Assalamualaikum wrb
Saya kebetulan pernah membaca artikel ini pada tahun 1998
di sebuah majalah [dipinjam rakan tak pernah dipulangkan kembali]...Sungguh
menarik dan dapat menguatkan lagi keyakinan kita sebagai Muslim..Semoga dapat
diambil manfaat & dijadikan iktibar...
Agak panjang but it is worth reading till the end...
>From [EMAIL PROTECTED] .uk
----------------------------------------------------------
Kisah hidup
Ustaz Tajuddin Othman Abdullah,
bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah.
*Oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei.*
BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang
cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan
pengkajiannya yang cukup mendalam lagi terperinci selama menjadi Paderi Besar
Kristian selama 12 tahun. Iktibar Buat Mereka Yang Murtad AGAMA Kristian
menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya maka jawapan akhir
yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang
Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama
Islam.
Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi
pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN
ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang belajar sebahagian
besar dalam hidupnya untuk menjadi paderi. Beliau yang selama ini
berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah Kerana berkedudukan
untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian
Sabah contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu Pairin
Kitingan.Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau
banyak
mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji,
akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai
jalan hidup.
Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit
Kristianologi. Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI,
turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD.
SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh,
Melaka, baru-baru ini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah hidup
Ustaz Tajuddin Othman Abdullah,
bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah.
SEMASA Kristian saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari
Sabah dan berketurunan Solok. Agama asal saya ialah Roman Katholik.
Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vantiken Itali iaitu institusi
kepaderian terulung di Itali dan dibiayai oleh Persatuan Kristian
Sabah.
Saya tamat pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di
Vantiken. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negara asal saya iaitu
Sabah.
Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi. Saya
bertugas di Gereja St. Mary, Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh
Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu. Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada
agama. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vantiken, dengan harapanagar
saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya
mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan, saya adalah
anak lelaki tunggal dalam keluarga.
Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian,
Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang keindahan
dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ.
Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat
mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi yang
cenderung kepada banyak buku-buku Islam. Setelah banyak membuat kajian, saya
terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang
saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak
Terbendung
Ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi
tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul di
fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa
manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini
tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia.
Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam.
Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh
Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja
direka-reka oleh manusia.
Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vantiken untuk membuat Kursus
Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua
paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog
dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya
menjadi paderi.
Saya berkata kepadanya,
"Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini".
Dia terkejut dan bertanya,
"Apa yang kamu ragukan?"
Saya berkata,
"Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri
saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya
mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku
dosa.
Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak
pernah melakukannya."
Beliau berkata,
"Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini
seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa,"
Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya
menyambung,
"Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa.
Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah
dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai
paderi ini tidak mempunyai dosa."
Di situlah saya mula tidak percaya pada agama kristian yang mengatakan
ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa.
Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong.
Dia terkejut lalu berkata,
"Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi
paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama
Kristian pembohong".
Saya menyoalnya,
"Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?"
Beliau menjawab, "Dia Tuhan."
Saya bertanya kembali,
"Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana
wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah
bapa? (Allah)."
Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan.
Saya menyoal kembali,
"Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?"
Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama."
Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus
Christ sudah menebus dosa semua manusia.
Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata,
"Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan
Kristian."
Saya katakan padanya,
"Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?"
Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik apabila ibu
bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan
saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya
seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya seorang anak yang
meminta ampun dari ibunya.
Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi
beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa.
Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-
i. Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian mereka mesti
dibaptiskan air suci.
ii. Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi
iii. Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
iv. Ekaristi Minyak Suci - air suci
v. Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima krisma
vi. Ekaristi Imaman - menjadi paderi
vii. Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima
ekaristi ini)
Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling
bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani
Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah
yang dijalani sebelum menjadi paderi.
Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak
disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang
doktor perempuan
Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap,
hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama
lain kecuali Kristian sahaja Kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan
Jesus yang turun setiap malam.
Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa
sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk
Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar,
hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan.
Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau
meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau belajar
di Indonesia; Apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum air tersebut.
Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati dalam Kristian.
Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping memintanya mengamalkan
surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin
pulih.
Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya
ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir.
Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis. Saya katakan
kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian. Itulah,
cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika
tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila minum air itu
segala-galanya akan berubah. Setelah saya mempelajari Islam barulah saya tahu
rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya hanya
pegangan akidah..
Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana
orang yang membuatnya di biara Vantiken telah memeluk
Islam dan membongkar rahsia ini.
Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa
yang meragukan.
Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan.
Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakan
padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan
kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?.
Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis
makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana
tubuh tuhan boleh dimakan.
Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh
dipertikaikan lagi. Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus
tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur
dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat.
Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan.
Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam.
Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana
ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk moyang
mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang baru lahir itu
adalah dalam keadaan fitrah (bersih).
Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru
sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian
beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan
Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di
dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian. Sebenarnya semua
mubaligh Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam.
Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan
kebenaran Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu
memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu
Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya
tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang
paderi untuk menjaga sakristi (perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk
menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas,
kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh
membuka almari."
Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana
beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan
kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya.
Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan
turunkan kepada Nabi Isa a.s.Saya mengambil kitab itu dan
menyembunyikannya. Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya
simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya
ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk
berdebat dengan orang-orang Kristian.
Saya telah utarakan kepada
Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan
kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut
mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut
rahsia Kristian akan tersebar. Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran.
Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam
proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan
mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas
bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan isi kandungannya.
Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi
yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya
apakah saya ada mengambilnya.
Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati
saya nekad untuk tidak mengaku dan
menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut. Disebabkan seseorang
bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan
saya.
Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil
tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci
al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab
yang hilang. Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah?
Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa
gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman
dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur
selepas itu.
Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar
dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah. Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991,
saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu.
Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ).
Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh manusia,
saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.'
Apabila saya selesai sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati
saya berkata, alangkah hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah
tempat
tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku?
*Turunnya hidayah*
Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis
diatasnya,
"Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui
semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga
agama ini yang benar bagiku".
Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya yang tak
pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain macam, mata saya langsung
tidak boleh
terangkat. Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para
Nabi boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan
hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya menaiki
lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh,
ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapan saya ada satu cahaya
yang terang benderang menyuluh.
Saya bertanya kepada seorang yang
berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di antara
kaki dan kepala umpama langit dan bumi. Saya bertanya kepadanya,
"Negeri apakah ini?"
Beliau berkata kepada saya, "Awak tidak layak masuk ke negeri ini, ini negeri
umat Nabi Muhammad s.a.w."
Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak
membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan umpamanya
titi yang halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani katakan ia Titian
Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan
kenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah
sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat kaki.
Penjaga itu berkata lagi, "Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah
bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian)."
Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya
dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api.
Saya terkejut dan sedar hanya Islam agama yang benar.
Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid
berhampiran. Saya bangun dan membersihkan
badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia membawa saya tetapi
saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya ingin pergi ke satu tempat
yang orang lain tidak boleh ikut serta.
Saya memandu kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba,
mereka sedangberjamaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai
menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui imam yang
bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk Islam hari
itu juga.
Beliau terkejut dan berkata kepada saya, "Awak ini di bawah Pairin Kitingan,
Ketua Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan awak, tambahan pula awak paderi
besar seluruh Sabah."
Saya katakan padanya,
" Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, hal dia tidak perlu
dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu
peluk Islam."
Seterusnya imam tersebut berkata lagi,
"Awak tak boleh masuk Islam sekarang sebab awak perlu mengisi borang,
tandatangan surat akuan sumpah dahulu, baru
awak boleh masuk Islam."
Dengan agak kasar saya katakan kepadanya,
"Kalau beginilah caranya untuk memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian.
Kalau masuk Kristian, hari
ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian.
Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya turun ke
bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati, maka apa
akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?"
Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka pada
pagi Ahad
itu saya telah sah sebagai seorang Islam.
*Kekuatan diri*
Setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui
kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara
pengampunan.
Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian mereka.
Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri saya. Saya keluar dari kereta
dan membuat pengumuman di hadapan mereka.
Saya katakan kepada mereka,
"Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak sembahyang lagi bagus."
Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya
meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Di dalam rumah semua ahli keluarga
sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika.
Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau
belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja yang
belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan
pun tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan.
Saya membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke arah
bapa saya,
"Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di Vantiken selama
12 tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12
tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya anut ini adalah agama yang
salah, agama yang betul adalah Islam."
Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli keluarga
saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali,
"Tadi saya telah
memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari
ini saya sudah menjadi orang Islam."
Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!"
Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika
itu. Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang panjang dan
cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu
terus terjun ke bawah. Saya melompat dari tingkat atas
dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu memanjangkan umur saya. Saya turun dan
terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini. Dari segi
pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada agama,
apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku
anak.
*Hijrah untuk Keselamatan dan Belajar *
Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan diri
saya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi belajar dan
keluar dari Sabah. Akhirnya saya merantau ke Semenanjung dan menyambung
pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya
saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995.
Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat pengajian,
saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima
bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan juga
selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.
Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian. Tetapi
terlalu banyak prosedur yang perlu dijalani.
Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan meninggalkan Sabah,
saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana yakin
Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap dating walaupun
bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah mendirikan rumah
tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 tahun, saya
baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun
setengah.
Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak
dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinan
dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).
Di Vantiken, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara
tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad dianggap
kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di
sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di negara yang
pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang susahya. Saya
membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu
sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya
dalam Islam dengan mudah mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab
terhadap mereka yang murtad, jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa
tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan
hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang melebihi dari
keperluan bulanan.
Pernah saya katakan kepda seorang doktor,
"Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000
sebulan, dilengkapi dengan pembantu
rumah, pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah diSabah.
Tetapi doktor, kenapa saya sanggup melepaskan itu semua semata-mata
kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu mencukupi tetapi mengapa perlu
tinggalkan Islam?"
Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin murtad.
Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga
sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu
mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar. Kita lihat
Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat.
Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah kampung untuk
berdakwah saya dibekalkan Beberapa ribu wang. Ini kerana gereja di
seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh
tetapi untuk menghancurkan Islam mereka mesti bersatu. Mereka berkata jika
di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun tetapi
mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap
hari Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang ramai
pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab
itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi.
Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan
ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia.
Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka tidak perlu berdakwah
untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk Islam
sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam.
Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu.
Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok
sendiri.
Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan dengan orang
Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan.
Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang
bijak. Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin.
Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka,
mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian.
Selepas saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada
dalam simpanan saya.
Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam. Walaupun pada awalnya
mereka berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak
berdendam pada saya sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah mengetahui
saya telah memeluk Islam.
*Masalah Kelemahan Pendakwah Islam *
Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu tidak
murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi
orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah
pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah Kristian.
Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengan saya
semasa di Vantiken dahulu. Beliau pernah menyatakan kepada saya, orang
Yahudi sekarang sedang memberi tumpuan kepada kajian al-Quran dan Hadis.
Dia mengatakan pada saya;
"Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan nama Kristian walaupun saya
telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam
salah sebuah ayatnya yang bermaksud;
Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara.
Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran,
terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis.
Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu."
Saya katakan kepadanya,
"Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan seperti apa yang
awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi
al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan
seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu apabila
belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan
terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak sudah boleh
membaca al-Quran."
Saya katakan lagi padanya, "Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-Quran.
Maksud sebenar ayat tersebut ialah "Telah berkata mereka
(orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi
dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah merupakan angan-angan kamu
yang kosong." Itu bukan firman Allah, kata-kata itu adalah keluar dari mulut
orang-orang Yahudi sendiri.
Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, "Apakah angan-angan kosong
itu?"
Saya katakan,
"Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi Kudus
sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat
demikian?"
Beliau tidak boleh berkata apa-apa walaupun mukanya
telah merah padam.
Saya katakan kepadanya,
"Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan mengampunkan dosa
kamu?"
Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di
hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya bimbangkan bagaimana jika ayat
itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan rendah pengetahuan
agamanya?
*Siapa sasaran Kristian*
Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan masa
di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar.
Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak mendapat apa-apa bayaran,
lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan
pendapatan lumayan.
Dari situ ramai yang tertarik. Dari segi wanita Islam pula, yang saya
perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang Melayu yang
memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang menyedihkan
saya.
Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN
meluluskan nama- nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu
kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana
mereka ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang
berumur 18 tahun ke atas bebas beragama.
*Apa ikhtiar kita? *
Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau memakai
tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila
mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib.
Isteri saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya,
"Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada di dalam tudung
kamu itu".
Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian beliau
mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja
memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya yang saya dahulu
memakai rantai yang lebih besar daripadanya. Akhirnya saya megambil
rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan
dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anak
remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi. Ada juga
taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah
paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki
Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara
asalnya dan memurtadkan isterinya itu.
*Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat*
'Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka
beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata: jangan kamu
takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan
kepada kamu.'
*SEBAGAI UMAT ISLAM ..... JALANKAN TANGGUNGJAWAB UNTUK MENYEBARKAN RISALAH INI
............ *
Tiada yang lebih tinggi dan indah dari Islam...
dr. HM Anton Christanto
Bag/SMF THT RSUP Dr Sardjito-FK UGM
Jl. Kesehatan no 1 Yogyakarta - Indonesia 55284
Phone/Fax : +62 274 7474230
Mobile +62(0)8122658495
Email : [EMAIL PROTECTED]
[EMAIL PROTECTED]
---------------------------------
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Help save the life of a child. Support St. Jude Children's Research Hospital.
http://us.click.yahoo.com/xDyn3B/lbOLAA/xGEGAA/asSolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
Dapatkan informasi kesehatan gratis
Mailing List Dokter Indonesia
http://www.mldi.or.id
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/dokter/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/