ngerti nggak maksudnya .. kekeke. kalau nggak ngerti apus aja jangan
protes.


Benitez terus berahsia


LIVERPOOL, England - Rafael Benitez mungkin berada dalam situasi
tertekan lantaran senarai jentera pasukan bimbingannya yang dikatakan
belum mampu menandingi kehebatan musuh tradisinya Manchester United dan
Chelsea.

Walaupun selepas membelanjakan 20 juta pound (RM140 juta) mendapatkan
Robbie Keane, ia dikatakan masih tidak cukup untuk memulakan langkah
cemerlang pada musim baru.

Semasa mendedahkan pembelian Kean minggu lalu, Benitez cukup
berhati-hati dan mengelak daripada menggambarkan penyerang Republik
Ireland itu sebagai pelengkap kepada jentera pasukannya.

Jurulatih dari Sepanyol itu bakal membimbing The Reds untuk musim
kelima, bijak mengatur kata-kata bagi mengelakkan daripada tertekan
untuk mencipta kejuaraan pertama sejak 1990.

Pencapaian terbaik beliau di dalam Liga Perdana adalah di tempat ketiga
bagi musim 2005/06 iaitu dengan Liverpool ketinggalan sembilan mata di
belakang Chelsea.

Menyedari situasi itu Benitez sentiasa cermat membuat kenyataan bagi
mengelakkan daripada membuat jangkaan prospek pasukannya musim hadapan
walaupun dia sebelum ini berjaya merangkul Liga Juara-jura dan Piala FA.

Secara selamat, Benitez menyatakan pihaknya sentiasa berusaha
meningkatkan kemampuan pasukannya setiap tahun serta merapatkan jurang
dengan pasukan handalan.

''Kami memang mahukan kejuaraan, tetapi kita harus sedar pasukan Chelsea
dan United bermain pada pusingan akhir Liga Juara-juara dan kedua-duanya
berada di persada liga, ia menjadikan keadaan semakin sukar,'' katanya.

Menurut beliau, pembelian Keane dan Gareth Barry merupakan salah satu
usaha untuk memastikan Liverpool terus menjadi pencabar utama Liga
Perdana.

Pembelian satu lagi penyerang dan bukannya pemain sayap bermakna Benitez
menaruh sepenuh harapan terhadap gandingan Philipp Degen dan Andrea
Dossena yang dibeli dari Borussia Dortmund dan Udinese.

Situasi itu mungkin menyebabkan Liverpool mengamalkan sistem 4-2-3-1
pada musim baru yang kurang berkesan musim lalu dan ia akan menyaksikan
Degen berada di posisi kanan, manakala Dossena di bahagian kiri.

Dua pemain itu akan mengemudi bahagian tengah dan sekali gus membuka
ruang kepada pemain pertahanan untuk membantu barisan hadapan.

Benitez yakin formasi itu akan membolehkan jentera serangannya iaitu
Keane, Fernando Torres dan Steven Gerrard beraksi pada tahap optimum.

Benitez juga bertindak mengurangkan jumlah pemain di dalam pasukannya
dengan Peter Crouch berpindah ke Portsmouth dan John Arne Riise serta
Harry Kewell ke Roma dan Galatasaray. - AFP

 



[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke