Malaysia tempat ke-29

MALAYSIA diwakili pasukan bawah 12 tahun Kedah, mengakhiri penampilan sulung
dalam Kejohanan Bola sepak Piala Negara-negara Danone dengan menduduki
tempat ke-29 selepas mencapai dua kemenangan ke atas Republik Czech dan
Bulgaria dalam perlawanan klasifikasi di Stadium Gerland, Perancis semalam.



Selepas gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam perlawanan dua hari
pertama, pemain-pemain Malaysia beraksi merebut empat kedudukan terakhir
daripada 32 pasukan dalam kejohanan itu.

Walaupun dibarisi pemain-pemain dengan fizikal paling kecil dan tidak
diberikan harapan untuk mencatatkan sebarang kemenangan, skuad negara
mempamerkan persembahan bersemangat untuk menewaskan lawan yang lebih besar.


Pemain-pemain muda Kedah itu membuat kejutan dengan menewaskan Republik
Czech 1-0 dalam perlawanan pertama hari ini diikuti kemenangan 7-6 menerusi
sepakan penalti ke atas Bulgaria.

Berbeza dengan perlawanan-perlawanan terdahulu apabila mereka terpaksa
menyerap pelbagai tekanan, kali ini para pemain memberikan cabaran kepada
lawan mereka.

"Para pemain tahu apa yang penting dan melakukannya hari ini. Anda boleh
lihat bahawa mereka bermain dengan kebolehan mereka dan tenang sepanjang
perlawanan. Ini punca kejayaan mereka," kata jurulatih, Mohd Ridwan Abdul
Rahman.

Dalam perlawanan menentang Bulgaria, kedua-dua pasukan terikat tanpa
jaringan selepas tamat permainan dan kira-kira 15,000 penonton terpaksa
menanti pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.

Sementara itu, satu lagi wakil Asia, Indonesia menyaksikan kecemerlangan
mereka hanya setakat separuh akhir, selepas tewas kepada pasukan yang muncul
juara kejohanan, Reunion Island.

Indonesia berada di tempat keempat selepas tewas kepada Argentina.

Reunion Island, pemenang pada 2002, muncul juara selepas menundukkan
Switzerland 1-0 di final yang disaksikan bekas bintang handalan dunia dari
Perancis Zinedine Zidane, yang juga Duta Global bagi Piala Negara-negara
Danone dan kemudiannya menyampaikan hadiah.



[Non-text portions of this message have been removed]



HAPUS BAGIAN EMAIL YG TIDAK PERLU SEBELUM ME-REPLY.

==========================================================
Milis Tabloid BOLA
Untuk KELUAR DARI MILIS INI. Kirim Mail kosong (tanpa subject) ke alamat [EMAIL 
PROTECTED]
========================================================== 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/bolaml/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke