Siti Fatimah, isteri Saiyidina Ali didatangi seorang peminta sedekah. Ketika
itu Saiyidina Ali mempunyai 50 dirham. Setelah menerima wang, pengemis itu pun
balik. Di tengah jalan, Saiyidina Ali bertanya berapa banyak yang diberi oleh
Saidatina Fatimah. Apabila diberitahu 25 dirham, Saiyidina Ali menyuruh
pengemis itu pergi sekali lagi ke rumahnya. Pengemis itu pun pergi dan Fatimah
memberikan baki 25 dirham kepada pengemis itu.
Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saiyidina Ali
dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan dan ingin
menjualkan untanya. Saiyidina Ali tanpa berlengah menyatakan kesanggupan untuk
membelinya, meskipun ketika itu dia tidak berwang. Dia berjanji akan membayar
harga unta itu dalam masa beberapa hari.
Dalam perjalanan pulang, Saiyidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang
ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal.
Saiyidina Ali pun menjualkan unta itu kepada orang itu. Setelah mendapat wang,
Saiyidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta.
Beberapa hari kemudian, Rasulullah s.a.w. berjumpa Saiyidina Ali lalu
bertanya "Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?"
Apabila Saiyidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu
ialah Jibril dan yang membelinya ialah Mikail.
Moral & Iktibar
Allah membalas atau memberi ganjaran berlipat ganda jika kita menolong orang
yang dalam kesusahan.
Memberikan bantuan kepada orang yang susah merupakan satu aset yang
balasannya akan diterima di dunia lagi.
Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan kelak Allah
akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan.
Keyakinan kepada balasan baik Allah merangsang kita untuk melakukan amalan
dan kebajikan dengan lebih banyak.Rahmadsyah
Certified Master NLP Practitioner
www.trainer-tcc.blogspot.com