Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk tujuan RnD saya telah pasang semula Notebook dengan Ubuntu
Server 9.10 dan pasang secara manual Desktop.

Dan kesempatan ini saya hendak catatkan Addon yang saya perlukan dalam
Mozilla FireFox.

1) DownThemAll

https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/201

Untuk mudahkan saya muat turun fail-fail terutama fail ISO Linux yang
besar. ISO Linux sekarang sebesar DVD. Cukup untuk keperluan saya.

2) Zotero

http://www.zotero.org/

Kerja saya sekarang melibatkan saya keluar ke tempat pelanggan. Ada
maklumat saya perlu rujuk dahulu didalam Internet. Zotero mudahkan
saya buat rujukan secara offline dan maklumat boleh disusun dan diatur
untuk mudahkan kita.

Yang saya suka, laman web dirakam serupa seperti dalam Internet.

3) Video Download Helper

https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/3006

Jika anda mahu simpan Youtube dalam harddisk Addon ini sesuai. Saya
gunakan untuk tutorial Ubuntu dan Linux dalam Youtube.

4) FasterFox

https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/12878

Saya gunakan untuk lajukan Internet. Berkesan atau tidak anda perlu
tentukan sendiri.


Sila pastikan versi Firefox anda sewaktu memasang addon anda.





-- 
My Facebook
http://www.facebook.com/linuxmalaysia

My Blog
http://blog.harisfazillah.info/

My Network
http://www.facebook.com/pages/Bukan-Sekadar-Internet-Sahaja/100866715422

http://linuxdotmy.multiply.com/

Kirim email ke