Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman
berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan
mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga
hormon-hormon. 



>Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan
senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi
banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut
'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman
memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. 



>Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian
yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'.
Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot
muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. 



>Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai
kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan
kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa
dengan diri sendiri. 



>Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam
mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal
ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar
dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun
iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. 



>Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari
orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun
ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan
orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah
diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan. 



>Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat
Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu
stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa
dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan
memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan. 



>Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan
sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu
manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat
apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian
dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama
didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins'
dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress
'cortisol' dan 'adrenaline' . 



>Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam
badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon
(protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem
pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan
penyakit). 



>Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan
oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses
penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit
jantung. 



>Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan
secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan
darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti
Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40
peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding
orang yang sihat.
Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan
diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang
badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot
abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan
untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi;
membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru. 



>Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus
meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga
yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam
beberapa minit. 



>Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam
sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi
penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal,
hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu.
Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin
juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk
memulakan sesebuah ikatan. 





>Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG
SEMPURNA KEMBANGNYA". 



Kirim email ke