KHUSYUK DALAM SOLAT
IMAM AL-GHAZALI menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk
sembahyangnya
adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk
mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari
perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat
bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun
ketika melakukan perkara keji dan mungkar.
Solat yang khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti
segala
pengertian dari setiap kalimah yang di ucapkan di dalam solatnya.
Justeru itu apabila ia membaca Fatihah, hatinya akan mengikuti dan
memahami makna setiap kalimah yang terucap. Misalnya apabila mereka
membaca ayat keempat dari Surah Al-Fatihah yang
bermaksud:
"Tuhan yang memiliki hari Akhirat."
Maka tergambar segala kalut sibuk dan huru-hara manusia serta
bersesak
di padang Masyhar, ia akan terasa diri semakin kerdil dan lemah
disisi
Allah SWT.
Apabila membaca ayat kelima dari surah Al-Fatihah yang bermaksud :
"Engkaulah yang kusembah dan Engkaulah tempatku bermohon."
Bererti mereka telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada
Allah, bukannya menjadi penyembah hawa nafsu atau yang lain-lainnya.
Akhirnya mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perkara keji dan
mungkar, kerana melakukan perbuatan keji bererti mereka telah menjadi
hamba nafsu, yang demikian adalah bercanggah dengan ucapannya yang
mengaku bahawa dia hanya menyembah Allah SWT semata-mata.
Selepas itu mengamati lain-lain bacaan dalam sembahyang dengan
khusyuk,
yang mengandungi berbagai bacaan dan doa-doa yang memperlihatkan
kebesaran Tuhan. Jika difahami sungguh-sungguh cukuplah kesemua itu
akan
menghakis sikap-sikap hodoh yang ada pada diri manusia itu.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi
hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."
Hadis tersebut menggambarkan betapa banyak sembahyang yang didirikan
oleh seseorang itu, tetapi malangnya ia tidak memperolehi pahala
melalui sembahyang itu.
Firman Allah yang bermaksud :
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang
lalai dari solatnya."
[Surah al-Ma'un : ayat 4-5]
Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :
"Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali
sekadar mana yang ia ingat."
Hadis tersebut menjelaskan bahawa solat seseorang yang dalam keadaan
lalai, sesungguhnya tidak mempunyai sebarang nilai kebaikan di sisi
Allah SWT. Malah solatnya itu akan sekadar menjadi kayu pengukur,
jika
seseorang ingin tahu sekadar mana pahala yang di perolehi dan
sebanyak
mana pula yang kosong, maka selepas solat cubalah adakan muhasabah,
sebanyak manakah masa yang dia berada dalam keadaan khusyuk, iaitu
ingat
segala perbuatan dan ucapan mereka dalam sembahyang itu, atau
sebanyak
mana pula yang lalai. Kalau banyak masa lalai maka setakat baki yang
sedikit itu tidak payahlah untuk menunggu akhirat bagi melihat pahala
solat itu, sebaliknya didunia ini pun kita sudah boleh mengagak apa
yang
kita perolehi dari solat
yang tidak khusyuk itu.
Sesungguhnya solat itu tidak sama dengan ibadah yang lain.Jika
dibandingkan dengan ibadah puasa, memang dalam ibadah puasa tidak ada
khusyuk, tetapi puasa yang memenuhi segala syarat akan kelihatan
kesannya dari puasanya itu. Disebabkan menahan lapar dan dahaga bukan
sahaja mereka akan kelihatan letih dan kurang bermaya, tetapi juga
mereka kelihatan sebagai seorang yang tinggi pekertinya, senantiasa
menjaga perkara yang boleh membatalkan puasa dan juga pahala puasa
seperti menjaga lidahnya dari mengumpat dan mengeluarkan kata-kata
yang
tidak berfaedah.
Begitu juga zakat, walaupun ketika melakukan ibadah zakat itu tidak
disertai dengan khusyuk namun maksud kepada penunaian zakat itu
kelihatan juga. Menunaikan zakat dapat menghakis sifat bakhil
seseorang.
Orang-orang yang dikuasai oleh sifat bakhil tidak mungkin mampu
menunaikan zakat.
Demikian juga dengan ibadah haji, walaupun ketika melakukan ibadah
haji
seseorang itu dalam keadaan lalai kerana ibadah haji melibatkan dua
perkara iaitu tubuh badan dan harta benda. Sama ada menunaikan haji
itu
dalam keadaan lalai dan sebagainya, namun kesannya dari ibadah haji
itu
jelas ketara, kerana ia terpaksa membelanjakan wang beribu-ribu
ringgit.
Tubuh badan terasa letih dan wang ringgit habis.
Sebaliknya ibadah solat ini amat berbeza sekali dengan semua ibadah
yang
dinyatakan itu. Menurut Imam al-Ghazali bahawa solat itu merupakan
"munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya.
Apabila solat itu sebagai munajat sudah tentu dilakukan dengan penuh
kesedaran di samping khusyuk dan tawadhuk. Bagaimana mungkin seorang
yang lalai boleh berbisik atau berdialog dengan Allah SWT.
Orang yang mengerjakan solat dalam keadaan lalai sama keadaannya
orang
yang mengigau ketika tidur, walaupun mungkin ia menyebut Allahu Akbar
dan juga lain-lain kalimah yang memuji keagungan Allah SWT, seperti
bertasbih mensucikan Allah, bertahmid memuji Allah namun semua itu
tidak
termasuk lansung dalam pengertian munajat kepada Allah kerana
sebenarnya
orang itu sedang mengigau. Sesungguhnya orang mengigau itu adalah
orang
yang bertutur di luar kesedaran.
Khusyuk menjadi syarat sama ada solat seseorang itu akan diterima
oleh
Allah SWT. Jika khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan
solat, maka ruang kosong itu pasti terisi dengan sifat lalai. Orang
yang
lalai tidak akan merasai keagungan Allah SWT, sekalipun lidahnya
mengucapkan kalimah-kalimah yang mengandungi segala puji-pujian
terhadap
Allah.
Segala puji-pujian yang ditujukan kepada Allah SWT bukan saja melalui
ucapan lisan, tetapi juga dengan bahasa hati. Apabila hati lalai ia
akan
menjadi hijab yang menghalang seseorang itu untuk menghampiri Alah,
meskipun Allah SWT menyatakan bahawa ia lebih hampir daripada saraf
dan
urat seseorang.
Firman Allah Taala yang berbunyi:
"Ketahuilah dengan menyebut nama Allah itu dapat menenangkan hati."
[Surah Ar-Ra'adu : ayat 28]
Dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih
dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan
yang
lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka
barulah
dihitung pula amalan yang lain.
Wallahu ta'ala a'lam.......
Wassalamu.......
Al-Falir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...
Untuk melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]
Berhenti melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dakwah/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/dakwah/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/