mbak, mohon hati2 loh kalau ngasi info... apalagi buat bayi dan balita ini saya kutip dari http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/racun/1997/um6.html (Pusat Racun Negara Malaysia) saya yakin masih banyak artikel yg bisa di search mengenai bahayanya minyak tanah ini jika tertelan, (baik oleh orang dewasa maupun bayi/balita)
Berikut kutipannya: Minyak diesel seperti juga minyak tanah tergolong dalam satu kumpulan besar bahan kimia yang dikenali sebagai hidrokarbon adalah satu sebatian organik yang mengandungi karbon dan hidrogen. Kumpulan bahan kimia ini mengandungi pecahan beberapa kumpulan kecil bahan kimia yang dihasilkan daripada proses penyulingan petroleum. Proses penyulingan ini adalah bertujuan untuk menghasilkan berbagai produk dari minyak mentah. Walaubagaimanapun bukan semua berasaskan hidrokarbon boleh membahayakan kesihatan contohnya cat, getah dan lain-lain lagi. Produk seperti minyak diesel, minyak tanah, turputin, minyak petrol dan produk lain yang dihasilkan dari penyulingan petroleum adalah berbahaya jika dilihat daripada ciri-ciri kimianya. Produknya dalam bentuk cecair selalunya boleh didapati atau disimpan di rumah dan boleh menyebabkan keracunan (kemalangan tak disengajakan) terutamanya kepada kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah. Kerap kali kemalangan yang dilaporkan berlaku adalah akibat daripada kecuaian dari segi penyimpanannya atau mengubahnya ke dalam bekas makanan atau minuman. Paru merupakan tapak serangan utama bahan-bahan berasakan hidrokarbon. Ia boleh menyebabkan radang paru-paru, dan kebiasaannya paru-paru akan cedera dan boleh membawa maut. Ini adalah disebabkan sebahagian besarnya fungsi paru-paru terganggu. Hidrokarbon juga boleh merengsakan bahagian perut. Kadangkala muntah boleh berlaku secara spontan dan ini membolehkan hidrokarbon masuk ke dalam paru-paru. Gangguan fungsi organ Hidrokarbon juga berkemungkinan boleh mengganggu fungsi organ-organ dalam badan yang lain seperti otak, sistem saraf, hati dan jantung. Tanda-tanda yang biasa apabila berlaku keracunan yang melibatkan minyak diesel termasuklah terasa mual, muntah dan batuk-batuk. Kebiasaannya terasa seperti panas atau pedih seolah-olah terbakar pada bahagian mulut dan kerongkong. Ini membuatkan mangsa sukar untuk bernafas sekiranya terminum dengan jumlah yang banyak. Jika minyak diesel masuk ke dalam paru-paru ia boleh menyebabkan radang, bengkak, susah untuk bernafas dan ludah berdarah. Jika terminum dengan jumlah yang banyak boleh membuatkan mangsa menjadi lemah, pening, kadar pernafasan menjadi perlahan, tidak sedar diri diikuti dengan sawan dan serangan sakit jantung. Bagi kaedah rawatan dalam kes terminum minyak diesel, segera bawa mangsa ke hospital di mana rawatan kecemasan dapat dilakukan dengan segera. Manakala dalam kes terhidu kebiasaannya mangsa mengalami susah untuk bernafas. Oleh itu mangsa perlu dibawa ketempat lapang dan diberi bantuan pernafasan dengan segera. Seterusnya bawa mangsa ke hospital secepat mungkin untuk mendapat rawatan lanjut. Begitu juga sekiranya terkena pada mata, bersihkan mata dengan air bersih yang banyak selama 15 minit. Jika masih terasa sakit, pedih, berair segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan lanjut. Sekiranya minyak tertumpah atau terkena pada badan, cuci dengan sabun dan air yang banyak. Rawatan perlu diberikan jika bahagian badan tersebut mengalami kesakitan atau rengsa. Sekiranya pencemaran berlaku yang melibatkan minyak diesel, ia mudah dikesan kerana salah satu sifatnya berbau seperti minyak tanah. Begitu juga lapisan minyak jelas kelihatan pada permukaan air. Ia juga mudah terbakar. Oleh itu jika didapati adanya kesan minyak diesel dalam air minuman jangan sekali-kali memasak atau mendidihkan air kerana kemungkinan ia akan terbakar dan meletup, tetapi itu bergantung kepada jumlah minyak diesel yang dipanaskan. Sesiapa yang ingin mendapatkan naskhah percuma buletin umum dari Pusat Racun Negara sila hantar sampul surat (6" x 9") bersetem 40 sen dan beralamat sendiri kepada Pengarah, Pusat Racun Negara, USM, 11800 Minden, Pulau Pinang. ----- Original Message ----- From: <[EMAIL PROTECTED]> To: <balita-anda@balita-anda.com> Sent: Wednesday, February 23, 2005 8:00 AM Subject: Re: [balita-anda] Minyak tanah tertelan, dampaknya apa ya? > > > > Pak, aku pernah dikasih tau sama tk pijatku > klo minum minyak tanah bisa ngobatin perut kembung > or masuk angin, bener gak nya seh gak nyoba > Koq bisa ke telan pak ? > maaf cuman info gak bisa jelasin gak punya referensinya > > salam, > > > > > "Dadang" <[EMAIL PROTECTED]> on 02/22/2005 12:42:36 PM > > Please respond to balita-anda@balita-anda.com > > To: balita-anda@balita-anda.com > cc: (bcc: Oktiarti/BSFM) > > Subject: [balita-anda] Minyak tanah tertelan, dampaknya apa ya? > > Moms & Dads, > > Ada yang tau gak dampak yang dapat ditimbulkan akibat tertelannya minyak > tanah oleh anak kecil baik keminum atau yang menyatu dengan makanan? Pls > mohon sharingnya ya! > > Rgds > > > AYO GALANG SOLIDARITAS UNTUK MEMBANTU KORBAN MUSIBAH DI ACEH & DAN SUMATERA > UTARA !!! > ================ > Kirim bunga, http://www.indokado.com > Info balita: http://www.balita-anda.com > Stop berlangganan/unsubscribe dari milis ini, e-mail ke: > [EMAIL PROTECTED] > Peraturan milis, email ke: [EMAIL PROTECTED] > > > > > > > > > > AYO GALANG SOLIDARITAS UNTUK MEMBANTU KORBAN MUSIBAH DI ACEH & DAN SUMATERA UTARA !!! > ================ > Kirim bunga, http://www.indokado.com > Info balita: http://www.balita-anda.com > Stop berlangganan/unsubscribe dari milis ini, e-mail ke: [EMAIL PROTECTED] > Peraturan milis, email ke: [EMAIL PROTECTED] > AYO GALANG SOLIDARITAS UNTUK MEMBANTU KORBAN MUSIBAH DI ACEH & DAN SUMATERA UTARA !!! ================ Kirim bunga, http://www.indokado.com Info balita: http://www.balita-anda.com Stop berlangganan/unsubscribe dari milis ini, e-mail ke: [EMAIL PROTECTED] Peraturan milis, email ke: [EMAIL PROTECTED]