Penyertaan Sajak untuk antologi  1 Malaysia Pesisir/Penerangan dilanjutkan 
sehingga 23 Julai 2009



  Dengan hormatnya dimaklumkan Pejabat  Penerangan Daerah Tumpat dengan
  kerjasama Persatuan Penulis Tumpat ( Pesisir ) dan PPD Tumpat (Pejabat
  Pendidikan Daerah Tumpat) akan menerbitkan sebuah antologi puisi yang
  memuatkan sajak-sajak bertemakan 1 Malaysia sebelum Ogos 2009.

  Berhubung perkara tersebut, tuan/puan dengan sukacitanya dialu-alukan
  untuk mengirimkan sajak-sajak bertema 1 Malaysia untuk dimuatkan ke
  antologi berkenaan.

  Kenyataan penyertaan sajak adalah seperti berikut:

  1. Sajak-sajak adalah bertema 1 Malaysia panjang sebaiknya melebihi 30 baris.
  2. Sajak-sajak yang dikirimkan sebaiknya sesuai untuk dideklamasikan.
  3. Seseorang penyair boleh kirimkan sebuah atau dua buah sajak.
  4. Sajak-sajak hendaklah dihantar sebelum 23 Julai 2009.
  5. Sajak-sajak adalah karya asli penyair dan dihantar melalui e-mel ke
  alamat e-mel [email protected]
  6. Sajak-sajak yang dipilih untuk dterbitkan akan diberi sagu hati RM 50.
  00 (Ringgit Malaysia lima puluh sahaja) untuk sebuah.
  7. Terbuka kepada semua terutamanya kepada mereka yng berasal atau yang
  tinggal di Kelantan.
  8. Sertakan nama untuk tujuan penyiaran dan nama sebenar serta no akaun
  bank untuk tujuan diberikan saguhati sekiranya sajak-sajak yang
  dikirimkan dipilih untuk diantologikan.
  9. Sajak-sajak daripada AJK Pesisir dan ahli pesisir juga diterima dan
  dialu-alukan.


  E-mel untuk dikirimkan sajak [email protected]

  * ikuti perkembangan semasa pesisir melalui radio web puisi pesisir
  bermula jam 9.00 malam hingga 12.00 malam setiap hari di
  http://www.pesisir.net

  Terima kasih.


  


[Non-text portions of this message have been removed]

Reply via email to