Assalamualaikum, Saya dan suami telah menikah dengan berwalikan hakim atas sebab ketidak penerimaan bapa. Kami bernikah di sempadan Thailand dan dengan jurunikah yang disahkan oleh kerajaan. Pada peringkat awal pernikahan bapa tidak bersetuju dan membantah namun selepas kami kembali menemui beliau, beliau menyatakan keikhlasan menerima pernikahan tersebut dan mengadakan majlis doa selamat ketika majlis pernikahan saudara saya.
Kelmarin, suami saya mendengar dari radio hang fm yang menyatakan bahawa sekiranya pernikahan yang tidak berwalikan bapa atau wali syarak (sekiranya bapa telah tiada) pernikahan tersebut adalah tidak sah. Soalan saya ialah: 1. Selepas diterima oleh bapa adakah pernikahan itu sah? 2. Adakah kami perlu menikah semula? Mohon penjelasan dari pak ustaz dan yang ahli dengannya agar kami diberkati Allah dan mencari yang terbaik untuk keluarga kami. Wassalam.
