Serangan Strok


MENDAPAT serangan strok bukan bermakna kehidupan anda akan berakhir.
Orang yang lumpuh

akibat strok masih ada harapan untuk berjalan semula jika segera
mendapatkan rawatan

pemulihan.





Serangan strok tidak memilih mangsa. Menurut laporan Pertubuhan
Kesihatan Sedunia

(WHO), strok adalah punca kematian utama selepas penyakit kardiovaskular
di dunia, sama

ada di negara membangun atau maju, pada kadar 200 kes bagi setiap
100,000 penduduk.





Di Malaysia, kira-kira 60,000 kes dikesan, menjadikannya pembunuh nombor
tiga selepas

penyakit jantung dan kanser. Kadar kematian akibat strok sangat tinggi,
iaitu kira-kira

10 peratus pesakit meninggal dunia dalam masa seminggu selepas serangan
pertama.





Kadar kematian ini meningkat kepada 20 peratus dalam masa 30 hari, 30
peratus (dalam

tempoh setahun) dan 60 peratus bagi tempoh lima tahun.Peluang untuk
pulih sentiasa ada

jika pesakit mendapat rawatan segera.





Strok terbahagi kepada dua jenis. Jenis pertama ialah Ischemic, yang
berlaku apabila

aliran darah ke otak tersekat akibat kewujudan ketulan darah atau arteri
menjadi

terlalu sempit untuk membenarkan aliran darah ke otak, menyebabkan
kerosakan pada otak.

Jenis ini lebih lazim dan senang berlaku (jika ada risiko yang
tertentu).

Strok Hemorrhagic pula berlaku apabila salur darah pada otak menjadi
lemah dan pecah

disebabkan tekanan darah tinggi atau saluran darah tidak normal.Biasanya
strok

menyerang mereka yang berumur lebih daripada 65 tahun. Bagaimanapun, ada
pesakit dalam

lingkungan lebih muda turut mendapat strok, terutama yang menghidap
kencing manis,

darah tinggi atau sakit jantung.



Simptom lazim



Antara simptom lazim serangan strok adalah rasa berdenyut-denyut, kebas,
lemah, lumpuh

separuh badan, hilang keupayaan mengimbangi badan, berjalan, bercakap,
menelan atau

pandangan menjadi kabur secara tiba-tiba. Ia boleh hilang dalam masa
beberapa jam atau

menjadi semakin teruk.





Jika berlaku kerosakan pada bahagian otak yang mengawal pertuturan,
pesakit akan

kehilangan kebolehan bertutur, mungkin tidak dapat memahami percakapan
atau

berinteraksi.





Jika serangan membabitkan bahagian otak yang mengawal kemahiran, pesakit
lazimnya tidak mampu menggerakkan tangan, kaki atau lumpuh separuh
badan. Ini menyebabkan mereka

terpaksa bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk melakukan rutin
harian. Pada

keadaan teruk, pesakit mungkin koma sepanjang hayat.





Bagaimanapun, kesan serangan strok berbeza bagi setiap individu,
bergantung kepada

bahagian dan luas kawasan otak yang terjejas. Serangan strok boleh
berlaku berulang

kali sepanjang hayat pesakit.Pesakit perlu menjalani rawatan pemulihan
secepat mungkin,

setelah selesai menerima rawatan peringkat awal.Walaupun tidak mungkin
pulih

sepenuhnya, pemulihan maksimum mampu dicapai jika pesakit mendapatkan
rawatan dalam

tempoh enam bulan pertama selepas serangan.





---------------------------------

http://www.mahsuri.com.my/analisis <http://www.mahsuri.com.my/analisis>



[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke