10 SEBAB DOA TERTOLAK.
Ketika Ibrahim bin Khadam ( seorang ahli tasauf yang masyhur) ketika berada di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai. Di antara mereka ada yang bertanya : Mengapakah doa mereka tidak dikabulkan Allah pada hal mereka selalu berdoa kepadanya? Beliau menjawab : Kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara iaitu : PERTAMA Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan hakNya. KEDUA Kamu berkata bahawa kamu cinta Rasulullah SAW tetapi kamu tinggalkan sunahnya. KETIGA Kamu telah membaca Al Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya. KEEMPAT Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya. KELIMA Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu,tetapi kamu tidak menentangnya. KEENAM Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya. KETUJUH Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya. KELAPAN kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya. KESEMBILAN Kamu bangun dari tidur, lalu kamu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban diri kamu sendiri. KESEPULUH Kamu kebumikan mayat-mayat sahabat kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar ( pengajaran) daripada mereka. --
