Assalamualaikum dan salam sejahtera, Hari ini saya diberi tugas untuk memasang sistem operasi dalam sebuah server dengan 3TB ruang cakera keras. Pada mulanya hendak gunakan Centos 5.4 tetapi timbul masalah apabila keluar "error" ini. Selepas membuat partition
"your boot partition is on a disk using the GPT partitioning scheme, but this machine cannot boot using GPT" Specs server ini menggunakan hardware RAID. Jadi apa yang berlaku virtual volume RAID dalam konfigurasi hardware Raid telah setkan flag GPT untuk partition tersebut. Grub dalam Centos 5.4 pada masa ini tidak sokong GPT. Hanya Dengan Ubuntu Server 9.10 dapat saya pasang OS dalam server tersebut. Perbezaan hanya dalam versi Grub. Ubuntu Server 9.10 agak ke depan versinya. http://www.ibm.com/developerworks/linux/library/l-gpt/index.html -- My Facebook http://www.facebook.com/linuxmalaysia My Blog http://blog.harisfazillah.info/ My Network http://www.facebook.com/pages/Bukan-Sekadar-Internet-Sahaja/100866715422 http://linuxdotmy.multiply.com/
