Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku
telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah
diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada
seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah
daripada bau haruman kasturi. Ikan- ikan di lautan memohon istighfar
(keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan
kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana
hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan
yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak
menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan
pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-
orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat
Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam
lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi
selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah
menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada
suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu
bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan
keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan
doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi
kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-
malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu.
Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan
daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah
Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api
neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam
doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak;
doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam
(penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu
Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu
langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu,
sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke
atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan
tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak
akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan
berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
Moga ada manfaat.
LK
[EMAIL PROTECTED]
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...
Untuk melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]
Berhenti melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dakwah/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dakwah/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/