Bismillah
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Suami saya bekerja sebagai doktor perubatan di klinik swasta.Ada beberapa 
kemusykilan sewaktu menjalankan tugas yang membuatnya sedih,tidak tenang dan 
rasa mahu berhenti kerjaya ini buat selama-lamanya.
Pertama,dahulu ada pesakit yang meminta ubat Viagra untuk menaikkan shahwatnya 
kerana dia sudah tua dan kurang bertenaga dan isterinya masih muda,jadi suami 
saya beli dan menjual ubat ini kepadanya.Dalam hal ini,suami saya rasa hal ini 
harus dan tidak salah.Kemudian,datang seorang tua yang 
hartawan,ternama,berkedudukan tinggi dan kerabat diraja meminta ubat Viagra 
untuk kegunaan dirinya.Suami saya menjual ubat ini kepadanya dan tidak syak 
apa2.Tetapi di kemudian hari,mendapat tahu rahsianya daripada isterinya 
sendiri,yang memberitahu ubat itu digunakan kerana melanggan pelacur setiap 
bulan bila pergi bertugas di bandar lain.Isterinya meminta suami saya supaya 
tidak membekalkan ubat itu kepadanya lagi.Suami saya cuba mengelakkan menjual 
ubat ini kepadanya dengan tidak 'order' ubat  Viagra ini daripada 
Farmasi.Tetapi hartawan itu marah2,membentak dan mengugut suami saya dan 
berkata "Besok ubat itu mesti ada!"Suami saya dengan terpaksa dan berat hati
 terpaksa mengikut kemahuannya.
Adakah suami saya dianggap bersubahat dalam hal maksiat dan berdosa kerana 
sudah mengetahui orang itu menggunakan ubat Viagra untuk bermaksiat tetapi 
masih menjualnya kepadanya?
Kedua,tentang hal cuti sakit.Ada 'pesakit' yang tidak sakit,tetapi meminta cuti 
sakit kerana ada keperluan lain.Kalau keperluannya tidak mendesak,senang untuk 
suami saya menolaknya.Tetapi kadang2 hal itu sangat mendesak seperti seorang 
ahli keluarganya yang sakit dan terpaksa dia menjaganya di hospital,perlukan 
cuti sakit kerana tidak ada cuti lagi,dan tidak ada cara lain kerana majikannya 
tidak akan membenarkan cuti kecuali cuti sakit.Bolehkah suami saya tulis surat 
cuti sakit untuknya walaupun dia tidak sakit kerana ingin menolong dan 
kasihankan keadaannya yang terdesak atau adakah itu dianggap berdosa kerana 
menipu?
Ketiga,di klinik,sering datang pesakit Muslimah yang tidak tutup aurat dengan 
sempurna,tabarruj dan memakai wangian,juga pesakit wanita kafir yang memakai 
pakaian yang menjolok mata.Sebagai doktor,suami saya terpaksa memandangnya dan 
membuat pemeriksaan yang diperlukan untuk merawatnya.Tetapi,dalam hati,beliau 
tidak suka perkara ini.Adakah tidak mengapa dan tidak berdosa dia melayani 
mereka kerana darurat dan niat untuk merawat penyakitnya?
Sekian,saya sangat berharap ada ustadz yang boleh menjelaskan kedudukan 
kemusykilan ini kepada saya kerana takut rezeki yang dicari suami menjadi haram 
dan tidak berkat kerana hal2 ini.Jazakumullahu Khairan.

Kirim email ke