Serangan kuil memisahkan penganut Islam dan Buddha Kesangsian antara dua komuniti di selatan Thai meningkat dalam siri keganasan
Oleh Nirmal Ghosh Para penganalisa percaya serangan Ahad ke atas kuil Buddha di selatan Thailand merupakan cubaan memisahkan antara dua komuniti yang ada itu. Serangan di mana seorang sami berusia 76 tahun ditetak sehingga mati, dua lelaki remaja ditembak, patung-patung dipecahkan dan sebahagian dari kompleks tersebut dibakar. Itu merupakan yang pertama ke atas sebuah kuil Buddha. Ia mungkin juga cara mengumpan pasukan tentera terjebak dalam berbalas dendam yang telah menyemarakkan sentimen tempatan, tahun lalu, kata mereka. Serangan kuil tersebut sudah pun mendapat kata-kata kesat daripada Perdana Menteri Thaksin Shinawatra. Thaksin, yang baru-baru ini mengesyorkan tindakan keras diambil terhadap pemberontak militan. Katanya: “Penyerang-penyerang tersebut tidak berperikemanusiaan. Mereka lebih dahsyat dari binatang, yang menyerang kuil Buddha dan membunuh sami. Saya sudah arahkan mereka dijejaki dan dihukum.” Seorang wakil rakyat Democrat Party yang berpengkalan di Pattani, Peerayot Rahimullah, juga seorang professor sains politik di Prince of Songkhla University, menggesa supaya semua bertenang, dalam satu temubual melalui telefon. Katanya: “Kerajaan sewajarnya bertenang dan bijaksana dalam cuba menyelesaikan masalah di selatan dan tidak bertindak terlalu emosi.” “Kumpulan kecil minoriti yang melakukan keganasan, tetapi bertindak dengan emosi akan membawa pada tindak balas terhadap orang awam.” Selepas insiden Ahad, dia menegaskan, orang yang di bawah – terutama antara dua komuniti – kini sudah menjadi semakin curiga terhadap satu sama lain. Katanya kebanyakan penduduk di selatan tidak bersetuju dengan pemberontak-pemberontak dan merasa sedih kepada semua yang terbunuh. Dr Peerayot berkata: “Para petualang boleh dipanggil dengan gelaran-gelaran, tetapi kepimpinan negara tidak sepatutnya menggunakan bahasa seperti itu kerana ia akan dilihat sebagai bahasa negara ini.” Di kampung Ban Ko, di mana serangan Ahad lalu berlaku, retak sudah kelihatan dalam apa yang sebelum ini kewujudan bersama yang damai antara 50 buah rumah penganut Buddha dan 20 buah rumah penganut Islam, Bangkok Post melaporkan. “Kami seperti saudara-mara. Rakan-rakan Muslim selalu datang ke kedai saya untuk membeli barang,” beritahu pemilik kedai runcit, seorang penganut Buddha, Khin Chanthit, mengenai harmoni yang kini terancam. Kampung tersebut, yang tidak mempunyai sejarah keganasan sebelum Ahad, dikejutkan oleh serangan tersebut. Memetik daripada seorang penduduk kampung, berusia 70 tahun menunjukkan bagaimana keadaan sudah berubah. Katanya: “Perasaan orang ramai tidak akan sama lagi. Saya percaya ramai penganut Buddha kini akan melihat jiran Muslimnya dengan pandangan negatif, walaupun apa yang berlaku adalah kerja orang dari tempat lain.” Orang Islam tempatan merasa bimbang, insiden tersebut akan memisahkan kedua-dua komuniti. Encik Uma Chelo, seorang Muslim, memberitahu: “Orang-orang Islam sedang membantu dengan pengebumian. Kami mahu katakan kami amat sedih. Insiden tersebut tidak sepatutnya membuatkan kita tidak mempedulikan antara satu sama lain.” Seorang profesor sains politik di Chulalongkorn University, Professor Panitan Wattanayagorn menyalahkan pihak tentera yang menyusun jadual keselamatan kuil tersebut. Bercakap pada akhbar semalam, dia menegaskan bahawa unit-unit tentera sering menggunakan perkarangan kuil untuk menempatkan pengkalan mereka dan askar-askar telah mengiringi sami-sami yang keluar mengutip derma setiap hari. Dr Panitan, memberitahu bahawa gerakan pemisah sedang mengambil corak yang lebih keagamaan, katanya: “Mereka menyerang dua simbol, satu ketenteraan dan satu lagi keagamaan.” ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Check out the new improvements in Yahoo! Groups email. http://us.click.yahoo.com/6pRQfA/fOaOAA/yQLSAA/UlWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ** Menyadari apa yang sesungguhnya sedang terjadi SAAT INI di dalam diri saya maupun di luar diri saya ** ** Kami kembali tuk hidup dalam kekinian yang menakjubkan; tuk menanami taman hati kami benih-benih kebajikan; serta membuat fondasi pengertian dan cinta kasih yang kokoh ** ** Kami mengikuti jalur perhatian penuh, latihan tuk melihat dan memahami secara mendalam agar mampu melihat hakikat segala sesuatu, sehingga terbebas dari belenggu kelahiran dan kematian ** ** Kami belajar tuk: berbicara dengan penuh cinta kasih, menjadi penuh welas asih, menjadi perhatian terhadap pihak-pihak lain pagi ataupun sore hari, membawa akar-akar suka cita ke banyak tempat, membantu sesama melepaskan kesedihan; dan tuk menanggapi dengan penuh rasa syukur kebajikan orang tua, para guru, serta sahabat-sahabat kami ** Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/Dharmajala/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
