MAJLIS Bicara Ilmu bertajuk `Iqbal: Sasterawan dan Pemikir Agung
Islam' akan diadakan di Rumah Persatuan Penulis Nasional Malaysia
(Pena), Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur, 15 Julai ini, bermula jam 3
petang.

Program itu juga akan dipancarkan melalui sidang video di yahoo
messenger melalui yahoo id penamalaysia.

Mereka yang berminat sila addkan yahoo id dengan menyatakan nama dan
lokasi.

Muhammad Iqbal yang dilahirkan di Sialkot, Punjab, Pakistan pada 9
November 1877, diiktiraf sebagai penyair dunia dan pemikir agung serta
dianggap negarawan pertama yang mengilhamkan penubuhan negara India
Muslim yang merdeka, sekali gus melahirkan negara Pakistan.

Kirim email ke