(BAHAGIAN 1)
   
  MAKLUMAT PENTING TENTANG KONSEP PERNIAGAAN DI RUMAH: ...Mengapa kini ramai 
yang terlibat?
   
  Jika ada pilihan lain kepada ibu-ibu yang tinggal di rumah dan yang bekerja 
di luar,bekerja dari rumah adalah satu pilihan tersendiri untuk kedua-dua 
golongan ini. Ibu yang bekerja dari rumah membuat pilihan yang terbaik,kerana 
dia boleh menghabiskan masa bersama anak-anak, dan disamping itu merasai 
keseronokan bekerja yang memberikan ia kepuasan diri dan sumber kewangan.
   
  Dengan kemajuan telekomunikasi dan teknologi,adalah mudah untuk memulakan 
pejabat di rumah dan mengendalikan kerja-kerja dari sana. Bagaimanapun, sebelum 
mengambil keputusan anda perlu memikirkan jenis tugas yang akan dijalankan 
kerana ini suatu pilihan baru dan mempunyai risiko.Namun tren ini semakin 
berkembang dan semakin ramai wanita dan juga lelaki menerima perubahan ini oleh 
kerana ia memberi mereka lebih kebebasan serta kawalan keatas keutamaan dan 
pilihan mereka. 
   
  Dalam bukunya 'Marketing for the Home-based Business',Jeff Davidson memberi 
empat faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perniagaan dari rumah. 
   
  Ledakan dalam teknologi maklumat - Komputer peribadi,faktor utama dibelakang 
ledakan perniagaan dari rumah,diikuti oleh lain-lain peralatan pejabat yang 
semakin mampu dibeli,membuatkan amat mudah mengadakan pejabat di rumah. 
   
  Keadaan ekonomi yang tidak selamat - Ini adalah perkara kedua yang mendorong 
kepada pertumbuhan perniagaan dari rumah.Keadaan ini dipengaruhi oleh beberapa 
faktor seperti persaingan global,percantuman syarikat-syarikat,pengecilan 
syarikat-syarikat dan muflis,yang mana dialami oleh semua termasuk 
syarikat-syarikat antarabangsa yang dulunya dianggap sebagai 'paling kukuh".
   
  Demografik yang berubah - Tugas pengurusan korporat akan dihapuskan menjelang 
tahun 2010, namun Davidson meramalkan ia akan dikurangkan sebanyak dua pertiga 
atau lebih.Satu pertiga atau lebih daripada pekerja-pekerja ini akan memulakan 
perniagaan dari rumah.Jumlah pesara dan wanita yang melibatkan diri dalam 
perniagaan dari rumah juga kian bertambah. 
   
  Pembentukan semula keluarga - Mengikut Davidson,ibubapa dan ibu atau bapa 
tunggal mengadakan pejabat di rumah bagi membantu mereka mengimbangi urusan 
kerja dan penjagaan anak-anak.Dia berkata ramai yang bersikap perintis, 
mencipta peraturan-peraturan baru untuk memastikan kehidupan seharian serta 
pekerjaan berjalan seiring. 
   
  Pilihan untuk bekerja dari rumah menghasilkan harapan baik kerana ia lebih 
berupaya untuk memenuhi keinginan kita untuk memiliki kehidupan berkeluarga 
yang lebih seimbang.Bagaimanapun,jika kita tidak membuat garis pemisah diantara 
pekerjaan dan kehidupan,kita tetap akan menghadapi pelbagai masalah seperti 
tidak tahu bila untuk berhenti. (Sumber: Chong Wai Leng - Diterjemah oleh 
Hayati Osman) 
    
   
  ....bersambung:
   
   
  Daripada,
   
  Pengurus Ideal Enterprise
   
  webmaster: 
  http://www.bekerjadirumah.formulakekayaan.com

       
---------------------------------
Luggage? GPS? Comic books? 
Check out fitting  gifts for grads at Yahoo! Search.

[Non-text portions of this message have been removed]



Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com

 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Cari_Kerja/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Cari_Kerja/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke