di 
kawasan jauh dari lingkungan para ilmuwan salafi ini memerlukan ana untuk 
sentiasa istiqamah dan berhati2, serta perlukan nasihat daripada akhawat 
sekalian.

Sekian, sekali lagi assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


[Catatan Admin]
Mohon kepada antum pemilik alamat email [EMAIL PROTECTED], untuk pengiriman 
email selanjutnya silakan menuliskan IDENTITAS antum pada email yang dikirimkan 
ke milis Assunnah. IDENTITAS di sini dapat berupa NAMA JELAS atau NAMA KUNYAH, 
tidak harus berupa NAMA ASLI. Tolong dapat dibedakan antara NAMA ASLI dan NAMA 
JELAS. Saat ini email kami muat, dengan pertimbangan isi email antum. Tapi, 
untuk selanjutnya, mohon mematuhi ketentuan posting di milis Assunnah, yang 
telah kami sampaikan berulang kali di milis Assunnah ini. Demikian tambahan 
informasi dari kami. Wallahu'alam


__________________________________________
Copy addresses and emails from any email account to Yahoo! Mail - quick, easy 
and free. http://uk.docs.yahoo.com/trueswitch2.html


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Check out the new improvements in Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/4It09A/fOaOAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Website anda: http://www.assunnah.or.id & http://www.almanhaj.or.id
Website audio: http://assunnah.mine.nu
Berhenti berlangganan: [EMAIL PROTECTED]
Ketentuan posting : http://www.assunnah.or.id/ragam/aturanmilis.php 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/assunnah/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/assunnah/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke