Berhati-hati Dengan Email Phishing

Di Internet
http://cikgucyber.blogspot.com/2010/01/berhati-hati-dengan-email-phishing.html

Jangan percaya email daripada bank-bank di Malaysia. Ia hanyalah
phishing email. Bank tidak akan hantar email kepada pelanggan mereka
untuk apa-apa tujuan pun kerana ianya adalah berisiko tinggi.
Pencerobohan mudah dilakukan. Percayalah.

Berhati-hatilah apabila menerima email daripada pihak yang tidak
dikenal pasti. Email adalah mudah untuk ditipu (spoof). Ia mungkin
daripada orang yang anda kenali atau daripada pihak bank atau pihak
berkuasa maka berhati-hatilah. Buat pengesahan dengan membuat
panggilan telepon kepada rakan, bank dan pihak yang menghantar email
sebelum mempercayai atau berkongsi maklumat peribadi.

Sekiranya anda mendapat email kononnya dari Maybank, CIMB dan pelbagai
bank sila forward kepada [email protected] bersama header email.

Sila lawat laman rasmi MyCERT untuk amaran dan nasihat terkini
keselamatan komputer.

http://www.mycert.org.my/

Phishing email adalah email yang dihantar kononnya daripada bank yang
mungkin anda mempunyai akaun bank terbabit. Sebagai contoh adalah
email dibawah ini

--- Mula contoh Email Phishing

Dear Valued Customer,

Maybank security systems detected a serious (PR2) security problem in
your account.
Your account has been restricted due to several invalid login attempts
from an unauthorized third-party.
Your immediate attention is required to reactivate your account.

Please be informed that your account will be temporarily closed if not
activated now.

Activate Below http://www.maybank2u.uk.com Thank you for your
understanding and support.

Maybank Berhad

From:   
"[email protected]" <[email protected]>

--- Akhir contoh Email Phishing

Sila perhatikan sambungan laman akan membawa ke laman web lain. Di
laman web tersebut mereka yang tidak bertanggung jawab akan membina ia
seakan-akan laman web Maybank2u. Warna sama, kedudukan sama dan imej
pun sama. Anda akan diminta login dan akibatnya nama pengguna dan kata
laluan (username dan password) akan dicuri oleh mereka. Anda mungkin
tidak menyedarinya, kerana selepas cubaan masuk anda akan ke laman web
Maybank2u yang sebenar.

Adalah risiko tinggi untuk pihak bank hubungi pelanggan mereka melalui
email atau media lain untuk masalah akaun atau pelbagai lagi. Penipuan
dengan mudah dilakukan. Bank-bank di Malaysia tidak akan email anda.
Jika ada masalah dengan akaun, bank akan terus halang akaun anda. Ini
memaksa anda menghubungi bank. Cara ini lebih selamat kepada pelanggan
bank.

Bank tidak akan meminta sebarang maklumat anda melalui email. Baca
lanjut tentang Phishing email di

http://www.phishtank.com/what_is_phishing.php

Cybersecurity Malaysia telah menyediakan laman web untuk pengguna
komputer dan Internet Malaysia mengenai keselamatan penggunaan
Internet. Sila lawat laman ini untuk mempelajari pelbagai
langkah-langkah perlindungan.

http://www.cybersafe.my/

Lagi laman yang bersesuaian :-

Cybersecurity Malaysia
http://www.cybersecurity.my/

GCERT MAMPU
http://gcert.mampu.gov.my/

MyCERT Facebook Fanpage
http://www.facebook.com/pages/Seri-Kembangan-Malaysia/MyCERT/109264477618

Dunia Digital Facebook Fanpage
http://www.facebook.com/pages/Dunia-Digital/216290990218

Banking Info

http://www.bankinginfo.com.my/

Menu -> Khidmat Nasihat -> Panduan Berguna -> Penipuan Kewangan

http://www.bankinginfo.com.my/04_help_and_advice/0402_helpful_guides/financial_scams.php

Google Gmail Advice About Phishing
http://www.youtube.com/watch?v=tqWVoPu1lLM

Mendapatkan Email Header
http://www.spamcop.net/fom-serve/cache/19.html

Artikel-artikel lain yang menarik untuk dibaca

Sistem Laman Web Dengan Perisian Sumber Terbuka
http://cikgucyber.blogspot.com/2010/01/sistem-laman-web-dengan-open-source.html

Ketahui kemas kini laman-laman web dengan RSS feed
http://planet-oss-malaysia.blogspot.com/2010/01/ketahui-kemas-kini-laman-laman-web.html

Sempena tahun baru 2010. Suaikan jam anda.
http://www.scribd.com/doc/24669433/Sesuaikan-Masa-Anda-Sempena-2010

Harisfazillah Jamel aka LinuxMalaysia aka Hafnie
Email : [email protected]

23 Januari 2010

http://blog.harisfazillah.info/

http://www.harisfazillah.info/harisfazillahjamel

Dapatkan email-email terus dari

http://groups.google.com/group/hafnie

Archive

http://cikgucyber.blogspot.com/2010/01/berhati-hati-dengan-email-phishing.html

http://www.scribd.com/doc/25597013/Berhati-hati-Dengan-Email-Phishing

---- Mula Iklan ----

Bengkel Hujung Minggu. Pemasangan Sistem laman Web dan pendaftaran
http://blog.concept.my/2010/01/bengkel-pemasangan-sistem-laman-web.html

Jadual Penuh Bengkel
http://www.scribd.com/doc/24931103/Sylabus-Bengkel-Sistem-Laman-Web-oleh-MOSCA


---- Tamat Iklan ----




-- 
My Facebook
http://www.facebook.com/linuxmalaysia

My Blog
http://blog.harisfazillah.info/

My Network
http://linuxdotmy.multiply.com/

Kirim email ke