Memasangan KVM Dalam Ubuntu 9.10 Sepanjang minggu ini sibuk dengan KVM dalam Ubuntu 9.10 sama ada Desktop dan juga Server. Asalnya hendak buat Xen tapi berdasarkan perkembangan semasa melibatkan Xen, masa untuk bertukar.
Keperluan minggu ini ada dua. Satu untuk kawan dan satu untuk kerja. 1) Kawan hendak pasangkan Windows 7 dalam Notebook yang memang sedia terpasang dengan Ubuntu. Saya pulak hendak overwrite Ubuntu sedang dia sudah selesa dengan Ubuntu. Hanya kerana tempat kerja baru ramai yang menggunakan Windows dan Microsoft Office terpaksalah dia pasang juga Windows. 2) Server yang dipasang 16GB CPU Quad Core dan 3TB ruang cakera keras. Memang sesuai sangat untuk virtual Machine (VM). Nota rujukan saya gunakan ini https://help.ubuntu.com/community/KVM Untuk kerja 1) ingatkan tidak menjadi sebab dengan mengggunakan arahan egrep '(vmx|svm)' --color=always /proc/cpuinfo tidak menunjukkan langsung Dell Inspiron 1420 (Intel(R) Core(TM)2 Duo Processor) ini sokong "hardware virtualsation". Apa lagi saya belasah sahaja. Chita Usaha Jaya. Hehehe. Nampaknya KVM berjaya dipasang dan Ubuntu Dekstop 9.10 pun boleh dipasang dalam KVM tersebut (ujian dengan 256MB dan 4GB harddisk sahaja). Ada juga cadangan hendak pasang Virtualbox, tapi timbul masalah hendak compile kernel module. Hendak format sayang sebab sudah ada banyak data. Untuk perkara 2) masalah timbul dengan EFI-GPT yang digunakan oleh server tersebut. Daripada rancangan asal hendak gunakan Xen dengan Centos 5.2 sudah jadi Ubuntu Server 9.10 dengan KVM. Untuk perkara 2 tidak habis lagi sebab perlu pasangkan dengan 2 centos dan Openfiler. Akan bersambung lagi. Perkara yang perlu diambil berat. 1) Jika mahu jalankan Virtual Machine gunakan OS 64bit. Untuk dapat masalah sekiranya memori lebih 2.5GB dan juga 4TB ruang cakera keras. 2) Dengan perkembangan OS, dicadangkan Linux dicadang base OS dan kemudian OS lain seperti Windows dipasang dalam VM 3) Selain KVM ada lagi pilihan lain untuk VM seperti VirtualBox dan Xen -- My Facebook http://www.facebook.com/linuxmalaysia My Blog http://blog.harisfazillah.info/ My Network http://www.facebook.com/pages/Bukan-Sekadar-Internet-Sahaja/100866715422 http://linuxdotmy.multiply.com/
