"40 KEISTIMEWAAN WANITA - MENURUT ISLAM"

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang pria yang soleh.
2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama 
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang 
takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu 
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak pria. Maka barang siapa 
yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail 
A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku 
(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau 
dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam 
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta 
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada 
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan 
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan 
ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu 
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia 
kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, 
malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama 
mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan 
puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang 
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula 
berhak terhadap pria?” tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara 
kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana 
sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. 
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka 
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. menatatkan baginya setiap 
hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. 
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada 
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu 
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka 
Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan 
ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 pria yang 
jahat.
22. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat 
solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada 
badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap 
titik susu yang diberikannya.
24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam 
keadaan letih akan mendapat pahala jihad
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat 
isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan 
kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal 
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita 
itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang 
kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang 
sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan 
hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh 
binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan 
rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti 
meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan 
setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira 
sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun 
solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka 
malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. 
Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan 
memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
37. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola 
emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola 
perak.
38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun 
ibadat.
40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi 
Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai 
purdah di dunia ini dengan istiqamah.

(sumber: www.ceritateladan.com)


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke