*Misi Donadoni pujuk Totti gagal*

ROME: Francesco Totti tetap dengan pendiriannya untuk tidak bermain bersama
Itali sehinggalah tahun depan.

Jurulatih Itali, Roberto Donadoni mengunjungi Totti di pusat latihan AS Roma
kelmarin untuk cuba memujuk pemain perancang berpengaruh itu supaya kembali
bersama skuadnya menghadapi saingan kelayakan Kejohanan Eropah 2008 Oktober
ini.

"Buat masa sekarang Totti tidak akan kembali bersama pasukan kebangsaan,"
kata jurulatih Roma, Luciano Spalletti, semalam. "Buku lalinya masih
bermasalah dan dia dalam proses pemulihan."

Kaki kiri Totti patah dan ligamen buku lalinya cedera ketika dia bermain
untuk Roma Februari lalu. Dia menjalani pembedahan dan tergesa-gesa kembali
beraksi di Piala Dunia tapi gagal mempamer aksi terbaiknya sepanjang laluan
Itali merangkul kejuaraan.

Sebelum Itali bergelut dalam dua perlawanan pembukaan kelayakan Euro 2008
mereka, seri 1-1 dengan Lithuania dan tewas 1-3 kepada Perancis, Totti
berkata dia hanya akan kembali bersama skuad kebangsaan pada 2007.

Selepas dua perlawanan itu, Donadoni berkata dia mahu Totti kembali untuk
perlawanan kelayakan menentang Ukraine pada 7 Oktober dan Georgia empat hari
kemudian.

Itali hanya meraih satu mata dalam Kumpulan B. Scotland dan Perancis
menerajui kumpulan dengan masing-masing mengumpul enam mata. - AP 

-------------------------------


[Non-text portions of this message have been removed]



HAPUS BAGIAN EMAIL YG TIDAK PERLU SEBELUM ME-REPLY.

==========================================================
Milis Tabloid BOLA
Untuk KELUAR DARI MILIS INI. Kirim Mail kosong (tanpa subject) ke alamat [EMAIL 
PROTECTED]
========================================================== 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/bolaml/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/bolaml/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke