Refleksi : Bagaimana kalau ratusan ribu TKI di Malaysia dipanggil budak? :-))

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0515&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_04.htm

Budak Belanda terselamat nahas pesawat Libya dikenal pasti

     
      SERPIHAN pesawat Afriqiyah Airways Flight 771 yang terhempas di landasan 
lapangan terbang Tripoli, hampir melanggar masjid di situ. Gambar kecil, budak 
Belanda Ruben van Assouw yang merupakan mangsa tunggal yang selamat dalam nahas 
itu. - AP 

--------------------------------------------------------------------------
     


TRIPOLI, Libya 14 Mei - Walaupun lemah selepas menjalani pembedahan, budak 
lelaki rakyat Belanda yang merupakan satu-satunya mangsa terselamat dalam 
kejadian sebuah pesawat Libya terhempas sehingga mengorbankan 103 penumpang, 
mampu melemparkan senyuman kepada ibu dan bapa saudaranya yang bergegas datang 
dari Belanda untuk melawatnya semalam. 

Namun, pegawai Menteri Luar Belanda, Ed Kronenburg berkata, budak lelaki 
dikenali sebagai Ruben van Assouw, 9, itu masih tidak menyedari apa sebenarnya 
yang berlaku kepada dirinya kerana belum diberitahu bahawa ibu bapa dan seorang 
abangnya terbunuh dalam kejadian yang berlaku kelmarin.

Semua mereka dilaporkan dalam perjalanan pulang selepas mengadakan percutian 
safari di Afrika Selatan untuk meraikan ulang tahun ke-12 perkahwinan ibu 
bapanya mengikut tradisi Belanda.

"Dia sudah sedar, dia bercakap dan dia mendengar.

"Pastinya dia juga akan tidur dengan banyak kerana diberi suntikan pelali 
semalam dan masih pening sedikit.

"Dia masih tidak diberitahu yang ibu bapanya terbunuh," katanya. 

Menurut Kronenburg, penyelamat menyedari kanak-kanak itu masih bernafas, 
disebabkan itu mereka mengetahui dia masih hidup.

Pegawai keselamatan Libya, Kolonel Baloul Al-Khoja memberitahu, penyelamat 
menjumpai Assouw masih terikat pada tempat duduknya di kawasan serpihan yang 
luas selepas pesawat itu terhempas ketika cuba mendarat di ibu negera Tripoli.

Katanya, ketika ditemui, Assouw dalam keadaan separuh sedar dan tidak 
memberikan reaksi selain mengalami trauma serta merasa sakit di bahagian 
kakinya, tetapi dia tidak banyak menangis.

Assouw ditemui kira-kira setengah kilometer daripada serpihan besar ekor 
pesawat itu, menunjukkan dia mungkin duduk di bahagian hadapan ketika ia 
terhempas. - AP

<<lu_04.1.jpg>>

Kirim email ke