Saya nak bertanya kepada siapa yang tahu.

Kawan saya ada SD card size 2Gb.
Kalau diformat gunakan FAT32, ia dapat 2Gb tapi bila masukkan MP3, semuanya tak 
boleh buka. 

Kalau diformat gunakan FAT, ia juga dapat 2Gb tapi bila masukkan MP3, ia boleh 
buka sehingga 600Mb aje. 
MP3 selepas 600Mb tu tak boleh buka. ( maksudnya begini ; dia masukkan 200 buah 
lagu MP3. katakan 1 lagu MP3 
bersaiz 6Mb. Jadi, ia boleh buka cuma 100 buah lagu aje. Lagu yang ke 101 
hingga 200 tu, semuanya tak boleh buka ).

Jadi, saya nak tahu, apa masalah dengan SD card ini? Kerana kalau ikut spec., 
player ni boleh support sehingga 4Gb.
Saya harap kawan2 yang otai2 dalam IT ni, boleh tolong. Terima kasih terlebih 
dahulu kepada siapa yang sudi menolong.

Kirim email ke