Siapa bilang Indonesia saja yang ribut dengan Naturalisasi Pemain Asing demi
Timnas???




>
>
>  Pro & Kontra: 'Kita perlukan tenaga asing' Raja Ahmad Zainuddin
>
> PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut memberikan
> pandangan dan sokongan positif sekiranya kita mahu menggunakan tenaga asing
> bagi memperkukuhkan pasukan bola sepak negara melayakkan diri ke Piala
> Dunia.
>
>  <http://www.kicks.com.my/>
> Saya memberi cadangan mengenai penggunaan tenaga asing sebagai jalan
> terakhir ketika membuat soalan tambahan kepada Kementerian Belia dan Sukan
> pada hari terakhir Dewan Rakyat minggu lalu, sama ada kerajaan bersedia
> berbuat demikian seperti kebanyakan negara Eropah termasuk juara Piala Dunia
> 1998, Perancis, selepas kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
> dikecam.
>
> Pasukan lain seperti Portugal, Belanda, Sweden, bahkan Jepun dan jiran
> kita, Singapura adalah antara negara Asia yang melangkah jauh ke depan.
> Malaysia pernah menggunakan tenaga asing dalam sukan lain termasuk ketika
> Sukan Komanwel suatu ketika dulu. Amerika Syarikat lebih-lebih lagi dapat
> dilihat mengambil pendekatan itu ketika muncul juara Sukan Olimpik lalu.
>
> Dalam bola sepak ketika ini, ia seperti menjadi satu trend di mana ada
> negara yang mahu bersaing di persada antarabangsa melakukan apa saja
> termasuk membuat pelaburan besar mencari atlit dan ahli sukan terbaik bagi
> mencapai impian mereka.
>
> Tidak keterlaluan saya katakan melalui sukan, ia bukan saja mendatangkan
> hasil yang berganda bahkan dapat memupuk semangat perpaduan global dan
> menghindar sikap perkauman seperti yang ditunjukkan Amerika Syarikat dan
> Eropah di dalam pengambilan atlit dan ahli sukan berkulit hitam bagi
> mewakili pasukan mereka.
>
> Ia tidak bermakna dengan mengambil tenaga asing, sesebuah negara itu akan
> hilang moral dan identitinya. Barangkali pasukan bola sepak kita memerlukan
> adunan tenaga asing, di bahagian atau posisi yang kita merasa lemah,
> umpamanya barisan penyerang dan tengah.
>
> Barangkali sebagai percubaan kita boleh mencuba dengan meminjam beberapa
> pemain asing dari kelab ternama bermain dalam pasukan kita dan mengadakan
> perlawanan dengan pasukan lain. Lebih mudah ialah dengan mencuba adunan atau
> gabungan pemain import yang sedang beraksi dalam liga kita bersama bersama
> skuad kebangsaan untuk melihat apakah kesan dan hasil kemahiran yang boleh
> diperoleh.
>
> Sebenarnya tidak adil jika FAM pimpinan Sultan Ahmad Shah terus
> dipersalahkan akibat kemerosotan skuad kebangsaan masa ini. Perlu dilihat,
> FAM bukan saja mampu berdiri sendiri sejak era semipro diperkenalkan pada
> 1989, tetapi berjaya membantu negara dan kerajaan terutamanya kerana
> menyediakan peluang pekerjaan kepada beribu-ribu remaja dalam industri bola
> sepak dan secara tidak langsung membantu mengurangkan masalah pengangguran.
> Liga tempatan juga turut menarik perhatian ramai pemain asing ke negara ini.
>
> Pembangunan hasil akademi kendalian FAM di seluruh negara pada masa ini
> mula terserlah dengan skuad kebangsaan bawah 21 tahun yang sedang berlatih
> di Brazil untuk mendapatkan pendedahan sebanyak mungkin. Kita jangan lupa
> pemain Kedah, Akmal Rizal Rakhli dan beberapa orang lagi adalah produk
> Akademi FAM.
>
> Justeru membentuk pasukan mantap, bukan tugas mudah. Kita kena akui tahap
> pemain yang ada. Liga yang dianjurkan adalah pentas pemain bersaing dan
> menunjukkan aksi dan skil terbaik. FAM sebenarnya tidak miskin daripada
> idea. Tetapi program yang hendak dilaksanakan itu juga memerlukan masa.
>
> Malah ada seorang pemimpin kita yang anaknya berpeluang bermain dalam Liga
> Malaysia tetapi melarang anaknya berbuat demikian kerana pendidikan di
> universiti dilihat menjadi keutamaan. Kalau pun kita menghantar pemain muda
> berlatih di luar negara, lebih ramai yang mahu balik kerana ingin dekat
> dengan keluarga dan tidak cenderung melihat peluang lebih jauh bermain di
> negara luar sebagai loncatan bermain di Eropah.
>
> Hakikat ialah kebanyakan pemain dari pasukan seperti Brazil, Argentina dan
> negara yang layak bermain pada pusingan akhir Piala Dunia seperti negara
> miskin Afrika ialah kerana pemainnya terdedah dengan pelbagai liga luar
> negara, khususnya di Eropah. Pemain mereka bersemangat tinggi kerana mahu
> keluar daripada kemelut kemiskinan.
>
> Jangan kita lupa bakat perlu diasuh daripada kecil, iaitu pada usia 12
> hingga 15 tahun. Namun bersediakah ibu bapa melepaskan anak mereka untuk
> mengejar cita-cita di negara asing seperti anak-anak Brazil, Argentina atau
> negara Afrika berkenaan?
>
> Sebenarnya dalam apa juga bidang, 'breakthrough' penting. Apabila ada
> bakat pertama menunjukkan 'belang' mereka di arena antarabangsa, mudahlah
> yang lain mengikutnya. Contohnya jika Soh Chin Aun menjadi pemain
> profesional pada zaman kegemilangannya, saya pasti hari ini ramai pemain
> kita bermain di luar negara.
>
> Hanya dengan sokongan bersungguh-sungguh semua pihak, akan membantu kita
> mengangkat bola sepak negara pada landasan yang betul. Justeru, saya
> berterima kasih kepada Datuk Seri Abdullah kerana bukan saja memahami apa
> yang sedang kita hadapi tetapi turut memberikan sokongan moral dan pandangan
> beliau itu diharap mendapat sokongan daripada Kementerian Pelajaran dan
> Kementerian Belia dan Sukan.
>
> FAM hanya sekadar penganjur pertandingan tetapi bakat perlu diasah dari
> rumah dan kita semua mempunyai tanggungjawab, lebih-lebih lagi ibu bapa.
> 
>
>
>


[Non-text portions of this message have been removed]



HAPUS BAGIAN EMAIL YG TIDAK PERLU SEBELUM ME-REPLY.

==========================================================
Milis Tabloid BOLA
Untuk KELUAR DARI MILIS INI. Kirim Mail kosong (tanpa subject) ke alamat [EMAIL 
PROTECTED]
========================================================== 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/bolaml/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke