PERINGATAN UNTUK KAUM MUSLIMIN

IMAM MAHADI AKAN MUNCUL.
DAJJAL TERLALU HAMPIR
NABI ISA AKAN TURUN

Assalamualaikum wbt

Saudaraku kaum muslimin.

Beberapa bulan lepas saya telah menulis artikel peringatan bertajuk
TAHUN GEMPAR 2005. Berbagai maklum balas yang saya terima dari
pembaca. Yang paling banyak ialah ungkapan " Betul ke? ".Sinis dan
tidak percaya. Khusus untuk mereka, suka saya membawa jawapan Saidina
Ali r.a ketika menjawab tempelak seorang Yahudi. Yahudi itu
berkata " Wahai Ali, adakah kamu pasti akan masuk syurga dengan
sembahyang (dll amalan Islam)?" Jawab Saidina Ali r.a mahfumnya "
Andai kata syurga dan neraka itu tiada maka saya dan kamu tidak rugi
apa-apa..tetapi kalau benar wujud syurga dan neraka…insyaAllah saya
berjaya dan kamu akan celaka"

Demikianlah peristiwa-peristiwa yang saya garapkan dalam artikel yang
lepas dengan merujuk kepada beberapa kitab dan pandangan mereka yang
jujur dan warak. Konsep jawapan saya juga sama. Jawapan saya " Jika
semua itu tidak berlaku..Alhamdulillah tetapi andai kata satu demi
satu peristiwa-peristiwa tersebut terjadi, adakah kita mampu
menghadapi tanpa persediaan?"

Dalam artikel tersebut saya telah menulis beberapa perkara perlu
diberi perhatian. Antaranya tentang kematian Raja Saudi. Innalillahi
wainna ilaihiraaji'un. Pada hari Isnin, 31 Julai 2005 pada pukul 10
pagi Raja Fadh telah kembali ke Rahmatullah.

Dalam hadis koleksi saya mengenai Imam Mahadi a.s., tercatit bahawa
apabila wafatnya Raja Arab akan berlaku perang saudara dan kekacauan
akibat perebutan kuasa sesama mereka. Oleh yang demikian saya meminta
saudara dan saudari sama-sama mengikuti dengan teliti perkembngan
politik Arab Saudi . Sama-sama kita perhatikan dalam masa terdekat
ini adakah terdapat bibit-bibit persengketaan yang dikatakan akan
berlaku itu. Jika benar berlaku ternyata era Imam Mahadi akan bermula
sebagaimana yang dijangka.


Muhammad Hasanain Haikal menulis dalam bukunya Al-Maqalat Al-Yabaniah
bahawa adanya mereka-mereka yang menunggu untuk menggantikan Raja
Fadh. Dari kalangan saudara kandung Raja Fadh( As-Sudairiyyin), iaitu
Amir Sultan ( Panglima perang dan Menteri Pertahanan) dan Amir
Salman. Manakala pengganti Raja Fadh, Amir Abdullah Ibnu Badawiyyah
adalah hanya saudara tiri Raja Fadh.Raja Amir Abdullah juga merupakan
panglima Pasukan Pengawal Nasional. ( Gambar 1 )
Gambar 1


Tulisan ini digarap pada bulan Ogos 2005. Bulan Ramadhan tahun ini
akan bermula pada awal bulan Oktober 2005 iaitu 4 atau 5 Oktober
2005. Gerhana bulan dijangka akan berlaku di awal Ramadhan. Dan pada
pertengahan Ramadhan akan berlaku pula gerhana matahari. Pada malam
Jumaat pertengahan Ramadhan akan kedengaranlah suara dahsyat yang
menakutkan. Jadi, ada dua peristiwa. Satu siang iaitu gerhana
matahari dan satu malam iaitu suara yang manusia tidak pernah
mendengar sebelum ini.

Pada bulan Syawal berikutnya bersamaan awal November 2005, akan mula
berlaku Ma'ma'ah ( huru hara) yang berupa kecamuk peperangan antara
negara-negara. Pada bulan Zulkaedah bersamaan bulan Disember 2005
akan terjadi perselisihan antarabangsa. Pada tahun 2006, musim haji
akan dilakukan 2 kali. Bulan Zulhijjah pertama bersamaan dengan bulan
Januari 2006. Akan terjadi peristiwa pembunuhan sehingga darah
mengalir di Jumratul Aqabah pada hari Idhul Adha di Mina. Haji pada
kali ini tidak lagi berlaku dalam suasana aman. Selepas peristiwa ini
era Imam Mahadi akan bermula pada awal Muharram 1427 hijrah bersamaan
Februari 2006.

Percayalah era Imam Mahadi dan Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum
Yahudi amat yakin pemimpin Agung mereka iaitu Al-Moshaikh ( Dajjal)
akan muncul mengetuai mereka. Kaum Kristian pula amat yakin bahawa Al-
Masih ( Nabi Isa a.s) akan muncul memimpin mereka. Manakala kita,
kaum muslimin yakin bahawa Al-Mahadi, Al-Moshaikh( Dajal) dan Al-
Masih a.s akan muncul. Menarik bukan?

Sesungguhnya Yahudi sedang kecut perut yang teramat-amat. Mereka
membina tembok-tembok di Israel. Menanam pokok Ghardaqah dengan
banyaknya. Malah telah menempah pedang Titanium dengan banyaknya.
Hari mereka akan disembelih di bumi Israel makin hampir. Mereka
menempatkan tentera proksi di bumi Afghanistan dan Iraq untuk
menghadang tentera dari Timur. Tetapi ramai umat Islam sedang lalai
dan hampir tidak ambil peduli pada era yang ditentukan olehNya tetapi
telah dikhabarkan oleh RasulNya 1426 tahun lampau.

Ketahuilah era Islam menakluki dunia semakin hampir. Benarlah sabda
Rasulullah saw bahawa akan sampai satu masa tidak akan ada satu pintu
yang tidak akan dimasuki Islam. Panjang umur kita semua akan
menyaksikan seorang pemimpin Agung bergelar Imam Mahadi akan
memerintah dunia sambil memegang panji-panji Islam.


Tadahkan tangan dan berdoalah untuk pemimpin Agung kita Khalifah Al-
Mahdi dan para pejuangnya. Di segenap ceruk dunia kini, sedang
bersiap-siap 40 wali kutub, 313 orang Al-Badri dan 360 orang An-Najd.
Mereka akan diikuti oleh 100,000 pejuang kaum muslimin yang akan
berjuang seperti singa di waktu siang dan berdiri malam beribadat
kepada Allah. Mereka-mereka yang terpilih itu kini berada di mana-
mana. Setiap mereka akan mendapat alamat dari Allah. Apabila seruan
tiba ( sedikit masa lagi) mereka akan menyahut seruan datang
berbai'at/ berjanji setia dengan Imam Mahadi dan bersedia
mencagarkan nyawa untuk agama. Mereka akan berduyun-duyun tampil
mempertaruhkan jiwa raga untuk berjuang di sisi Imam Mahadi
menegakkan kalimah Allah di muka bumi.

Tetapi sebelum bendera Islam berkibar diseluruh pelosok alam,
beberapa peristiwa yang besar akan berlaku terlebih dahulu dan
merubah senario kehidupan di luar kebiasaan dan jangkaan. Tiada lagi
teknologi maklumat, Teknologi bio dan teknologi nano. Bursa saham di
seluruh dunia akan merudum dan berakhir.

Saya pernah diberitahu oleh seorang ulamak yang warak bahawa Imam
Mahadi akan berdoa kepada Allah agar minyak dilenyapkan dari muka
bumi. Katanya waktu itu manusia akan berkenderaan hidup bukan
berkenderaan mati. Bayangkan dunia tanpa minyak. Peperangan di era
Mahadi hanya akan berlaku di waktu siang dan bersenjatakan panah,
pedang dan tombak.

Mustahil? Allah Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu. Mengapakah
Kaum Yahudi menempah pedang-pedang titanium? Adakah mereka lebih
mengetahui dari kita? Memang mereka lebih mengetahui, peka, yakin dan
sedang bersedia bersungguh-sungguh untuk menghadapi saat-saat genting
pemusnahan bani Yahudi secara total dari muka bumi. Yahudi memang
suka melawan takdir.

Mengenai Imam Mahadi. Tanpa prejudis saya menulis. Janganlah saudara
terkejut bahawa pemimpin Agung yang bakal memerintah dunia itu akan
datang dari dunia sebelah sini. Beliau akan muncul dari kalangan Bani
Jawi. Bukan Bani Arab dan bukan Bani Israel.

Bani Jawi? Mungkin sebahagian dari kita termangu-mangu dan tertanya-
tanya mengenai bani jawi. Pernah dengar ungkapan " masuk jawi" dan
tulisan jawi?. Apa maksud Jawi tersebut. Bani Jawi asal usulnya dari
keturunan Nabi Ibrahim a.s. Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti
Hajar dan Ismail a.s yang masih kecil, Nabi Ibrahim sampai ke
Kampuchea dan berkahwin di sana. Keturunan baginda berkembang biak di
Nusantara dan bergelar Bani Jawi. Tidak hairanlah militeri Israel
telah lama bertapak di Singapura sebagai penasihat. Apa yang mereka
cari? Kaum Yahudi telah mengetahui siapa Rasulullah dan di mana
baginda dilahirkan. Demikian juga, Yahudi telah mengetahui siapa dia
Imam Mahadi, di mana dia dilahirkan. Mereka sedang kelam kabut
mencari Imam Mahadi kerana mereka tahu inilah orang yang akan menjadi
khalifah dan memimpin kaum muslimin menyembelih mereka nanti. Tetapi
mampukah Yahudi mengalahkan perancangan Allah swt?

Sesungguhnya dari Bani Arab ada pemimpin agung, Rasulullah saw yang
tercinta, dari Bani Israel muncul Musa a.s dan di akhir zaman muncul
Mahadi a.s. Al-Muntazar dari kalangan Bani Jawi. Imam Mahadi a.s.
adalah orang Jawi. Ada darah Rasulullah saw sebelah saidina Hassan
r.a.dalam dirinya. Imam Mahadi telah wujud dan akan memimpin dunia
ini dengan akhlak Allah yang mulia. Adil dan saksama. Di mana beliau
berada? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Imam Mahadi bukan manusia luar biasa. Beliau adalah manusia biasa
tetapi beliau adalah insan pilihan Allah. Sampai masanya beliau akan
ditarbiyah oleh Allah hanya dalam satu malam sahaja. Bacalah kisah
Jalut dan Talut yang tercatit dalam Al~Quran. Pemimpin bani Israel
itu hanyalah seorang gembala kambing. Tiba-tiba sahaja dia dilantik
menjadi pemimpin.Ini cerita dalam Al~Quran. Manakala Rasulullah saw
pula hanyalah seorang anak yatim. Di saat dipilih sebagai Rasulullah,
baginda pernah diperlekehkan oleh kaumnya. Ada yang tidak percaya.
Ada yang menolak bulat-bulat. Imam Mahadi juga akan mengalami nasib
yang sama. Ianya sunnatullah.

Imam Mahadi bukan seorang insan bersinar-sinar bercahaya turun dari
langit. Bukan juga seorang yang mempunyai kekuatan ghaib dan sakti.
Beliau memiliki nusrah Allah swt. Peperangan demi peperangan akan
dilalui olehnya untuk mengembalikan sinar agama di bumi ini.
Kemenangan demi kemenangan akan dicapai oleh Imam Mahadi bersama
tenteranya dengan izin Allah.

Imam Mahadi tidak mencari harta dan kedudukan. Malah beliau akan
membahagi-bahagikan harta sewenang-wenangnya. Yang beliau mahukan
agar setiap manusia di muka bumi ini kembali memuji Allah dan
mengagungkan hanya Allah. Beliau menyambung kerja Nubuwwah. Menyeru
manusia kepada Allah. Beliau adalah Amirul mukminin dan Khalifah yang
kita tunggu-tunggu.

Imam Mahadi akan dibantu oleh pejuang-pejuang yang cintakan hanya
Allah dan Rasul saw. Mereka sanggup mati kerana agama yang suci
seperti para sahabat. Niat mereka juga seperti Imam Mahadi. Pengikut
Mahadi a.s bukanlah pecinta dunia. Mereka tidak mencari pangkat dan
harta, Mereka membantu Imam Mahadi menyebarkan kalimah Allah di
segenap pelosok bumi dengan diri dan harta mereka.

Lawatilah laman web zionis – " Temple institute". Di sana kita akan
lihat betapa gigihnya kaum Yahudi mahu membina biara suci untuk
menyambut kedatangan Al-Mosaikh mereka yang dinanti-nati sekian lama
sebagaimana yang tercatat dalam kitab mereka.

Saya menyeru kepada diri saya dan kaum muslimin agar membuat
persiapan. Jangan berlengah lagi. Masanya bukan dekat. Tetapi teramat
dekat. Kita tidak perlu membina Mesjid khas seperti kaum Yahudi.
Imarahkanlah mesjid ditempat masing-masing. Ajak-mengajaklah denga
penuh hikmah dan kasih sayang sesama kita. Hidupkan rumah-rumah Allah
dengan amalan-amalan. Tingkatkan amalan persendirian dan ajaklah kaum
keluarga meningkatkan amalan sebelum ujian-ujian besar melanda
gelombang demi gelombang.

Akhir sekali saya mengingatkan diri saya dan kaum muslimin agar
jangan bertangguh-tangguh lagi mengamalkan tunjukajar Rasulullah saw
sejak 1426 tahun yang lampau. Rasulullah saw mengajar doa tersebut
kepada umatnya untuk mengelak dari fitnah Dajjal. Rasulullah saw
mengajar doa tersebut kepada para sahabat begitu teliti seperti
mengajar ayat Al~Quran pada 1426 tahun yang lampau. Masa yang masih
jauh dari era Dajal. Tetapi para sahabat telah mengamalkannya.
Sedangkan kita berada di ambang era fitnah Dajjal, Masihkah kita
ambil sifat tidak endah? Mungkin ada yang tahu tetapi mengambil sikap
sambil lewa dan menangguh-nangguh. Sedihnya sebahagian besar umat ini
langsung tidak tahu doa ini. Apalagi mengamalkannya.

Fitnah Dajal adalah besar dan serius. Ini bukan masalah hidup atau
mati. Tetapi mereka yang terpengaruh dengan sihir Dajal akan jadi
kafir, Na'uzubillah. Sabda Rasulullah saw mahfumnya, sejak zaman
Nabi Adam, tidak ada Nabi yang tidak mengingatkan umat mereka tentang
fitnah Dajal. Sedarlah dan sedarkanlah seluruh kaum muslimin tentang
peristiwa paling dahsyat yang bakal berlaku sedikit masa nanti. Salin
dan sebarkan doa yang saya lampirkan ini.



Saya memohon ampun kepada Allah dan meminta maaf kepada kaum muslimin
jika ada salah dan silap dalam penulisan ringkas ini. Saya hanya
memberi peringatan.

Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin
kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada.
Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang
Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya.

Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir
Dajjal.

Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang
bakal mendatang.


Abu Basyir Ad-Daiki Al~Jawi


HARI-HARI YANG PERLU DIPERHATIKAN

BULAN & TAHUN BULAN & TAHUN PERISTIWA

Ogos2005 Rejab 1426 Kematian Raja Fadh


Oktober 2005 Ramadhan 1426
1. Gerhana di awal bulan
2. Bunyi yang menggerunkan ditengah bulan (malam)*
3. Gerhana di ditengah bulan(siang)
4. Ada tanda dilangit seperti tiang bersinar.

November 2005 Syawal 1426 Peperangan dan huru hara

Disember 2005 Zulkaedah 1426 Konflik antara Negara Islam/suku
kaum

Januari 2006 Zulhijjah 1426 Pertumpahan darah di Mina pada
musim Haji

Februari 2006 Muharam 1427 ( Hari Asyura) Imam Mahadi di bai'at

* Jika ini terjadi simpanlah makanan untuk setahun.





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, 
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...

Untuk melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]
Berhenti melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/dakwah/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke