Emosi Anda Adalah Magnet 
Salam pembaca semua, moga Anda berada dalam keadaan sihat sejahtera. 
  Emosi kita seperti magnet. Gelombang emosi dan getaran yang dihasilkannya 
WUJUD walaupun kita tak nampak, sama juga dengan gelombang wireless Internet, 
elektrik dan gelombang selular di hanphone Anda. Memang tak nampak tapi kita 
menggunakannya setiap masa.
  Emosi datang dari minda separa sedar dan minda separa sedar pula sentiasa 
menarik segala yang tersimpan di dalamnya. Sama ada positif atau negatif, minda 
separa sedar tak kenal itu semua dan tetap menarik apa jua yang Anda simpan ke 
dalamnya melalui fikiran Anda, seperti magnet.
  Emosi positif menarik emosi positif yang lain dari orang di sekeliling Anda. 
Bila Anda berada dalam emosi positif seperti gembira, girang, suka, seronok dan 
happy, emosi positif yang dipancarkan oleh Anda akan meresap masuk pada orang 
lain yang berhampiran dengan Anda, walaupun dia tak buat apa-apa.
  Andai Anda hampir dengan orang yang gembira, excited dan seronok , Anda juga 
akan turut berasa seronok dan gembira. Tetapi, bila Anda duduk dekat dengan 
orang yang emosinya tertekan, stress, bimbang, gusar dan susah hati, tak 
semena-mena Anda juga akan turut jadi susah hati sepertinya. Betul tak?
  Kenapa? Emosi negtif yang terpancar dari orang tu meresap masuk ke dalam 
minda separa sedar Anda, lalu menyebabkan Anda turut jadi susah hati, tertekan, 
stress dan gusar sama sepertinya. Untuk maintain emosi positif dan pemikiran 
positif, mesti selalu hampir dengan orang yang fikirannya juga positif, yang 
tak pandai nak bersangka buruk dengan orang lain, pada keadaan, situasi mahupun 
benda.
  Andai Anda tak temui orang yang berfikiran positif di sekeliling Anda, 
kelilingi diri Anda dengan suasana yang positif, yang baik-baik. Bagaimana? 
melalui pembacaan, pendengaran, penglihatan dan pengamatan.
  Dalaman kita mengawal luaran kita. Untuk kawal luaran, kita perlu terlebih 
dahulu kawal dalaman, iaitu minda separa sedar kita.
  Untuk mengawal minda separa sedar, kita perlu mengawal emosi. Bertenang 
setiap masa, be in control adalah cara terbaik dan mampu membentuk Anda menjadi 
orang cemerlang dalam kerjaya, perhubungan, kekeluargaan dan kewangan.
  Lagi-lagi cerita menarik & ajaib http://TidakPerluKerja.com/?kod=nasir


 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke