*Gula-gula tercemar <http://www.biovco.com/?ref=yg>*

SUNGAI BULOH: Kementerian Kesihatan mengarahkan semua pasar raya menarik
balik serta memusnahkan produk gula-gula White Rabbit Creamy Candy yang
dijual di premis mereka serta merta berikutan mengandungi bahan kimia
melamin berlebihan.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, keputusan itu dibuat
selepas sampel produk yang diuji didapati mengandungi sebanyak 135 bahagian
per sejuta (ppm) iaitu melebihi standard ditetapkan iaitu satu ppm bagi
makanan bayi atau 2.5 ppm bagi makanan lain.

"Setakat ini kita sudah menguji 64 sampel makanan dan daripada jumlah itu
hanya satu produk dikesan mengandungi melamin berlebihan.

"Sampel ini diambil terus dari pasar raya berkenaan sejak minggu lalu lagi.
Ia diimport terus dari China dan kita sudah mengenal pasti syarikat
terbabit.


"Berikutan itu, kementerian mengeluarkan arahan kepada Jabatan Kesihatan
Negeri untuk memusnahkan produk berkenaan," katanya pada sidang media
selepas membuat lawatan ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, di sini,
semalam.

Hadir sama Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian
Kesihatan, Noraini Mohd Othman.

Sehingga kini, jumlah penyitaan produk makanan yang disyaki tercemar dengan
melamin di pasaran tempatan adalah sebanyak 2,719 bernilai RM683,703.88.

Sementara itu, Liow berkata, mereka masih belum dapat menentukan kandungan
melamin dalam sayur dan buah-buahan dari China apabila kerajaan Korea
baru-baru ini mengumumkan ia turut mengandungi bahan terbabit.

"Bagaimanapun, kita sudah mengambil sampel untuk diuji di makmal dan sebaik
saja terima keputusan, kita akan umumkan sama ada ia selamat atau tidak.

"Kita berusaha untuk menguji sebanyak mungkin sampel produk makanan yang
turut dibantu oleh beberapa makmal universiti. Ia mengambil masa
sekurang-kurangnya dua hari untuk mengetahui keputusan analisis itu,"
katanya.

Antara hasil pertanian yang diimport dari China termasuk bawang, kubis,
tomato, halia dan limau.

Semalam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed
memberi jaminan semua sayuran dalam pasaran negara bebas melamin dan selamat
untuk dimakan.

* ........................................MESTI
BACA....................................*
*TERBONGKAR !!! Apa kata mereka
<http://www.biovco.com/testimoni-01at.php?ref=mdjj>
*
*- KLIK DISINI <http://www.biovco.com/testimoni-01at.php?ref=mdjj>*


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke