Asssalamualaikum, Ada seorang jiran punya dua orang anak yang berumur 7 dan 9 tahun yang ingin belajar solat dan iqra'. Kami membagi kepada dua waktu dimana ana mengambil 1/2 jam untuk mengajar solat termasuk aqidah dan 1/2 jam lagi isteri ana mengajar iqra' kepada mereka. Kami merasa khawatir kalau terlalu lama mereka akan merasa jemu.
Pertanyaan nya, adakah waktu tersebut terlalu pendek atau sekiranya ada ikhwan2 yang punya pengalaman dalam mendidik anak diumur sedemikian mohon dikongsi sama. Kerana dalam mendidik anak dan orang dewasa punya pendekatan yang berbeda. Mohon bantu. Syukron.
